Friday, December 17, 2010

Hari sharing sedunia ke apa?

Salam semua!

Tadi aku ada alumni SISE kat kolej aku. Agak membosankan tapi not bad la. Dapat share pengalaman senior dengan kami yang baru nak bergelar senior ni.

Lepas habis je alumni tu, aku dengan kawan-kawan pun lepak la kat Sajazz. Dok tengah lepak-lepak, sembang-sembang, Zedren call aku. So aku call la dia balik. Aku rasa terkilan sikit la sebab tak dapat nak tolong dia kali ni. Tak apa.. Ahad ni, insya-ALLAH, aku ada dengan dia, harap sangat dapat tolong dia.

Masa tengah on-call dengan Zedren, aku duduk jauh sikit dari kawan-kawan aku. Tempat kami lepak tu agak bising dengan bunyi radio. Dengan orang dok memasak, hentak-hentak kuali. So aku lari keluar ke depan, duduk kat meja luar.

Aku ingat meja tu kosong, selamba jela kan. Sekali tengah bersembang tu, ada uncle datang kata ni tempat dia minum. So aku pun ingat nak blah la lepas habis on-call. Sekali uncle tu tanya aku belajar kat mana. Dan selepas tu, kami terus berbual. Dia tanya, aku jawab. Lepas tu start la satu perkongsian pengalaman. Menarik sangat!

Uncle tu cerita tentang metabolisme badan kita terhadap penerimaan ilmu. Lepas tu bagitau fakta tentang orang Melayu sekarang. Aku tau tentang tu sebab aku pernah baca satu artikel di website. Tapi apa yang uncle tu cerita, buat aku buka minda aku luas-luas! Uncle tu gak cerita tentang pemakanan dan kehidupan yang membezakan orang Melayu dulu dan sekarang. Pro and contra between these two generations. Awesome! 
Yang aku paling salute kat uncle ni, dia cuma seorang driver. Tapi tahap pemikiran dia terlalu luas! He speaks in English so fluently. Dia gak ada gitau aku pasal family dia. Anak-anak dia semua further study sekarang. Cool gila!

So jangan pandang rendah kat orang macam uncle tu. Memang dia kerja driver, tapi... driver tu cuma satu pekerjaan. Cuma tahap pemikiran kita yang menilai diri kita ni bagus ke tak. So, korang fikir diri korang tu bagus ke tak? Terus terang aku cakap, diri aku tak cukup bagus lagi. Sebab aku masih lagi bengap tentang kehidupan sekeliling kita ni. Tapi dengan kehadiran Uncle Roslan tadi, sedikit-sebanyak buat aku buka minda aku seluas dan sejauh yang mungkin! Terima kasih Uncle Roslan!

No comments:

This is Hani