Sebagai permulaan tahun baru ni, akhirnya dapat gak habiskan novel ni setelah berhari-hari aku tak baca sebab nak enjoy keluar time cuti new year kemarin. Hehe! Jangan ditanya aku pergi ke mana. Alright, here we go! Bismillah...
Penulis: Nadia Khan
Halaman: 456 mukasurat
Harga: RM 24.90
Cetakan Pertama: Disember 2011
Sinopsis: Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci... lelaki-perempuan.
Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku?
Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata "ya" pada awek cun? Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?
Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?
Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku. Dunia KELABU.
Tengok dari sinopsis, aku tau ni mesti cerita pasal 'kaum aku' yang keliru dengan identiti sendiri. Maknanya apa? Pengkid, lesbian? Yup! Aku pernah bincangkan hal pengkid dalam blog aku, baru je dalam bulan lepas. Kalau korang nak baca, leh je klik >>SINI<<
**CERITA AKU**
Sebenarnya la kan bila baca novel ni, buat aku teringat kat sorang kawan aku. Jalan cerita dia hampir sama macam dalam novel ni. Aku dulu tak ada la sampai tahap pengkid, cuma pemakaian dan perangai aku je kasar macam laki. So aku memang banyak bergaul dengan golongan yang keliru dengan sex gender ni.
Okay aku ada sorang kawan pengkid, aku panggil dia Zack. Dulu dia memang pengkid tahap jantan level 99. Perempuan tengok mesti cair punya lah! Nak dijadikan cerita, aku yang dari kasar tiba-tiba rasa nak berubah jadi perempuan tahap ayu (kononnya). Zack dapat tau and dia pelik, kenapa aku nak berubah. So aku pun explain, this and that. Dah lama-lama tu, agaknya dia nampak perubahan positif aku, so dia pun bagitau aku yang dia pun nak berubah jugak.
Lepas setahun tak jumpa (sebab aku dah pun start study kat Shah Alam and dia kerja kat Melaka), kitorang pun pakat jumpa. Aku hampir tak kenal dia masa reunion tu sebab dia..... lawa! Rambut panjang, ada.... lelaki kat sebelah dia?
And sampai sekarang, if cerita pasal pengkid ni jadi isu semasa dalam hidup aku, aku mesti teringat kat Zack, or better I should called her Zakiah. Alhamdulillah, sekarang dia dah ada hero kembar (yang hyper-active sampai aku rasa nak ketuk je bila degil diorang tu macam lahanat sangat!) dan upcoming heroin (harap bukan kembar and hyper-active macam abang-abang dia) haha! Glad to be a friend of yours, Zakiah.
*****
Okay, back to the novel. Aku suka dengan style penulis. Banyaknya monolog! Tapi aku suka :) sebab terlalu santai sampai aku rasa flow cerita dalam novel tu sendiri (congratulations Nadia Khan!). And... aku suka ending novel ni. Whether him.... or another him? So pilih la sendiri, and make your own ending!
No comments:
Post a Comment