Saturday, January 01, 2011

Tahun Baru, Semua Baru!

Salam semua!

Macam biasa la.. bila dah masuk tahun baru ni, so kita kena la wish 'Selamat Tahun Baru' untuk semua orang. Harap korang semua okay. Aku pun malam tadi mana la sambut tahun baru. Memang tak pernah langsung! Kesian kan? Tapi ni la aku.. tak suka nak sambut benda-benda camni. Malas!
Tapi sebelum tahun baru semalam, kebetulan terbaca status seorang kawan aku ni. Aku dah anggap dia macam adik aku gak la. Nama dia Niena. Dia suruh orang send mesej kat dia, apa-apa nombor yang kita nak. Nanti dia akan bagitau sesuatu la tentang diri kita. Aku lak bosan. So layan kan jela status adik aku ni. Aku letak nombor '777' kat dia. So aku tunggu jela status updates dia. Lepas 15 minit, baru nombor aku naik. *Bukan nombor ekor tau!* So aku pun baca la status tu.
777 - Hee! Akak ni kan.. lama dah saya kenal dia. Since Form 2 ke Form 3. Kenal through MySpace kan? Hee.. pastu camne tah leh rapat :) then lama sangat tak dengar cerita akak ni since MySpace dah macam tak ada orang. Last-last guna Friend Finder, jumpa FB dia. Wah :) akak ni comel tau! Dulu time dia sekolah, Niena pun sekolah gak, selalu je ber-MySpace together kan? ;) keep in touch kak, take care :) 
Yup.. aku pun suka contact dengan Niena masa kat MySpace dulu. Thanks puji akak, huhu! Terharu kot. Dia tak macam budak-budak junior yang lain. Kalau budak lain, cakap nak besar je, macam diorang dah pernah rasa semua! Tapi dengan Niena, dia cool, kalau dia tak tau, dia akan tanya. Kira tak ada la dia malu kan diri dia sendiri sepanjang kami berhubung dulu. Thanks for being a good friend of mine!

Semalam gak aku lepak dengan Zedren. Rasa happy la gak sebab dapat sama dengan dia. Tapi dalam masa yang sama, aku kesian kat dia sebab dia demam. Masa nak tidur pun tengok dia menggigil.

Sebelum nak masuk tidur, kami sembang-sembang dulu. Macam-macam gak la kami share. Dari perkara lama, sampai la perkara semasa. Rasa happy bila dengar topik terakhir kami bersembang tu. Harap apa yang kami rancang jadi kenyataan satu hari nanti. Terima kasih sebab terima aku seadanya, sebab aku gak terima seadanya diri dia.

1 comment:

fasheeha said...

Selamat tahun baru! :)

This is Hani