Sunday, December 05, 2010

Movie Review: Aku Tak Bodoh

Semalam aku gi Jaya Jusco Bukit Raja dengan sahabat aku; Yan dan Zura. Layan cerita 'Aku Tak Bodoh'. Gila best story-line movie ni! Memang tak rugi siapa yang tengok. Dari awal cerita, sampai habis, gelak je. Tapi ada gak la diselit dengan adegan yang menyentuh hati. Takkan la nak gelak je memanjang kan.
Overall, cerita ni punch-line dia banyak pada dialog secara tak sedar. Korang kena concentrate, dengar dialog dia betul-betul, baru korang akan gelak kaw-kaw punya!

Aku suggest kan, sesiapa yang nak tengok movie ni, ajak la satu famili korang, kalau leh bawak satu kampung, jiran tetangga tu sekali. Elok untuk seisi keluarga tau movie ni. Lebih-lebih lagi kepada famili yang asyik dok busy kerja je. Pastu lagi elok kalau parents yang jenis tau nak marah anak je kerjanya tanpa tanya masalah anak-anak tu.

Nak tau lebih, layan la website movie ni: http://www.akutakbodoh.com/

Jangan lupa, layan tau movie ni. Support movie macam ni. Jangan layan sangat movie merapu.

3 comments:

Adam said...

cerita merapu. contohnya cita ape tu? hhehe

p/s: just some issue. Aku suka komen blog orang tapi…

Missha said...

Boleh letak dlm list utk tengok movie ni. huhu lama dah tak tengok movie.

Latest Entry : Ketahuilah Balasan Meninggalkan Solat

Hani Shah said...

cerita merapu tu mcm kalo tgk cerita tu mcm x berbaloi la~ mcm crite xd motif

This is Hani