Tuesday, April 27, 2010

Result oh result!

Tadi kolej aku keluarkan result semester lepas. Ingat nak datang awal, tapi aku 'kalah' lak. Mengantuk gila! So plan B, gi kolej pukul 11. Dah bersiap semua, gerak dengan Ejat, kawan satu bilik aku. Minum-minum dulu kat kolej. Ambil nombor giliran dulu.... nanti ramai orang!

Tapi sementara aku minum-minum kat kedai petak, boleh lak system down. Patutlah sebelum aku lepak sampai aku habis lepak, still nombor yang sama je. Hampeh gak la! Dah la cuaca panas. Orang ramai. Haish!


Sementara tunggu giliran, lepak la dengan kawan-kawan. Macam-macam hal la! Dapat lak lepak dengan kawan-kawan yang extend semester ni, Faiz and Syafiq. Jumpa diorang memang best la! Rindu korang! Yang Easy lak leh buang tebiat, jadi 'hantu cina' sementara nak ambil result. Jangan tension weyh!


Apa-apa hal, tahniah kat semua yang berjaya. Bagi yang tak berjaya, don't give up! Banyak-banyak berdoa and jangan lupa USAHA SENDIRI!

P/S: Terima kasih kat Mama Abah sebab banyak berdoa dan berpuasa untuk Hani semasa final exam semester lepas! Tanpa Mama Abah, Hani tak dapat keputusan macam ni untuk kali ke-4. Pointer 3.85 ni terlalu banyak untuk Hani dan Hani kena berterima kasih kat Mama Abah. Sayang Mama Abah!

2 comments:

Anonymous said...

tahniah hani! 4rm dak msu yg jarang jmpe..

Hani Suraya said...

tq!! :) mSU? hmm.. sape la eh.. huhu!

This is Hani