Sunday, March 27, 2011

Game Review: Dissidia Duodecim 012 Final Fantasy [PSP]

Salam!

Mungkin ramai peminat game di Malaysia ni tak berapa suka dengan genre game macam Final Fantasy (FF), tak kisah la dari yang pertama sampai la version yang terbaru. Mungkin sebab jalan cerita yang panjang, atau cara permainan yang complicated, tu terserah pada masing-masing untuk menilai. Tapi ni la review yang aku buat sendiri untuk korang semua yang kaki gamers, lebih-lebih lagi kepada yang gila Final Fantasy ni.
Mungkin ramai yang tak tahu, Final Fantasy dah keluarkan satu version baru yang bertajuk Dissidia Duodecim 012 Final Fantasy. Game ni bukanlah sambungan dari Dissidia Final Fantasy, tapi ia adalah satu game sampingan untuk version tersebut. Kat Amerika, game ni dah release 22 Mac yang lepas. Tapi macam mana aku leh dapat game ni, padahal aku kat Malaysia? Korang fikirlah sendiri ye heheh! Teknologi hebat sekarang kan?

Struktur game ni sama je macam Dissidia Final Fantasy, tapi ada sedikit tambahan watak dan cara berlawan dalam versi Duodecim. Seperti yang korang nampak, dalam Dissidia cuma ada bar untuk Bravery dan Hit Point (HP) je. Tapi dalam Duodecim ni pula, ada satu lagi tambahan bar kat bawah HP tu, namanya Assist. Assist ni kegunaannya macam main game King of Fighter gak, boleh panggil kawan untuk tolong kita. Tapi kita boleh pilih sama ada nak guna dia untuk tolong naikkan Bravery kita atau serang HP lawan. Nice kan?
Battlefield dalam Dissidia Final Fantasy. 

Battlefield dalam Dissidia Duodecim Final Fantasy. 

Dari segi watak pula, mesti la ada tambahan sikit. Dalam Duodecim ni, ada tambahan watak dari FF4 iaitu Kain, Tifa (FF7), Laguna (FF8), Yuna (FFX), Vaan (FF12), dan Lightning (FF13).
Watak-watak untuk Dissidia Duodecim Final Fantasy. 

I'm rating this game:
So have fun everyone!


No comments:

This is Hani