Sunday, January 29, 2012

FUTURA: Koleksi Cerpen 6 Novelis FIXI

Salam!

Disebabkan aku tak ada point nak memekak kat blog aku ni, aku teringat kat projek FUTURA yang dipromote pada Disember 2011. Dalam masa sebulan je diorang completekan projek cerpen secara online ni satu per satu, dari seorang demi seorang penulis novel dari FIXI. (I mean, the process of designing and the layout took a month, not the writing, okay?) 
FUTURA - Menceritakan satu khayalan atau imaginasi penulis tentang keadaan Malaysia, dan mengambil latar tempat di Kuala Lumpur pada 50 tahun akan datang, iaitu tahun 2061. Aku malas nak review so aku nak promote je kat korang yang masih tak tau tentang kewujudan cerpen FUTURA ni. Tapi aku bagi intro la kat korang.

Muslim 2061 - Shaz Johar
Idea untuk menulis cerpen Muslim 2061 ini timbul ketika saya sedang menghabiskan bacaan sebuah novel Inggeris yang berkisarkan tentang kehidupan sebuah keluarga di Kabul sebelum, sewaktu dan selepas era pemerintahan Taliban. Ia sedikit sebanyak memberi gambaran kepada pembaca bagaimana keadaannya jika pemerintahan kerajaan yang berlandaskan hukuman syariah dan Islam seperti di situ di bawa masuk ke dalam negara ini suatu hari nanti. Walaupun Islam itu sendiri membawa maksud "Istislam" iaitu menyerah diri kepada ketentuan Allah tetapi apakah waktu itu kita mampu untuk melawan dan berubah? Ataupun berdiam diri pasrah saja dengan undang-undang dan hukuman yang telah ditetapkan? [baca]

Di Bawah Komet Halley - Adib Zaini
Perkembangan teknologi di masa hadapan meningkatkan purata hayat manusia, menyebabkan populasi dunia mencecah hampir 10 billion orang (63 juta di Malaysia sahaja). Cerpen ini menggambarkan dunia yang sedang pulih daripada masalah populasi serta masalah-masalah bersangkut seperti kebuluran dan pengangguran. Cerpen ini mengisahkan seorang jejaka yang menemankan kekasihnya mencari bapa yang telah lama hilang. Daripada pemerhatiannya, cerpen ini menggambarkan perkembangan teknologi dan perbezaan budaya pada tahun 2061. [baca]

Puncak - Khairulnizam Bakeri
Sempena pilihan raya umum ke-31 yang semakin hampir, saya terpanggil untuk meninjau masa depan iklim politik Malaysia. Bagaimana kita menganggap soal negara dan kepimpinan? Adakah politikus lebih matang? Atau 50 tahun akan datang, mereka masih bergelut dengan mandiri kuasa di puncak? Dalam cerpen ini, jawapannya ada pada satu soalan: apa akan jadi apabila pemimpin nombor satu negara dibunuh di khayalak? [baca]

Gabung Kait - Saifullizan Tahir
Kemajuan teknologi perkomputeran menjadi semakin laju setiap hari. Adalah tidak mustahil AI akan melangkaui kemampuan akal manusia. Dengan berasaskan idea ini, digabungkan pula dengan mengambil kemampuan manusia bergabung-kait bagai komputer peribadi dengan internet. Manusia berkongsi informasi, data, rasa, pandangan, pengalaman malahan segala-galanya. Mungkin idea tentang internet boleh dikatakan baru, tetapi mungkinkah idea itu sebenarnya berasal dari sesuatu yang telah wujud lama dahulu, dan kitaran kehidupan menjadi lengkap. [baca]

PWTC - Nadia Khan
Saya tak pandai menulis fiksyen sains. Tema futuristik tak pernah menjadi pilihan saya. Saya orangnya ringkas, pemikiran saya juga begitu. Nak membayangkan dunia dalam masa 50, 100 tambahan pula 1000 tahun akan datang... terlalu kompleks bagi saya. Tapi saya menulis tentang apa yang saya tahu; jatuh bangunnya sesebuah tamadun itu dek kerana rakyatnya, dan nilai moral mereka. [baca]




10 Bulan Misi Ke Bulan - Dayang Noor
Sentul, February 2061. Dengan keadaan udara yang kian tercemar dan kadar inflasi yang melambung, ramai manusia sudah jadi kian bosan dengan bumi. Sikap pentingkan diri sendiri dan sukakan permusuhan juga kian berleluasa. Kebebasan bersuara yang keterlaluan dan kerajaan yang terlalu tunduk dengan kehendak rakyat, serba-sedikit memburukkan keadaan. [baca]

Harap korang semua terhibur baca cerpen ringkas ni (since FIXI tak publish apa-apa novel dalam masa terdekat ni kan...). Baca, fahamkan point penulis, then korang akan dapat tau kenapa mereka berimaginasi macam tu. Before aku nak end-up this entry, aku ada jumpa satu blog ni buat review pasal cerpen FUTURA. I like her reviews ;) korang boleh baca kat [SINI]. Have fun reading!

1 comment:

Smat Goal Ent said...

http://teman-cintahatiku.blogspot.com/ menganjurkan pertandingan menulis cerpen…berminat utk join?hadiah wang tunai menanti pemenang…ayuh jgn lepaskan peluang ini!!

Koleksi cerpen, tip cinta, madah puisi cinta, mutiara kata, persediaan perkahwinan

This is Hani