Saturday, April 16, 2011

14 Tips Membuat Band Dengan Berjaya

Salam!

Membuat band bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak perkara dan usaha yang perlu dibuat. Ahli, nama band, konsep, duit, masa, dan pelbagai lagi perlu dikorbankan untuk masa depan band korang bersama. So now, Hani akan kongsikan serba-sedikit tips bagaimana nak buat band korang berjaya.
Are you guys ready to make a big-bang-band?

#1 Misi dan Visi 
Jangan ingat sekolah je ada misi dan visi, buat band pun ada! Dengan misi dan visi yang jelas membuatkan sesebuah band tu kekal lama dalam ingatan peminat. Tak kira la band tu dari zaman Hang Tuah sekalipun! Bina impian dan cita-cita, dan tanya diri korang, "kenapa aku buat band ni?". Sekadar suka-suka, atau nak share karya korang di mata dunia?

#2 Passion
Keghairahan dalam membuat sesebuah band *jangan fikir lain pulak ye~* boleh menjadikan band tersebut menjadi hebat! Dengan ada rasa cinta terhadap muzik, korang dapat rasa satu feeling di mana muzik itulah sahabat korang. Siap ada yang mengatakan, "tanpa muzik aku boleh mati", haa hebat kan penangan muzik ni.

#3 Konsep Band
Dari sini kita dapat tentukan genre yang akan dibawa oleh band korang tu. Selain tu juga korang kena tentukan logo, lirik lagu, t-shirt design, cover album atau EP, dan sebagainya. Tentukan apa saja untuk band korang, tapi make sure la semua tu kena dengan jiwa korang satu band, okay? Be creative!

#4 Nama Band
Penting! Tanpa nama band, sure tak ada siapa kenal korang! Selalunya nama band ni diambil dari kejadian atau nama atau apa-apa je yang berlaku antara korang satu band. Contohnya band kawan aku ni, The Overtime. Diorang semua masih belajar dan sekadar bermain muzik secara 'overtime'. Haaa korang pulak macam mana? Kalau blur, korang buat la satu list, lepas tu buat survey ramai2.

#5 Ahli
Anggota band yang korang tubuhkan tu tak semestinya dari kalangan keluarga atau kawan-kawan BFF je. Sebab belum tentu mereka mampu menggalas tanggungjawab atau hebat bermain muzik. Untuk melengkapkan band, korang kena la cari orang yang betul-betul mahir dan sesuai dengan konsep band korang tu. Antara position yang kerap ada dalam sebuah band sekarang ni adalah vocalist, guitarist (lead dan rhythm), bassist, drummer, dan keyboardist. Selain tu ada juga trumpeter, piper, violinist, pianist, dan sebagainya.

#6 Kongsi Idea
Untuk membuat sebuah band, korang satu band kena la discuss antara satu sama lain. Minat, cara, dan pengaruh muzik masing-masing berbeza. Mungkin perbezaan tu dapat membentuk satu style atau jenis muzik yang baru. Dan sekiranya korang bergabung, maka terbentuklah satu gelombang band korang sendiri nanti.

#7 Latihan Rutin
Kalau nak jadi band yang mantap dari pelbagai segi, kena la buat latihan macam budak-budak sekarang cakap, "aku ada jamming malam ni". Ingat! Band yang malas buat latihan ni takkan ke mana. Cukup la sekadar seminggu sekali. Tak cukup duit nak sewa studio satu jam? Tak ada hal.. buat studio mini khas untuk korang je. Boleh jamming bila-bila je yang korang nak. Selain berjamming, korang gak kena buat latihan sendiri seperti bermain gitar akustik, melatih vokal semasa mandi, atau bermain drum mini-kit punya.

#8 Persembahan
Buat je performance kat mana saja yang korang nak, asalkan dapat majukan band korang tu di mata peminat. Perform kat prom night, konsert amal, majlis kahwin, gigs, battle of the bands, atau busking kat Central Market. Selain tu, korang juga boleh buat video klip. Ala.. buat simple pun tak apa. Korang dok feeling nyanyi-nyanyi kat lorong mana-mana, lepas tu ada orang lari-lari  kat belakang tu sikit pun dah cukup, hehe!

