Friday, November 12, 2010

Kadang-kadang hati aku berbicara....

Salam semua.

Malam ni kita melankolik sikit boleh? Erm.. aku sebenarnya tak tau apa yang berlegar dalam kepala aku ni. Entah betul ke tak, aku pun tak pasti. Betul kata orang, satu perhubungan tu kadang-kadang buat otak kita jadi serabut sangat! Mungkin aku terlalu banyak berfikir.
Sebenarnya kalau fikir logik, semua tu tak ada apa-apa pun. Tapi disebabkan perkara lepas yang pernah jadi kat aku sebelum ni, semua tu buat aku rasa takut, trauma sangat! Aku harap sangat semua tu tak jadi lagi kat aku lepas ni. Tu yang aku HARAPKAN sangat. Mampu ke dia buat? Mungkin semua tu terlalu cepat sangat kot.

Seriously, aku sayang sangat kat dia. Harap dia tak macam orang sebelum dia. Aku bukan suka dia sebab apa yang dia dapat sekarang ni. Aku tak kisah la dia tu siapa pun. Ramai gak kawan-kawan aku cakap, aku ni cuma ambil kesempatan atas apa yang ada pada dia. Tapi aku tau siapa diri aku. Apa yang aku boleh buat, sabar.

Aku tau dia pun fikir benda yang sama macam apa yang aku fikir sekarang. Aku try nak buang jauh-jauh semua tu. Aku ni cuma seorang blogger, tak dikenali ramai pun. Tak macam dia. Tapi aku bersyukur sangat sebab dia sedar... kehadiran aku.

Terima kasih banyak-banyak, sayang.

2 comments:

Husnatul A'tiqah Abdul Hady said...

all the best for both of you!!! ;)

bertambah lagi 1 pasangan bercinta dalam dunia..hehe

Hani Shah said...

tq :)

This is Hani