Tuesday, April 17, 2012

Dialog Monolog - Sedih Terakhir

Aku dah lama tak rasa happy macam ni. Lama jugak aku tak pergi shisha. Asap dari arang yang berperisa tu sudah lama aku tak hisap. Rindu pulak. Tapi... bila tak dapat lepak bersama kawan serumah, ada hikmah disebalik itu yang terjadi.

Aku dapat lepak bersama kawan-kawan yang aku dah pun rasa seperti 'kawan sejak kecil'. Kami hanya menggelarkan diri kami sebagai Idebewe, yang aku sendiri sudah lupa maksud penuh bagi akronim IDBW itu. Keakraban kami, kegembiraan kami, kesedihan kami... semuanya dikongsi bersama.

Aku bukanlah mahu mengatakan keluarga kandungku tidak best. Cuma kekurangan yang ada dari keluarga ku itu telah diisi oleh mereka semua. Baik dari kawan-kawan Idebewe, mahupun kawan-kawan serumah aku. Aku tak pernah mempertikaikan salah siapa dalam hal ni. Jauh dari sudut hati aku, aku masih merindui, masih menyayangi keluarga aku.

Baru-baru ini, aku ke rumah Adib. Berjumpa dengan keluarganya membuatkan aku kaku diam membisu. Aku segan dengan keluarganya. Apa yang aku nampak, keluarganya banyak mengisi kekosongan dalam keluarga aku. Aku tersenyum seorang diri apabila aku memerhatikan keadaan sekeliling. Boleh pulak time-time macam ni, aku teringatkan keluarga aku yang berada di Kajang. Nyaris mengalir airmata bila teringat Mama dan Abah. Rindu pada mereka hanya Tuhan saja yang tahu.

Orang lain hanya tahu mengata aku ni jahat dan memberontak. Kau apa tahu tentang hati aku? Kau apa tahu tentang pandangan keluarga aku terhadap aku? Apa yang kau tahu?

Hidup dalam keluarga yang bergelar Dato', Tan Sri, etc... sebenarnya tak lah sehebat mana yang korang sangka. Aku tak pernah gembira langsung dengan gelaran duniawi tu. Sejak adanya gelaran tu, ia seperti meragut segala masa dan kebahagiaan yang ada dalam hidup aku sekeluarga. Busy outstation la, kena pergi situ, pergi sana... bosan!

Kawan-kawan lain tak pernah tahu sejarah aku dengan keluarga aku. Dibuang, dibenci.. hanya aku yang kena tolong diri aku. Selagi boleh aku mahu mengelak dari bercerita tentang keluarga aku. Bukan sebab aku benci. Aku tak mahu orang berfikir negatif tentang keluarga ku. Mama.. Abah.. tunggu Mira balik, okay? Janji lepas habis segala kerja kat sini, Mira balik sana sekejap.

"Sayang, jom teman kita beli ais." 
"Oh, okay.." 

Lamunan aku berkecai. Aku tak patut fikir segala kesedihan yang pernah berlaku. Aku sedang bahagia sekarang! Mama Abah kat Kajang tu pun tahu. Doa aku cuma mahu kebahagiaan yang berpanjangan sampai aku menutup mata selamanya. Tak mahu lagi sedih seperti dulu. Aku terus mengikut Adib ke kereta untuk ke kedai bersama. Dan ketika itu, geng Idebewe yang lain sedang bersuka-ria di Bukit Tinggi, manakala kawan-kawan serumah aku sedang melepak menceriakan malam minggu mereka.

Terima kasih, korang!
Sayang Mama Abah

1 comment:

Tieah Madian said...

Anak orang kaya! Fuiyoooooo.. Hehehe..

:)

This is Hani