Malam itu, aku lepak dan shisha. Betul, tak tipu macam cerita sebelum ni. Aku bersama Yan, Eyza, Mai, By, dan Fiqa. Naik kereta Viva merah. Sekali pandang dari luar dah macam tin sardin Ayam Brands sebab enam orang skali masuk. Kat belakang je dah ada empat bontot. Nasib semua kecik-kecik. 'Ah, tak kisah la tu asal semua selesa je dari rumah ke Le Lac'.
Aku, macam biasa, Neslo ais. Favorite aku. Nescafe atau milo terlebih memang spoil, tapi telan kan je air tu. 'Peduli apa aku'. Malam tu, perisa shisha; lemon melon mint. Sebelum start shisha tu, semua sihat je. Alhamdulillah. Bila dah sedut, sorang... sorang. Hah, dah start tersasul, sorang... sorang. Yang pasti, permainan tu aku lah pemenang. Sebab aku orang yang last sekali yang tersasul. Baru nak pegang rekod. Dah jadi macam Yuna, kena pulangkan trofi bagi orang lain. 'Hampeh betul!' Tapi aku happy.
Alkisah tersasul bermula apabila seorang budak berjalan, lalu singgah ke restoran mahu SISHA. "Adik nak perisa apa?", "Saya nak BLACKBERRY mint." Bila dah siap bancuh, letak arang, semua... budak tu pun duduk. 'Rasa apa ni? SEREBUK terlebih ke?' Susah untuk di-HIDAM dalam paru-paru ni. Pepatah pernah mengatakan; genggam bara APA biar sampai ke pangkal lengan? Argh.. aku lupa pepatah tu! Aku pun terus meng-HISUP tanpa menghiraukan sesiapa.
Okay, kitorang high! Second round, blackberry mint. Nasib, tak ada sesiapa yang tersasul. Mungkin sebab Fiqa dah mengantuk. Semua nak balik, esok ada kelas. Aku? Rilek jela. Cuma hati ni rindu seseorang. Sampai je rumah, aku terus SMS budak botak. Dah puas beromen kat YM, kitorang beromen time call lak. 'Kena guna teknologi seadanya selagi boleh digunakan'. Lucah? Korang suka fikir benda kotor. Aku just rindukan dia.
Ah, sudah la!
Selamat malam.
No comments:
Post a Comment