Thursday, January 12, 2012

Band Review: Ramona Azween - Akhir Kisah Kita

Salam semua!

Mungkin antara korang yang masih tak kenal siapa Ramona Azween. Siapa dia? Dia ni sebaris dengan artis-artis yang dah dikenali macam Yuna, Zee Avi, Najwa Latif.. yang menggunakan YouTube sebagai medan mereka untuk tunjuk bakat mereka dalam bidang muzik. Kalau dok nyanyi dalam bilik sorang memang takde siapa nak tau la kan.

So, aku nak promote Ramona dalam blog aku sempena single beliau bertajuk Akhir Kisah Kita yang akan di-release secara digital hari ini. Nanti aku info bila akan keluar single ni by CD (if aku dapat info la). Therefore, korang layan dulu single Akhir Kisah Kita yang direkod secara suka-suka oleh Ramona sendiri. Enjoy!


AKHIR KISAH KITA 
================
tak ku sangka semua 
yang kita lalui telah berakhir
sekelip mata.
hari-hari ku tak serupa
kerna yang tinggal 
hanya bayangan mu. 

yang menghantui ku
ke mana ku pergi
apa yang ku lihat 
hanyalah kamu. 

berakhir sudah kisah kita
berakhir sudah kisah cinta
walaupun sementara. 
kau pergi dan takkan kembali
sakit di hati ku tak terhenti 
berakhirlah kisah kita. 

janganlah kau bersedih
kerna ia telah terakhir
senyumlah kerna ia terjadi. 
menjadi satu memori
tentang kau dan aku
kisah cinta yang pernah berlaku. 


yang menghantui ku
ke mana ku pergi
apa yang ku lihat 
hanyalah kamu. 

berakhir sudah kisah kita
berakhir sudah kisah cinta
walaupun sementara. 
kau pergi dan takkan kembali 
sakit dihatiku tak terhenti 
kau tak akan mengerti. 

biarkanlah ia berakhir 
biarkan, biarkan ku sendiri 
menyatukan hati ku ini kembali. 

berakhir sudah kisah kita
berakhir sudah kisah cinta
walaupun sementara. 
kau pergi dan takkan kembali 
sakit dihatiku tak terhenti
berakhirlah kisah cinta 
berakhirlah kisah kita. 

Kalau korang nak jumpa Ramona face-to-face, leh la korang datang ke Geek Studio di Subang. Korang leh dapatkan info pasal rate hour, lokasi, dan kelengkapan studio kat sini >> http://www.facebook.com/GeekStudio

For more info about Ramona Azween:
Facebook >> http://www.facebook.com/RamonaAzweenFanPage
Twitter >> http://twitter.com/RamonaAzween
YouTube >> http://www.youtube.com/user/RamonaAzween

1 comment:

encik jambu said...

aku dengar lagu ni bila hotfm main lagu ni as normal rotation sebab keluar siang malam so untunglah~

aku sangkut dekat lagu ni sebab suara ramona ni tak sedap!
wakaka. tak sedap yang sedap.

errrr maksud aku, suara saing2 Janice vokalis janice & the supertank yang bila jadi lelaki suara macam Aidil (couple) hahaha. tak sedap tapi sedap. kiki

This is Hani