Monday, June 28, 2010

Tak ada kerja, CARI KERJA!

Memandangkan siang hari nanti (Isnin) tak ada kelas, so aku pun online la kejap lewat malam ni. Almaklumlah... lecturer MC. Untuk mengambil hati lecturer tersebut, aku pun ADA JUGAK LA belek-belek buku nota yang dia bagi ni. Buat latihan yang dia bagi minggu lepas. Segala sudah selesai walaupun still ada jawapan yang rompong. Malas nak jawab! Hehe..

Dah settle study dan buat latihan, aku jadi bosan lak. Main PSP jap la. Memandangkan game Dissidia Final Fantasy aku ni tak habis-habis lagi, aku pun main la sampai puas. Sampai satu stage, aku record battle yang aku main tu. Hmm.. okay jela yang mampu aku cakap sebab aku tak reti guna Sephiroth. Selalu aku guna Tidus, Jecht, Zidane or Squall je kalau nak lawan. Tapi first time aku guna Sephiroth ni, not bad la! Dah la handsome, hahah! Nak tengok? Jom tengok video ni..




So... bila nak tido ni Hani!!??? Efy ajak keluar tapi dia tak sihat. Hmmm.. nanti la fikir. Nak tido tapi mata tak mengantuk lagi. Perut lapar... gi makan jap la!

No comments:

This is Hani