Wednesday, July 14, 2010

Dapat penghargaan? Pergh!

Hari ni memang agak best la walaupun tak ada la best mana pun. Bangun tidur je, habis mandi, mentor aku call. Dia pesan suruh aku bagitau semua adik-beradik aku, petang ni ada perjumpaan SISE kat Theater Hall pukul 3. So aku pun pas la amanah tu kat semua kawan-kawan aku yang sama mentor dengan aku.

Lepas tu, ingatkan nak gi Giant, nak gi beli botol air untuk hamsters ni. Tapi bila sampai je kat pets' area, botol tu dah tak ada. Gila kecewa time tu. Aku tawaf satu area tu bagai nak rak tapi tak ada jugak. Sebelum ni ada, banyak lak tu. Tak kan la dah habis stok kot? Haish! Tak apa la, tak ada rezeki kot. So aku pun gerak la ke kolej. 

Sampai je kolej, aku gi account department. Nak gi aktifkan ID aku. Maklumlah.. nak exam minggu depan. Pergi dengan Ejat, kawan rumah aku. Settle je aktifkan ID, kitorang pun gi la lepak kat kedai makan dalam kolej. Agak-agak dah dekat pukul 2, gerak la gi kelas Pengajian Malaysia. Wargh! Banyaknya latihan kena buat! Kena settle-kan bab 6. Dah la tak belajar lagi bab ni!

Dah settle latihan, kitorang ada perjumpaan untuk pelajar School of Information Science and Engineering (SISE). Serius aku lapar time perjumpaan tu. Bosan yang amat! Kalau aku bawa PSP aku kan best! Tapi agaknya ada hikmah semua tu, so aku concentrate jela dengan perjumpaan tu.

Masa penutup perjumpaan, ada pulak hadiah dan penghargaan bagi lecturers. Aku tengok, wow! Bagus gak buat camni, kira lecturers semua dihargai la jugak walaupun semua tu pura-pura belaka kan! Tapi yang tak tahannya tu, ada pulak penghargaan untuk pelajar SISE. Kawan aku, Beyla, boleh lak cakap "ni ko mesti dapat punya la!". Aku mana la nak percaya semua tu. Karut! Tapi dan-dan pelajar terakhir yang dapat penghargaan tu aku pulak! Aduyai.. aku dok fikir, 'ya Allah.. layak ke aku?' Lepas tu, aku tengok la buku apa aku dapat. Dan-dan dapat buku terbaik la kan! Perli sungguh!

Yang kelakarnya lagi, sebab aku dapat reward tu pun sebab aku selalu upload video event kolej aku ni kat FB, selain aku dapat president's list. Hmm.. apa-apa la weh. Asal jangan sebab bukan-bukan sudah! Papahal, thanks la kat pihak lecturers yang vote aku tu kan! Jasamu akan ku kenang muaahahahaha!

4 comments:

Anonymous said...

pura-pura? part mana yang pura-pura tu?

penghargaan tu bukan sebab video or FB, but your contributions as part of JPP member.

enjoy the book..it may not be useful now but later..who knows..

*be positive, ok..

-pn siti hanim

Hani Shah said...

:)
memang appreciate la kat SISE
thanks!

diraja22 said...

tahniah, SISE student..

xazryx said...

ko jgn lupe fotostat kn aku buku ni .hahahah .

This is Hani