Thursday, April 29, 2010

Kawan makan kawan, apa kata korang?

Sekarang ni macam-macam manusia yang ada kat Bumi ni. Yang baik tu bagus la. Ada lak yang macam setan, memang rasa macam nak bunuh je kan? Tapi sebagai manusia normal, aku sabar jela (sebab tu je mampu).

Ada yang gila kuasa. Hmm... yang ni memang banyak la. Tak yah tengok jauh la. Macam aku yang still belajar kat kolej ni, ada ramai la juga yang gila kuasa. Sampai ada yang nak jatuhkan orang lain. Selain menyusahkan orang lain, sedikit sebanyak dapat turunkan semangat orang lain juga. Rasa macam bodoh je orang yang macam ni.

Ada pulak yang suka menjaja masalah orang ni! Aduh.. ni yang paling aku tak suka. Kalau orang dah bagi kepercayaan kat korang, takkan korang tak reti nak jaga kepercayaan tu? Dah la gi jaja cerita kat orang lain, pastu boleh lak dia tambah 'ajinamoto' kat cerita tu. 'Bagusnya dapat kawan macam korang ni'. Terima kasih la banyak-banyak!

Apa boleh buat.. aku pun dah malas nak layan orang yang suka makan kawan ni. Ingat kita ni tak ada perasaan macam diorang kot. Suka-suka nak cakap pasal kita. Macam diorang tu tau sangat pasal kita. Diri sendiri macam bangang, ada hati nak cerita pasal orang lain.

Aku tulis blog ni secara general. Kalau ada 'kawan' yang terbaca blog, and terasa dengan post kali ni, jangan salahkan aku. Korang sendiri nak terasa tu korang punya pasal! Kalau korang rasa pernah or still buat apa yang aku post-kan hari ni, cepat-cepatlah minta maaf kat orang yang korang buat salah tu, takkan aku nak ajar pulak kan!? Jangan fikir aku happy-happy dengan korang, aku dah lupa semua yang korang pernah buat kat aku. Sikit pun aku takkan lupa. Bukan aku nak kata aku ni pendendam, tapi aku nak jadikan semua tu sebagai pengajaran hidup aku selama aku masih hidup kat dunia ni. Jangan pernah minta untuk aku lupakan kesalahan korang, faham?

2 comments:

Anonymous said...

kwn mkn kwn?ko bg je kt aku diorang tu.aku mkn blk diorang.kompem knyg.

xazryx

Hani Shah said...

aiceh.. mntg2 ko kuat mkn en hihi!

This is Hani