Wednesday, March 07, 2012

Novel Review: Buku Cerpen #Kopi

Editor: Amir Muhammad
Halaman: 180 mukasurat
Harga: RM 15
Cetakan Tunggal: Mac 2012
KOPI ialah kumpulan 19 cerpen Fixi yang diilhamkan oleh minuman yang adiktif ini. Ada yang manis, ada yang pahit, dan sudah pasti ada yang kaw-kaw. Buku ini dicetak hanya sekali pada Mac 2012 dan 1,500 keping dihasilkan. Ia tidak akan dijual di kedai-kedai buku tapi hanya online dan di events seperti pesta buku.

Siapa yang belum dapatkan buku cerpen Kopi ni better korang dapatkan sekarang. Limited edition and tak ada second print tau! Okay, selama sehari jugak la aku nak habiskan segala isi dapat buku kecik yang kecil lagi cute ni. Dan sekarang aku komen la sikit pasal cerpen-cerpen tu.

Kopi 3 Rasa - Shaz Johar
Mulanya aku tak faham, tapi sampai tengah-tengah cerita, baru aku faham apa maksud 'Kopi 3 Rasa' tu. Ia mengisahkan permasalahan keluarga antara si ayah, si ibu, dan si anak. 'Kopi' yang disediakan oleh orang gaji mereka ada rahsia disebaliknya yang tersendiri. Layan dan fahamkan.

Bersaksi Kopi - Dayang Noor
Mengisahkan tentang seorang lelaki kasanova, dan kemudian berkenalan dengan seorang perempuan yang sudi duduk, minum kopi dan berkongsi cerita bersama. Apa hati akan berubah?

Kopi Kola - Nadia Khan
Sorang dari kampung, sorang dari bandar. Sorang lelaki, sorang lagi perempuan. Suka sama suka. Emosi sedih menyelubungi pada pertengahan cerita. P/s: baca intro dia mengingatkan aku zaman kanak-kanak aku, main galah panjang ramai-ramai dengan kawan-kawan tiap petang. Best jadi budak kampung, sebenarnya...

Kopi, Donat dan Bayang Gadis Berambut Hijau - Adib Zaini
Habis je baca cerpen ni, aku leh cakap sensorang, "get a life, dude!". Seriously, cerita dia mengenai seorang lelaki yang frust menonggeng tahap gaban level 99. Kalau aku jumpa laki camni, aku lempang 99 kali sampai dia sedar, yang sekeliling dia ada kawan-kawan yang mampu buat dia happy, lagi happy dari dok melayan frust pasal break-off!

Cinta Kopi - Gina Yap Lai Yoong
Satu lagi kisah sedih. Yang bestnya, lokasi dalam cerpen ni kat Starbucks, Metro Point Kajang. Tempat kerja lama beb! Seorang lelaki yang kebetulan datang situ untuk habiskan masa sehari suntuknya dan kemudian, dia berkenalan dengan seorang barista yang.. mungkin comel, kat situ. Dan akhirnya, dengan adanya perempuan tu, si lelaki berjaya memotivatekan diri dia yang down pasal takde kerja. But in the end.... you'll know. 

Luwak dan Kretek - Ridhwan Saidi
Habis je baca cerpen dia ni aku rasa macam.... haih! Siot betul la~ ni mesti kes tengah high ni. First page untuk cerpen dia je pun dah macam menganjing 'kipas-susah-mati' Fixi. Tapi, not bad la. Aku suka ayat dia. Kira salah satu ayat untuk mempromote buku Fixi, especially novel Cekik yang terlalu susah untuk didapati selain secara pos atau cari kat Kinokuniya. Paling best, masa kat pesta buku PWTC tu la. Ada cameo la beb! Layankan jela~

