Monday, March 26, 2012

Dialog Monolog - El Amor de Ramones

Dia dan aku cuma berkawan. Baru berkawan. Tak lama mana. Baru berkenalan di laman Twitter. Aku follow dia, dia follow aku. Macam iklan Digi gitu.. 'I will follow you~' haha bengong! Ketika hati aku masih koyak tu, dia datang jahitkan hati aku. Dia yang sembuhkan luka tu. Biar pun berparut, dia tetap hiburkan aku. Taknak bagi aku pandang kejelekkan parut tu.

Satu hari, dia mahu tanyakan sesuatu. Dia segan, jadi dia suruh aku tunggu waktu yang sesuai. Maka tibalah hari tersebut, dia mulai bernyanyikan satu lagu. Bukan lagu cinta. Tapi bait kata lagu tu... aku pernah dengar. Ketika itu, dia suruh aku datang gig. Dia dan kugirannya ada buat show pada hari itu. Yang pasti, kugiran ni mempunyai mentaliti yang kuat. Tak macam kugiran yang sebelumnya, orang kutuk ejek lagu atau band dia sikit, mula la nak down, emo tak tentu pasal. Langsung kena cop 'hina nama band dia', entah apa-apa la. Sengkek betul pemikiran mereka.

Semasa aku sampai di situ, orang sudah ramai. Dia pun dah naik stage masa tu. Sedia untuk memulakan show. Selama 15 minit dia menghiburkan orang yang hadir, dan kini tiba pada lagu yang terakhir sebelum dia menghulurkan mic kepada kugiran yang lain.

"Lagu seterusnya, special untuk seseorang yang berada di gig ni." Dia memandang aku. Tersenyum. Aku melambaikan tangan. Dia membalas. Ada yang cuba untuk mencari siapakah gerangan 'seseorang' itu. Tapi aku hebat menyembunyikan diri. Hehe.

Hey, little girl. 
I wanna be your boyfriend. 
Sweet little girl. 
I wanna be your boyfriend. 

Rayuan tu berterusan sampai lagu tu habis. Aku tersenyum sorang-sorang kat tepi tu. Kawan aku dah gelakkan aku dari tadi. Bangsat betul. Gelakkan aku ye.... takpe. Rayuan gombal tu masih terngiang-ngiang di telinga aku ni. Seminggu lamanya aku simpan. Dan akhirnya, hanya kami yang tahu apa jawapanku.

Do you love me babe? 
What do you say?
Do you love me babe? 
What can I say? 

Walaupun lagu tu bukan lagu cinta seperti yang ada kat laman 4shared atau Rapidshare, tapi aku happy. Lagu oldskool, biarlah bergenre punk-rock sekalipun. The Ramones, itu ada kenangan tersendiri antara kami. Aku pasti korang tak pernah bagi lagu macam tu kat crush korang, kan?

Because I wanna be your boyfriend... 


No comments:

This is Hani