Thursday, January 19, 2012

Jika Novel FIXI Difilemkan...

Salam semua!

Tengok tajuk pun aku tau mesti ada yang bersemangat. Sebab sekarang ni macam trend je baca novel keluaran FIXI ni. Aku pun dah terjebak. Nak buat camne~ FIXI buah hati aku, kahkah!
Seperti ada yang dah sedia tahu, salah sebuah novel FIXI bertajuk Pecah dah pun confirm ke layar perak, dan sekarang ni tengah shooting (or maybe baru settle shooting). Tahniah buat Khairulnizam Bakeri atas kejayaan pertama beliau, iaitu menyiapkan senaskah karya yang superb best untuk kami pembaca. Tahniah untuk kejayaan kedua, kerana memberi satu jalan cerita yang lain dari cerita yang ada kat Malaysia ni. So, this is what we're waiting for in Malaysia film industry. And good luck for the movie premier on.... next year, right? :)

Ni baru satu novel yang dah berjaya diadaptasi ke filem. Apa jadi kat novel-novel yang lain? Ada atau tak yang akan ikut jejak novel Pecah? We'll see it soon, later... boleh je buat. (Tapi aku nak tengok if Ngeri nak buat movie tak, hehe).
Antara pelakon yang ada dalam movie Pecah.
(Dari kiri) Tony Eusoff, Izreen Azminda, dan Sofi Jikan.

So korang semua let's drop some comments:
(1) novel apa yang korang nak di-movie-kan, dan
(2) siapa pelakon yang akan melakonkan watak dalam novel tersebut, or 
(3) anything!


Share je apa yang korang nak. Kepada korang yang still tak pernah baca buku dari keluaran FIXI ni, better korang try la beli satu. Aku suggest Kelabu, Tabu, or Kougar untuk permulaan sebab buku ni agak ringan sikit nak dibaca. Easy-reading gitu~

For more info about FIXI >> fixi.com.my
P/S: Korang jangan nak fikir part 'senggama' je, okay? Haha, okbai!

2 comments:

shandye. said...

rasanya tak terlalu adventurous kot kalau cakap mahu tengok Zombijaya difilemkan.

ceritanya ringkas, tetapi seronok. ada cemasnya, terperajatnya, kelakarnya. pendek kata lengkap la untuk sebuah filem yg ala2 santai gittew...

tapi tanak la nnt penerbitnya filemkan Zombijaya versi cheesy mcm filem Hantu Kak Limah tu...

entahlah... kalau sebut pasal pelakon tak nampak pun sapa2 on top of the list...

cuma terbayang Bo penyanyi lagu yg judulnya 'Lagu' tu pegang watak Nipis. maybe sbb rambut mereka serupa kot. hehehe...

Hani Suraya said...

nice~ apa2 hal tunggu je update dari FIXI ok ;) lots of surprise bebeh! \(^o^)/

This is Hani