Kopi Percik - Amal Hamsan
Kisah seorang laki ni yang gila dengan minuman kopi. Bila datang hari malangnya, dia tak dapat hirup langsung air kopi yang dia suka. Kenapa? Apa yang dah jadi dengan dunia sekeliling dia ketika itu? P/s: aku suka line ni, "Dari kecil lagi dia terlalu obses dengan kopi. Kopi O, kopi susu, kek perisa kopi, gula-gula kopiko, kopi Jantan, kopipes assignment kawan, semua dia suka." Ye... aku pun suka~

Kau Kopikoku - Dheepan Pranthaman
Kisah cinta antara dua bangsa (bukan dua darjat haaaa). Selama sepuluh tahun menanggung cinta pertama yang dipendam sejak sekolah, dapat ke si lelaki tu luahkan perasaannya kepada yang tersayang? Puppy love ni kenkadang menarik, tapi sakit bila cinta tu tak dapat diteruskan kerana ada cinta yang lain.

Kopi Jantan Kaw - Nik Adam Ahmad
Aku suka konsep cerpen ni sebab dia menggunakan stail cerpen bergrafik. Ada gambar yang mampu support pembaca untuk lebih memahami cerita, atau untuk sekadar hiasan bagi yang buta seni. Kisah yang simple, pasal seorang penderma dan seorang pengemis. Si penderma menderma. Si pengemis...? Korang boleh fikir la kan.

Cethu - Nabila Najwa
Mungkin ramai yang blur amende la cethu ni. Ada yang panggil 'kopi cethe'. Aku pun tak tau nak sebut camne tapi ia adalah salah satu jenis kopi yang famous-amos jugak la kat Indonesia. Ada cara yang tersendiri untuk buat kopi ni. Lebih-lebih lagi ampas kopi tu dibiarkan je mendap kat dasar cawan. Kalau search kat Google pun, ampas cethu ni boleh dicampur dengan air dan susu untuk dijadikan 'nyethu' ataupun diorang sebut 'nyethe'; seperti yang diexplain dalam cerpen. Nyethu ni kira macam 'barang baik' la untuk lepak-lepak minum kopi sambil hisap rokok. Cara buat nyethu ni just sapu-sapu atau golek-golekkan batang rokok kat ampas kopi, tu je. About the cerpen? Pasal memori seseorang time study dulu. Apa yang dia buat, semua-semua la. Ketagihan yang tak mampu dibuang lagi.

Barista Cinta - Shafaza Zara Syed Yusof 
Kisah pasal seorang yang sepatutnya perwatakannya yang baik tapi hakikatnya.... macam haram jadah. Aku tak suka time dia nak belasah perempuan tu semata-mata tak dapat kopi (watdehek?!). Okay, dah macam cerita Seniman Bujang Lapuk. Tak dapat sambal belacan terus nak pancung kepala bini. Aku suka susunan cerita cerpen ni. Menarik!

Hari Inditih - Asyraf Bakti 
Ingatkan apa la 'inditih' ni, rupanya 'india putih'. Pun boleh~ jalan cerita dia gila la, lebih-lebih lagi ending dia. Tergelak sorang-sorang gak la bila terimagine dalam kepala ni dengan situation cerpen ni.

Malam, Di Meja Tempat Kau Terlentok - Hafiz Hamzah 
Pada intro, si penulis membayangkan tentang sensationnya dalam dirinya tentang kopi. Rasa ketika panas dan sejuk, aromanya. Macam orang yang 'high', dia menceritakan pelbagai cerita, pada tahun yang berlainan. Cerita yang first tu buat aku terfikir apa tau? Submarine tu uncang kopi, air laut tu pulak air panas. Damn~ terus aku bancuh kopi susu dan-dan tu jugak!

Ritual - Luc Abdullah
Kisah cinta yang terlarang? Sangat terlarang. Agak Freemason gak bila baca cerpen ni. P/s: dulu aku ada kawan. Dia cakap, perkahwinan ni bullshit. Kalau dah suka tu, buat apa nak kahwin? 'Main' terus jela. Asal ko tau aku suka kau, kau suka aku, setel *gulp!* terus aku takut nak berkawan dengan dia.

