Friday, January 28, 2011

Ijazah Sarjana The Beatles, cambest je kan!

Salam semua!

Aku sebenarnya bosan tahap apa pun aku tak tahu hari ni. Aku senyap je satu hari ni. Entah la.. marah, happy, semua bercampur. Banyak sangat yang aku simpan dalam hati ni sampai aku malas nak menghadap muka korang sorang-sorang.

Dok tengah memasak kat dapur tadi, aku baca la paper. Entah siapa punya paper pun aku tak tau, baca jela. Paper Kosmo! hari Jumaat 28hb Januari 2011. Dok tengah belek-belek, tiba sampai satu page ni aku rasa macam menarik sangat. Ruangan dia kecil je. Tajuk dia 'Graduan pertama Ijazah Sarjana The Beatles'. Pastu ada gambar seorang perempuan tersengih pakai baju konvo. Wow! Ada juga ijazah macam tu eh? Menarik dan... unik!
The Beatles 

Course tu mengajar student tentang bunyi studio, komposisi band The Beatles, macam mana Liverpool bentuk muzik The Beatles tu, macam-macam lagi la! Kiranya students akan belajar semua tentang band The Beatles.

Korang masih tak percaya ke ada course ni kat universiti? Course tu cuma ada kat Liverpool Hope University je. Nak tengok bukti? Meh sini tengok mai.
(klik untuk paparan besar)

Ni pulak berita yang aku baca dalam blog siapa pun aku tak tau, yang bagitau tentang graduan yang berjaya dalam course The Beatles tu - Woman Earns Beatles MA.

Kat Malaysia bila lagi nak buat camtu eh? Mana tau nanti ada Ijazah Sarjana Muda Siti Nurhaliza, atau... Diploma Grey Sky Morning? Haha!

4 comments:

Nazura² said...

Hani, kalau ada aku pasti kau mesti nak amik kan? lagi lagi Diploma Grey Sky Morning, Ngee :D

Hani Shah said...

hahah xyah masuk pon dah terer kot..'lecturer' dia rapat dgn hani hahaha!

Nazura² said...

Hahaha. Aah, betui jugak uh kan? Cool lah, tak msk pun dah boleh dpt diploma dia dah. Ngee

teh fatihah said...

huyoo..best!!
saya gila beatle tp xtaw lak ada nih..(belom btul2 gila la nih)huhuhuh~

This is Hani