Thursday, April 14, 2011

Filem Estet | Antara Perpaduan dan Semangat Berpasukan

Salam semua!

Malam tadi Hani tengok filem Estet, arahan Mamat Khalid. Filem ni mungkin tak berapa popular kot tapi ada gak menang award Anugerah Khas Juri. Tahniah! Filem ni ditayangkan kat seluruh pawagam dalam penghujung tahun 2010. Apa yang Hani nak ceritakan adalah filem ni mempunyai kualiti pengajaran yang bagus, sebenarnya.

Kalau diikutkan sinopsis dan plot jalan cerita, filem ni berkisarkan tentang perpaduan kaum di Malaysia. Tapi filem ni mengambil kaum India sebagai subjek utama. Yela.. dah tajuk filem pun estet. Estet memang sinonim dengan masyarakat India kalau diikutkan subjek Sejarah time sekolah dulu la. Estet, ladang getah.. ia dimajukan secara majoriti oleh kaum India pada suatu masa dulu.

Ok, kembali kat topik asal. Filem Estet ni memang bagus la untuk masyarakat di Malaysia ni sebab kita sangat beruntung mempunyai kepelbagaian kaum dalam satu negara yang kecil ni je. Bangga tak? Kena la bangga. Dari kepelbagaian kaum, kita dapat terapkan satu budaya saling tolong-menolong, bertolak-ansur, dan menjauhkan diri dari budaya tindas-menindas antara satu sama lain.

Tapi bila Hani berfikir dari luar fikiran tentang filem ni, Hani nampak satu perkara je, BOLA! Liga bola di Malaysia sekarang tak ada la sehebat zaman Allahyarham Mokhtar Dahari dulu. Dan... bila Hani hayati betul-betul nama watak dalam filem ni, baru Hani perasan satu benda. Nama diorang ada yang sama dengan nama-nama lagenda bola sepak Malaysia satu ketika dulu! Nice kan? Kononnya Gandhii, Subramaniam, dan Arumugam adalah pemain bola sepak veteran Estet Cintamanis. Lepas tu diorang la yang jadi jurulatih untuk pemain muda untuk berlawan dengan pasukan Estet Red Cobra.
Pasukan bola Malaysia satu ketika dulu. 

Filem ni memang gelak je memanjang! Lawak yang diorang buat memang menjadi. Dengan ada pemain mata juling macam Cookie Monsters.. pemain yang lembut tapi bila kick memang menang penalti punya.. lepas tu ada goal-keeper yang obses dengan tarian Micheal Jackson. Hmm.. macam-macam!

Bagi sesiapa yang tak pernah tengok filem ni, korang KENA TENGOK! Hani dah sediakan video untuk 10 minit pertama filem Estet kat bawah ni. Nak tengok yang lain, leh je korang cari nanti, okay!? Harap korang enjoy!


1 comment:

xazryx said...

cite ni x best doh .aku tgk tepu je .

This is Hani