Friday, April 15, 2011

Berjalan di Pasar Jalan Raja Alang

Salam semua!

Hani baru je balik dari jalan-jalan kat pasar area Jalan Raja Alang. Dekat area Chow Kit tu. Dah lama tak pergi ke pasar malam macam ni. Last pergi bila ye? Entah, Hani pun tak ingat! Tadi pun setakat ikut Mama, Abang Romi, dan Kak Maria je. Bosan la dok rumah je kan sekarang ni.
Disebabkan baru je lepas hujan, sayur-sayur kat sini naik serangga la kan. Paling aku suka tengok mestilah siput ala-ala siput babi ni. Nama dia siput bulan orang panggil. Kalau siput babi dia malu sebab kita sentuh dia mesti dia masuk dalam cengkerang dia. Tak best! Kalau siput ni tak malu pun. Tapi cengkerang dia nipis. Silap pegang mau pecah! Hehe teringat masa kecik-kecik dulu selalu usik-usik siput ni bila pergi pasar!

Bila dah sampai sana, aku happy tengok Mama happy. Sayur-sayur kat sana memang stok segar punya! Mama pulak antara ibu yang pandai memasak *tiada tandingan, okay!?*, memang dia bagi list untuk bahan memasak la kan! Pergh.. bawak troli kecik sememangnya tak cukup untuk Mama rupanya. Next time kena bawak yang besar sikit, hehe!

Pastu aku ternampak siput sedut. Bukan main semangat siput-siput tu panjat bakul, kononnya nak keluar la. Pergh... tu kalau buat masak lemak pun sodap! Hmm.. kecur~ kecur~

No comments:

This is Hani