Sunday, January 09, 2011

Part 9 : Happy Study (Climax)

Salam semua!

Sebelum ni kita story pasal apa yang berlaku sebelum aku masuk kolej, kan? So sekarang ni, aku nak story sikit apa yang best, apa yang tak best selama aku study kat sini. Apa ragam Hani kat kolej ni?

Okay.. aku ni tak ada la aktif mana pun kat kolej. Cuma kalau ada event yang melibatkan dance atau music je aku baru aktif. Kalau tak join event tu, sure aku jadi videographer je. Paling aku suka, event Band Zone PTPL 2010 pada pertengahan tahun 2010 hari tu. Sebab banyak kawan masuk pertandingan tu. Lepas tu masing-masing suruh rekod video, termasuklah band yang tak kenal nya. Aduyai.. memang tak cukup bateri la kan! Tapi alhamdulillah semua berjalan lancar, smooth je.

Psst! Hani masuk pertandingan dance dengan rakan-rakan gak lepas settle Band Zone tu. Macam tak percaya kan? Tapi dance tu la 'makanan' aku sebelum ni. Dah lama sangat tak dance, tiba-tiba kena join event camni, pergh! Enjoy gila! Rindu nak join dance lagi macam dulu, street-dance jela kan. Ballet tak mampu, hehe! Tapi kirim salam jela, Hani! Pancit habis nanti oi...

Ni jela aktiviti kolej yang aku suka nak join. Takde dance or music, jangan harap! Kalau korang tanya bab pelajaran aku, semau tu okay sangat! Harap okay sampai habis belajar. Risau sebenarnya sebab pointer pun makin lama makin menurun. Biasa la tu kot. Cuma aku nak stabilkan la semua tu.
Pasal kawan-kawan yang ada kat kolej, diorang semua superb! Selalu orang akan kata, kawan di kolej lagi best dari kawan time sekolah dulu. Aku setuju sangat dengan statement tu! Bukan nak memperlekehkan kawan sekolah, tapi time sekolah dulu kita 'berjuang' dalam satu bidang yang MUNGKIN kita tak suka. Tapi bila masuk peringkat kolej atau universiti ni, bidang yang kita join tu bidang yang kita minat. Lepas tu setiap orang dalam satu batch tu ada kepakaran masing-masing. Leh kongsi-kongsi idea dan minat.

Lecturers lak banyak yang sporting. Dari mentor aku, lecturers yang mengajar aku, sampailah lecturers yang tak pernah ajar aku. Semua best, semua sporting! Tapi sporting pun, kerja diorang kena buat jugak okay.

Apa yang berlaku ni cuma dalam tempoh aku study je. Final project apa cerita? Haa... korang tunggu la sambungan untuk entry ni okay? 


No comments:

This is Hani