Wednesday, December 29, 2010

Kenapa nak minta maaf pulak?

Salam semua!

Sepatutnya aku tak perlu post entri ni tapi aku rasa bersalah pulak dengan beberapa orang. Mungkin aku banyak menyusahkan dia.. mungkin gak aku terlalu sibuk sampai tak nampak semua orang.. dan mungkin juga aku ni jenis cakap main lepas. Aku minta maaf sangat kat orang yang mungkin tergolong dalam kategori di atas.

Banyak menyusahkan dia.. siapa? Sepatutnya dia yang minta maaf, macam dia cakap kat aku la malam hari tu sebelum aku nak tidur. Dia minta maaf atas semua perkara yang mungkin dia tak mampu buat untuk aku. Aku tau tu salah dia sebab dia tak lengkapkan hubungan ni dengan semua perkara tu, tapi untuk apa dia minta maaf kalau aku selesa dengan semua tu? Pasal duit? Transport? Aku tak kisah semua tu. Mungkin sekarang dia tak mampu, tapi mana la tau rezeki dia nanti ke apa kan. Harap dia okay dengan aku.

Pasal yang aku sibuk ni.. aku nak minta maaf kat parents dan family aku. Aku pun dah jarang balik Kajang sekarang. Mungkin semua tak terasa sangat, tapi Mama.. aku kesian kat Mama. Setiap minggu tanya aku balik ke tak. Paling aku terasa kalau dia cakap dia tunggu aku balik, nak masak sedap-sedap untuk aku. Terima kasih banyak-banyak Mama! Tau.. dia bosan duduk rumah tu sorang-sorang.
Aku ni cakap main lepas je ke kalau marah? Sedikit sebanyak aku setuju dengan statement ni. Tak yah nak tunggu kawan kolej la.. tengok jela kawan satu rumah aku ni. Dah berapa orang kena tibai dengan aku? Kadang-kadang kesalahan korang kecik je tapi marah aku macam benda tu perkara besar, kan? Entah la.. semenjak orang mula pijak kepala aku, tak jaga hati aku bila aku buat baik, aku mula meluat dengan korang semua. Tak ada la semua orang aku meluat, tapi bila perkara sama berulang, aku jadi meluat sangat. Bila dah meluat, mula la nak marah. Maaf la kat semua kalau aku marah tu buat korang touching setahun dengan aku. Tapi korang jangan la buat lagi apa yang orang tak suka. Fikir la jugak apa yang orang akan rasa kalau korang buat macam tu kan. Lebih-lebih lagi dah satu rumah, hari-hari jumpa. *Barang tu jangan buat harta pusaka pulak!*

Entah la.. bila difikir balik, aku perlu minta maaf kat semua orang. Dah la banyak susahkan dia, buat Mama tertanya-tanya pasal aku, lepas tu marah-marah kawan sendiri. Kenapa eh? Terasa something wrong dengan aku sekarang ni..

P/S: Korang pernah tak beli sos cili, tak pernah guna! Tapi bila korang nak guna, sos cili tu tinggal suku je, yakni cukup-cukup untuk kita guna je? Tak pernah kan? Aku amat bersimpati kat ko Eva..

3 comments:

✿....rossa alina....✿ said...

sabar k..mmg kdg2 kene gak pentingkan diri sendiri..asyik jaga hati org lain je kan..hati kita sape nk jaga??hmm..

pasal parents tu,kalo ade masa,balik lah jenguk dorg k...ibu mana xrindu kt anak sendiri.. :)

btw,take care k.. :)

Hani Shah said...

thanks! :) mmg rindu sgt kat famili...

mie said...

itu tandanya dah ibu bapa merindui kita..
saling ingat mengingati

This is Hani