Thursday, December 23, 2010

Part 9 : Happy Study (Intro)

Salam semua!

Lama sangat aku tinggal masterpiece ni kan! Banyak sangat melalut sampai lupa ada episod tergantung dalam blog aku ni, hehe! Kalo ni kita buka cerita pasal study pulak, okay?

Aku ni bukanlah seorang yang pandai mana pun. Siapa yang pernah satu sekolah dengan aku, lebih-lebih lagi yang satu kelas dengan aku sure akan cakap, "Hani ni cukup-cukup makan je study dia, kelas pun ada skip, kelas je pure science 1 tapi still ada paper failed.. bla bla bla.."

Tapi alhamdulillah SPM aku semua subjek kredit. Lepas tu, aku ada la juga sambung study selepas puas kerja. Mula-mula ingat nak amek jalan mudah, masuk Form 6. Leh amek degree cepat sikit kan.. tapi kalau niat tak betul tu, semua tak menjadi. Aku rasa macam aku tak boleh bawa subjek Form 6. So aku pun keluar dari Form 6 selepas dua minggu jadi budak sekolah kembali.

Lepas tu, mula perjalanan study aku yang tak tentu hala. Masuk Politeknik Arau, UniMAP, Unisel... macam-macam la! Semuanya kursus yang hampir sama. Kalau tak grafik, mesti multimedia. Aku minat subjek yang aku dapat tu.. tapi suasana belajar tu tak memuaskan hati aku. So aku pun keluar masuk universiti dan kolej di sekitar Malaysia ni. Bukan memilih, tapi kalau kita silap pilih suasana pun tak best.

Lepas aku dah habiskan banyak duit Abah, depa dok marah aku la. Macam main-main je, tak nak belajar je kan. Last-last dapat surat dari Kolej PTPL. "Haish.. bila masa aku apply menatang ni?" Pelik gak la sebab kursus yang depa tawarkan kat aku tu Diploma Teknologi Multimedia. Macam tau je kan. Mula-mula was-was gak. Tapi biarlah apa orang nak cakap pun kan! Masuk saja. Mama Abah marah mula-mula tu.

Sekarang ni, alhamdulillah... Mama Abah pun dah okay. Lagi diorang bangga ada la! Siap bagi support lagi. Kira aku tak salah pilih tempat, walaupun tempat ni cikai je kan. Aku pun setakat ni, alhamdulillah, untuk setiap semester aku dapat dean's list. Terima kasih gak kat semua lecturers yang pernah tolong, pernah mengajar, dan mungkin mendoakan aku dari jauh.
So, kat korang semua yang nak sambung belajar tu, fikir-fikir la okay? Jangan fikir tempat tu dipanggil 'kolej' korang anggap tempat camtu pencacai sangat. Tak semestinya taraf universiti tu semua bagus. Walaupun aku cakap camni, aku still teringin nak sambung belajar kat mana-mana universiti. Tak kisah kalau dapat IPTS, tapi kalau leh nak masuk IPTA. Insya-ALLAH..

P/S: NEXT! Sambungan dari story kali ni.. macam mana keadaan aku bila dah masuk Kolej PTPL Shah Alam? Kawan-kawan baru apa cerita? Macam mana dengan study aku? Rumah sewa? Korang tunggu jela okay!

No comments:

This is Hani