Salam!
Alhamdulillah, novel Tabu ni baru je launch kat Gravy Baby Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam hari Sabtu lepas (24hb Disember 2011). Aku tak dapat pergi pun launching tu sebab aku kerja. Tapi apa-apa hal, aku dapat buku before the launching was started. Hehe! Thanks to family yang tolong hantarkan novel tu ke sini, pada hari yang sama.
Penulis: Shaz Johar
Halaman: 312 mukasurat
Harga: RM 20
Cetakan Pertama: Disember 2011
Sinopsis: Bibi tahu dia cantik. Dia bukan BBL (Big Beautiful Lady) biasa. Hidupnya selesa dengan rakan baik yang sentiasa di sisi, dan juga kekasih gelap warga asing yang sangat setia.
Malangnya, keselesaan itu berakhir apabila dia berhadapan dengan dua misteri. Misteri ketika dia cuba mengenalpasti identiti pemilik telefon bimbit yang dia temui, dan tentang kematian mengejutkan rakan baiknya.
Bibi cuba membongkar. Cuba menyelami rahsia yang disimpan oleh si mati dan cuba menyelinap zon TABU yang mungkin akan mengancam kebahagiaan dan keselamatan dirinya sendiri.
Ya, Bibi bukan BBL biasa. Di sebalik pakaian besar itu, tubuhnya sarat menyimpan 1001 cerita!
Bagi sesiapa yang tak tahu, ini adalah 'baby' Shaz Johar yang kedua selepas Kougar. Masih bercerita mengenai kehidupan seorang perempuan, yang berumur, tapi kali ni agak muda sedikit dari novel yang lepas. Masih menceritakan pergolakkan hidup dan keperitan seorang wanita. Kerja, pasangan hidup, kawan... normal la tu kan.
Novel ni guna jalan cerita yang ringan. So korang leh enjoy the story page by page dengan senang hati. Tapi bagi korang yang pernah baca Kougar, korang akan jumpa satu watak yang familiar pada pengakhiran cerita Tabu ni, iaitu Kisha. Jangan ingat dunia kita je yang kecik, dunia dalam novel pun kecik weh! Boleh lak dikait-kait dengan novel yang sebelum ni. That's creative! I mean it, Shaz Johar :)
Apa lagi yang aku nak komen? Sebab jalan cerita dalam novel ni terlalu direct, mudah korang nak faham, dan tak terbelit otak korang nak baca. Just.... grab one and read! I mean, NOW!
P/S: Kebetulan, hari ni birthday Shaz Johar yang ke-17 (katanya kat Twitter @malayrhapsody haha)Wee~ wish you happy birthday, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan idea-idea cambest untuk menulis, have fun and enjoy your life, Jejaka Anggun :)
1 comment:
terima kasih....
Post a Comment