#9 Penampilan dan Imej 
Kalau muzik bagus, penampilan pulak macam haremm pun tak guna. Kalau imej nampak plain ketika buat show, sure peminat bosan. Selain tampil sempoi, korang kena la tampil smart. Guna ruang pentas sebaik mungkin! Buat penampilan secara drastik. Antaranya mengajak peminat sing-a-long bersama, berdansa bersama peminat, buat show Maharaja Lawak kejap dengan peminat, atau... korang mungkin boleh lepas gian dengan baring kat atas stage! *siapa la tu kan hehe~* Dengan semua tu, peminat akan stay dalam konsert korang walaupun satu jam lamanya tanpa rasa bosan sikit pun!

#10 Attitude
Ini boleh dikatakan pakej dari penampilan zahir dan batin la. Kalau luaran nampak handsome, cun.. tapi dalaman macam hantu Kak Limah tak pulang-pulang, camne? *ce cite~ ce cite~* Dengan adanya attitude ni mungkin syarikat rakaman akan berminat dengan band korang dan korang boleh la sign agreement dengan syarikat tersebut dengan mudah.

#11 Buat Rujukan
Ambil contoh band yang korang suka. Mostly band sekarang suka ambil The Beatles, atau The Strokes sebagai ikon band. Dari situ, korang buat ala-ala research sikit. Gali karya, baca review album, tengok biografi, hayati pengaruh muzik mereka, dan sebagainya. Dan cuba juga untuk mendengar lagu dari band yang baru atau 'freshie' untuk memperbanyakkan rujukan muzik dan konsep band korang.

#12 Demo CD
Lagu-lagu dalam demo pertama yang korang hasilkan akan menjadi first impression bagi peminat untuk menilai band korang, terutamanya pihak media. Selalunya orang yang dah lama dalam bidang muzik ni akan merakam demo live dulu sebelum merakam lagu yang sebenar. Sebab dari demo live tu korang boleh dengar semula, kemudian boleh cari kekurangan dan menambah kreativiti dalam lagu korang. Bila dah siap buat arrangement baru, cari studio kasi record dan mixing la. Lepas tu bila dah siap buat mastering, dah boleh kasi kasi jual atau bagi je orang dengar free.

#13 Pengurusan Band
Band yang bagus mempunyai pengurusan yang bagus. Ada band yang manage band diorang sendiri. Mungkin sebab tak ada duit nak hire atau upah orang lain. Mungkin juga mereka rasa mereka mampu untuk manage band sendiri. Band manager ni penting. Dia boleh menguruskan keperluan band, cari ruang-ruang gig dan show, mengawal perbelanjaan band, dan juga mampu menangani masalah dalaman band. Orang yang nak jadi manager ni pulak mesti la friendly, mempunyai pergaulan yang luas, dan yang paling penting, jujur!

#14 Promosi
Selain buat lagu dan video klip, korang juga boleh buat artwork yang lain. Contohnya; sticker, t-shirt, iklan banner, poster, dan yang paling advance, buat promosi melalui websites. Sekarang kita dah ada Facebook, MySpace, PureVolume, AmpChannel, YouTube, dan sebagainya. Dengan cara ni, nama band korang mampu 'merebak' bagaikan virus! Bagi band yang dah meningkat naik tu boleh la try masuk radio pulak. XFM kan ada, hehe!

Dengan tips yang Hani bagi ni, diharapkan kepada sesiapa yang nak buat band tu, semoga berjaya! Bila dah berjaya nanti, jangan sampai lupa diri pulak. Dari awek sorang, gi tambah kasi cukup kan kuota. Tak baik tu.. hehe! So, have fun with your band! Any feedback boleh je komen atau bagi e-mel kat hani.saje@gmail.com


2 comments:

cacing said...

emmmm... kalo buh nama band the cacing... agak2 orang terima tak? =__+

Hani Shah said...

sure band the cacing tu popular kat 'underground' kan :p heheh

This is Hani