Thursday, April 21, 2011

Result dah keluar | Isi borang tamat pengajian

Salam semua!

Siang tadi di PTPL Shah Alam, results untuk SHS dan SISE dah pun keluar. Tahniah kepada yang berjaya! Kepada yang suam-suam kuku tu, still ada masa untuk perbaiki. Jangan give-up!

Hari ni satu hari suntuk aku dok berjalan je. Keluar rumah dari Kajang, naik train sampai stesen Batu Tiga, lepas tu naik teksi sampai Kolej PTPL Shah Alam. Lepas tu aku tunggu Syafiq, janji nak amek result sama-sama. Masuk kat exam department, nasib tak ramai orang. Tunggu dalam 10 minit, settle dapat result.
Lepas tu gi admin department, amek borang tamat pengajian. Bila tengok borang tu, rasa macam baru je aku amek borang apply belajar dulu. Kejap je rasanya semua ni. Dari aku umur 18 tahun, now dah nak masuk 21 tahun. Alhamdulillah, akhirnya aku habis gak pengajian kat PTPL ni.

Lepas amek borang tu, aku mula la main 'treasure hunter' dengan Syafiq, hehe! Dalam borang tu kena ada 5 cop pengesahan dari 5 jenis department! Mak aih... dah nak habis belajar pun diorang suruh kitorang round-round kolej ye. Bagus la pakej nye tuh! Tapi tak apa la.. bukan selalu kan. Dah siap je dapat 4 cop pengesahan, terus gi admin balik untuk cop yang terakhir. Dah macam checkpoint lak kan hehe!

Insya-ALLAH minggu depan boleh amek surat tamat pengajian tu dari pihak kolej. Konvo kami pulak insya-ALLAH hujung tahun ni. Tu tak tau betul ke tak. Siapa budak PTPL tau jela kan~

So kat semua classmates, aku nak type nama korang sorang-sorang untuk penghargaan boleh? Hehe *tarik nafas~* thank you kat Syafiq, Beyla, Rehana, Azri, Syed, Pa'an, Faiz, Amalina, Thairah, Revaty, Emi, Syam, Addy, Idwan, dan Meo sebab banyak tolong aku dalam kelas dan pembentangan projek. Tak lupa gak kat supervisors yang terlibat; Puan Dalilah, Cik Nhizmah, Puan Zuraidah, Puan Juliana, dan Sir Vinod *versatile abeh!* Selain tu kat Mama Abah *sayang muah muah!* sebab banyak hulur duit untuk cari bahan projek. Dan... kat Ojex sebab banyak bagi idea dan cadangan untuk projek ni.

Buat kawan-kawan yang lain; Eez, Dash, P-Gee, Rasyiqah, dan siapa-siapa jela yang tengah buat projek akhir ni, good luck! 


4 comments:

atiqa aris said...

kolej ptpl bes x u?yuran mhl x?

Hani Shah said...

hani ptpl s.alam..ok la..nice! tp bila dah masuk, hrp sbr jela dgn management..tanak cerita :p
pasal yuran lak depends on course la..hani amek multimedia, yuran <20k la..

Ammar_Ridha said...

congrats senior..
hehe

Hani Shah said...

sama2 ;)

This is Hani