Monday, April 11, 2011

Aibkan Orang.. Apa Dapat?

Salam semua!

Aku nak story sikit la pasal apa yang dah jadi kat FB Page milik students kolej aku baru-baru ni. Dah nama pun FB Page, so budak-budak dari seluruh branch kolej aku semua ada kat situ. Ada share untuk cari penyewa rumah. Ada yang tanya hal-hal kolej. Ada yang bertukar pendapat tentang studies. Macam-macam! Tapi ada pulak yang buat onar kat dalam page tu.
display semata-mata

Aku tak nak buat printscreen apa-apa dari page tu. Silap hari bulan kalau lecturers baca, mau jadi masalah! Tu baru lecturers baca, kalau pengetua yang baca? Dato' Wira baca? Tak ke naya budak-budak tu.

Aku tak kisah la kalau korang nak buat apa pun, buat lah! Tapi kalau dah tau benda tu salah, jangan la buat.

Lepas tu, kepada yang bersalah tu, kalau rasa bersalah sangat, nak bercerita perihal tu, make sure orang yang korang nak story tu boleh dipercayai. Jangan jadi macam mala'un tu. Boleh pulak buka pekung tu kat public. Siap orang yang tak kenal pun boleh baca statement tu. Siapa yang malu?

Terus-terang aku cakap, aku tak kenal si pembawa cerita dan pelaku-pelaku yang bersalah tu. Tapi sebagai bekas pelajar yang pernah belajar kat kolej tu, aku rasa macam kecewa sikit la bila ada junior-junior aku yang cacat akal macam ni. Perangai macam budak tak matang. Baik korang masuk sekolah rendah balik la. Kasi matang habis-habis dulu, boleh?

Last words dari aku, tak salah nak menegur orang. Tegur la berapa banyak pun yang korang larat. Tapi jangan la sampai orang pandang hina dan fikir yang negatif kat orang yang bersalah tu. Dan sekiranya cerita yang korang bawa tu salah, kan dah jadi fitnah. Tau kan buat fitnah dapat apa? Dosa... pandai! So harap korang dapat fikir la apa yang aku cuba nak sampaikan ni. The conclusion is: dah orang share satu aib tu, nasihatkan la dia. Bukan jaja cerita tu kat orang ramai! Jimbit!

3 comments:

xazryx said...

haha .sape do ?

cacing said...

budak2 muda hani.. memang suka buat onar.... bagi makan kasut saiz 8.5 senyap la dorang tu... heheh

Hani Suraya said...

AZRY: ko try la usha2 page student kolej kite tu..teruk sial~

CACING: tu la! nak bg mkn kasut hani, kaki hani kecik...ade kwn2 yg saiz 10 x? kasi knyang sikit perot budak tu heheh!

This is Hani