Tangan Berulat - Fadli al-Akiti 
Aku membayangkan cerpen ni side-story untuk Zombijaya -_-" tapi versi yang ada emosi nye la.

Venti - Redza Minhat 
Seorang skinhead yang anti-kapitalis disebabkan perkara lama, menyebabkan dia berasa menyampah dengan kopi yang dijual dengan harga mahal, contohnya seperti Starbucks. (Starbucks lagi...). Aku suka dengan line yang dia cakap dia menyampah dengan Twilight sebab tak suka kat Edward Cullen. Dan kemudian, dia bergaduh dengan kawan dia. Sampaikan but steel toe si skinhead tu kena rodok masuk dalam bontot kawan dia. Kenapa? Korang baca jela. Aku nak mental image jap, haha!

Kopi Julia - Faizal Sulaiman 
Adeh... sekali lagi. Twilight! Tapi Twilight versi gay la kot. The twisted story-line menarik. At least, takde la aku gi buat mental image Edward Cullen dok 'tahan dinding' dengan Jacob, kan.... opst! Dah termental image pulak~ demmit!

Secangkir Kopi Bersama Dia - Syaihan Syafiq
Cerita pasal seorang laki yang bermain kayu tiga. Yang perlu berpisah dengan kekasih gelapnya atas desakan si isteri. Tapi setiap perbuatan, pasti ada balasannya. Dan apa balasan yang dia dapat?

Kopi Mimpi - Raja Faisal 
Latar masa yang berlaku mungkin 100 atau 1000 tahun ke hadapan? Entah! Yang pasti bukan sekarang, sebab dalam cerpen ni kononnya kopi ni dah pupus ketika tu. Dan... perang dunia ke-3 pun dah meletus waktu tu. Dan ketika itu dunia mengalami cuaca yang agak kritikal yang dikenali sebagai 'nuclear winter'.  Pergh~ seram! Aku baru pakai kipas level 3 pun dah ketar badan weh~ Tapi kan... macam ada pengaruh Final Fantasy 7 sikit lak bila imagine cerpen ni ada Koloni 5, yang seakan-akan Sector 7 kat Slum. Pastu ada anjing mutan, dah macam Cerberus je ni haaa. Aku suka part lipas gergasi tu je. Disebabkan si penulis ni pernah mimpi lawan dengan lipas la maka cerpen ni tercipta. Yeay!

Tu jela yang mampu aku ulas pasal cerpen dalam buku Kopi ni. Maaf aku tak reti nak ulas secara serius. Ada yang aku tak tau nak ulas panjang-panjang sebab cerita yang straight-to-the-point. Apa-apa hal, aku enjoy baca. Dan aku takkan bagi buku ni dipinjam oleh sesiapa pun yang bukan satu rumah dengan aku! Since lots of my books yang masih tak dipulangkan dan dijadikan harta peribadi si peminjam *aku bengang tahu?*, okay aku gurau, haha! Dan.. korang yang dah beli Kopi ni, simpan la elok-elok. Mana tau 100 tahun akan datang, naskah kecil lagi cute ni mampu jadi macam komik Superman first edition tu kan.

Untuk membeli naskah comel ni, boleh la order kat sini (tu pun kalau ada lagi la...) http://fixi.com.my/kopi/

Jangan lupa like fanpage buku cerpen Kopi ni kat FB


5 comments:

Anonymous said...

freemason tu orang terpilih, mereka lebih suci sama sucinya seperti seorang bayi. mereka terplih jadi freemason atas sebab-sebab kebaikan nahi mungkar mereka dan tidak sepatutnya perkara-perkara kejam itu di kaitkan dengan mereka.

mastermason

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Memang rasa nak tampar kan watak tu?

Isk.

Anonymous said...

Terima kasih di atas reviewnya. Menarik dan sangat detail.

Jangan lupa beli Dosa April nanti :p

-NN

Faizal Sulaiman said...

Terima kasih tuan blog:)

H Y D E said...

nice review. nak juga la secawan kopi ni <:

This is Hani