Lagi satu, lagi satu, lagi satu! Otak aku pun dah sarat dengan novel la dalam masa sebulan ni. So, jangan marah haaaa~
Penulis: Khairulnizam Bakeri
Halaman: 335 mukasurat
Harga: RM20
Cetakan Pertama: Mei 2011
Sinopsis: Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.
Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar - sang penghuni dimamah dosa - tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya - sang jururawat - dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabur namun terbantut. Kereta terkandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.
Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.
Rating:
Apa yang aku nampak dari plot novel ni, penulis tak guna kronologi yang teratur. So dari situ, pembaca boleh la 'main puzzle'. Cari satu-persatu cerita sebenar, apa yang terjadi. Dari zaman 70-an, sampai la tahun 2008
Sebenarnya kisah yang berlaku dalam novel ni just direct to the point, if penulis guna kronologi yang teratur la kan. So in this case, korang kena terer susun masa yang 'berterabur' tu jadi satu kisah yang agak panjang. Kenapa dia buat macam tu? Eh, dia tu siapa? Apesal dia jadi camtu? Tu korang kena baca la. Fahamkan sendiri storyline. Perkaitan antara watak. Nice!
*hiasan semata-mata*
P/S: Aku tak tau nak ulas apa pasal novel ni. Aku just nak korang baca!
No comments:
Post a Comment