Friday, July 29, 2011

Kelayakan FIFA World Cup 2014 Malaysia vs Singapore: Antara semangat dan drama

Salam semua!

Malam tadi berlangsungnya perlawanan bola sepak antara Malaysia vs Singapura. Seperti yang korang tau, Malaysia terikat 1 - 1 dengan Singapura, namun telah kalah dengan aggregat 4 - 6. Aku tengok kat Restoran Rafi Seksyen 13 Shah Alam. Gempak jugak la. Semua semangat Malaysia! Sampaikan replay goal Malaysia pun dorang gi sorak banyak kali. Kalau 7 kali ulang, 7 kali la dorang sorak 'goal'. Semangat kan? Bagus!
Sementara aku tengok timeline Twitter dan Facebook, bukan main lagi rancak pasal bola je. Hebat! Memandangkan line Internet lembab malam ni, so ni  je yang aku mampu copy untuk aku kasi tunjuk sikit la beberapa ulasan kawan-kawan aku pasal perlawanan Malaysia vs Singapura tadi.

Tapi dalam banyak-banyak yang menyokong tu, ada pulak yang mengutuk kat team Harimau Malaya ni. Tapi dalam banyak-banyak yang mengutuk tu, aku paling panas bila baca status ni. Ya, aku marah! Tapi sebagai kawan, aku cuma bagi orang baca jela status dia ni. So, apa korag rasa?
Yang paling buat aku tersenyum lebar, tweet orang yang aku kenal selama ni, seseorang suka melawak dan tak ambil serius tentang sesuatu perkara, tiba-tiba je bagi tweet camni. Serius aku terkejut, tapi aku bangga dalam diam.
Walau apapun, aku pun nak bagi pendapat aku tentang perlawanan tu tadi. Aku rasakan perlawanan tu terlalu annoying sebab team Singapura ni banyak buat drama dan sememangnya mereka pandai berlakon sakit sampai terguling-guling macam tenggiling kat atas padang tu. Tau la nama negara tu Singapura tapi takyah la nak pura-pura pulak kan.. sungguh tak cool!

Dan sebagai rakyat Malaysia, aku bangga jadi rakyat Malaysia sebab team Harimau Malaya kita kalah bermaruah, dan tetap bersemangat untuk berjuang, walaupun dalam arena bola sepak. Tahniah buat mereka kerana mengharumkan nama Malaysia dipersada antarabangsa!

P/S: Maaf sekiranya tweet atau status milik korang berada dalam entri kali ni sebab aku tak minta kebenaran korang. Sememangnya ayat korang terbaik! Semangat Malaysia weh! 
P/S2: Kalau korang tak nampak or tak clear dengan gambar tu, klik la kat gambar tu untuk tumbesaran, hehe! 


No comments:

This is Hani