Thursday, September 16, 2010

Part 2 : Sekolah Bosan

Salam semua!

Seperti yang dijanjikan dalam blog sebelum ni, aku nak tulis pasal.. sekolah! Pfftt!

Aku seorang bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan semasa Darjah 1-6. Dan bila naik Form 1, aku sekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit, Kajang. Aku ni bukanlah seorang pelajar yang skema semasa sekolah dulu. Nak ponteng kelas, ponteng sekolah.. tu dah biasa. Tapi alhamdulillah la tak pernah kena potong markah demerit masa tu.

Kalau cakap bab pelajaran, aku paling minat subjek Matematik. Kalau kelas Matematik, sure kedatangan aku full punya. Kalau tak datang tu, sure tanya kawan-kawan, belajar apa hari ni. Subjek lain? Go to hell jauh-jauh! Paling aku benci, subjek Sejarah. Masa naik Form 4, subjek Biology buat aku rasa nak termuntah darah! Benci gila la subjek tu. Bila masuk Form 5, aku drop subjek Biology, ganti dengan Tasawwur Islam. Cikgu Halimah (cikgu Biology aku) bukan main marah lagi budak-budak yang drop subjek dia. Kah kah! Dah dia mengajar macam nak tak nak je. Tau la kita ni bodoh, bebal. Tak yah la nak berat sebelah sangat kalau mengajar students tu.
Classmates on 2006 - 4 Setia

Aku tak ada la study kaw-kaw macam kawan-kawan kelas aku yang lain. Yelah.. aku kelas Setia a.k.a kelas Sains Tulen 1. Kelas pertama tu.. tapi study tak pertama pun hahah! Baca buku sampai buku lunyai tu bukan cara aku. Tapi alhamdulillah, result SPM aku cantik. Dari 10 subjek yang aku ambil, tak ada satu pun yang tak kredit. Nasib kot. Tapi bersyukur gila la masa tu! Thank you Allah!
Ko-kurikulum? Aku seorang yang aktif dalam aktiviti kawad. Aku masuk Kadet Remaja Sekolah (KRS). Zaman 'kegemilangan' kami sure la masa kami Form 5. Buat formasi kaw-kaw punya hebat! Ni pun atas kerjasama rakan-rakan yang lain juga. Kalau tak, sure formation tu berterabur punya! Aku jugak aktif bila datang hari sukan. Bab lari-lari balapan, rejam-rejam lembing ni aku suka!
together with Aqilah, Muchi, Marz and Azrin on Sport's Day 

with Marz, Ejat and Seha

Squad KRS 2007, congrats to Muchi coz be a cool commander on that time.

My juniors; Hazreen, Zana, Dayah, Eika, and Wan. 

Aku serius rindu kawan-kawan aku time sekolah dulu. Ada yang dah lost contact. Aku gak yang nak semua tu, lost contact dengan semua. Tapi nasib ada Facebook. Sekurang-kurangnya kalau aku nak tanya khabar, tanya kat situ je. Termasuklah cikgu-cikgu aku yang pernah mengajar aku kat sekolah dulu. Facebook aku tu pun dah macam jejak kasih. Ramai sangat kawan and cikgu time sekolah dulu. Terima kasih la kat korang sebab still contact dengan aku. Puas aku mengelak tapi.. terima kasih sangat-sangat! Korang terbaik sebenarnya.

Aku ni bukanlah seorang yang 'popular' time sekolah dulu. Just a low-profile student. Tapi kadang-kadang aku pelik sebab ada gak junior yang beza 3, 4 tahun dari aku, yang kenal dengan aku. Hmm.. mana la diorang kenal aku ni eh? Sebab aku pernah handle sesi fotografi ke apa? Entahlah! Banyak event dah buat kat sekolah tu. Tak ingat la!

Apa-apa hal, aku still ingat muka korang sekor-sekor, sorang-sorang tau! Haha! Semoga korang berjaya la dalam apa saja yang korang ceburi. Ada yang dah berjaya tu jangan nak bongkak sangat! Haha!

P/S: Next topic! It will be my influence in musics ♫♪ Apa genre musik yang Hani minat sebenarnya ni? Korang tunggu jela blog seterusnya okay? Love you all! ♫♪ 


3 comments:

ciKeju said...

err..
komen kat sini ehh..
aah..saya baru first time bela..
tapi tersilap pilih baka pula..
hams robo tak jinak sangat..tak boleh nak bawak main..so tengok jelah..hehe

ciKeju said...

ouh..dulu ada lahh pegang kejap..lepas kena gigit trauma sekejap..haha..
=)

Anonymous said...

It was extremely interesting for me to read that post. Thank you for it. I like such themes and anything connected to them. I would like to read more on that blog soon.

Joan Smith
agence escort suisse

This is Hani