Friday, February 17, 2012

#Fixi dan #Kopi promo (video)

Salam!

Macam biasa nak promote barang baik punya. Buku cerpen dari keluaran Fixi iaitu bertajuk Kopi akan dilancarkan bulan depan iaitu bulan Mac 2012. Apa yang specialnya buku cerpen Kopi ni?

Buku cerpen Kopi ni mengumpulkan 19 buah cerita pendek daripada 19 orang penulis. Yang paling mencabarnya, ia dijual secara limited atau terhad. Satu kali cetakan je and takkan ada cetakan kedua (itu yang aku dapat info la). Buku ni juga tak dijual di mana-mana kedai buku, tapi korang boleh beli melalui online atau pun kat event yang ada seperti Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 yang akan datang nanti.

 

Bila first time aku dapat tau buku ni limited and tak ada cetakan kedua, aku teringat kat satu buku puisi ni. Tajuk buku tu Utopia Trauma yang ditulis oleh Rahmat Harun. Lebih kurang sama dengan gak la  dengan Kopi sebab buku tu limited. Utopia Trauma ni kalau korang pernah tengok cerita Kami the Movie, korang akan perasan watak Lynn (Liyana Jasmay) ada mengambil beberapa baris dari puisi dalam buku ni and membuatkan Abu (Nas-T) rasa minat nak baca keseluruhan buku tu sampaikan dia gi curi buku tu kat....libraby kalau tak silap.

Okay, back to Kopi. Kalau korang nak baca preview, korang boleh gi kat page Buku Cerpen Kopi dan korang boleh baca mukasurat pertama dari setiap cerpen. Feel intro dulu, klimaks simpan 1hb Mac nanti.

1 comment:

Nazura² said...

Hani, pesta buku antarabangsa KL bila? wajib pergi dan beli ni. Aku dah kumpul 3 buah buku dah.

This is Hani