Friday, July 30, 2010

They are soooo annoying!! Or maybe my mistakes...

Aku tak tau kenapa lately aku rasa macam bengang dan marah sangat. Even aku pun sekarang ni tak join conversation dengan my housemates. They must be sad and angry with me. Yela.. tak ada angin ribut antara kitorang, tiba-tiba aku macam mengasingkan diri dari diorang semua. Diorang mesti rasa pelik dan tertanya-tanya, kenapa aku buat macam tu.
Firstly, aku nak minta maaf sebab aku tak boleh nak cakap banyak sangat. Tekak aku ni ada something yang membuatkan aku jadi bisu buat sementara waktu. Sakit sangat nak bercakap.

Secondly, aku terasa terlalu annoying with you all punya voices and ketawa korang. Mungkin sebab aku stress dengan pelbagai problems dan kerja yang datang secara tiba-tiba ni. Aku rasa kalau korang bising sikit pun dah buat aku rasa marah dan nak blah dari kalangan korang. About this, memang aku minta maaf sangat-sangat. Actually korang tak salah pun. Aku yang salah sebab terlalu banyak berfikir.

Thirdly, aku selalu elak dari lepak dengan korang sebab aku nak cari balik jalan yang betul untuk diri aku ni. Aku nak ubah diri aku jadi lebih positif dan aku harap korang jangan la kacau aku buat sementara waktu ni. Give me a break for a moment and I will be fine. 

Harap korang tak ada yang ambil hati dengan perlakuan aku selama ni. I just need time to heal myself. Thanks sebab korang sabar dengan perangai aku selama seminggu ni. Tak lama pun korang kena tahan dengan perangai aku ni. Sebab aku pun dah nak habis belajar, so lepas ni, dah tak ada Hani yang annoying dalam rumah no. 10 Jalan Polo Air tu lagi.

Doakan aku supaya aku dapat bertahan dengan segala penyakit yang aku bertarung selama ni. Kalau panjang umur aku, insyaAllah, habis je grade nanti, aku datang la jumpa korang buat terakhir kali. Terima kasih korang semua...

1 comment:

cik shabah said...

think +ve selalu oke =)

This is Hani