Sunday, January 09, 2011

Part 9 : Happy Study (Climax)

Salam semua!

Sebelum ni kita story pasal apa yang berlaku sebelum aku masuk kolej, kan? So sekarang ni, aku nak story sikit apa yang best, apa yang tak best selama aku study kat sini. Apa ragam Hani kat kolej ni?

Okay.. aku ni tak ada la aktif mana pun kat kolej. Cuma kalau ada event yang melibatkan dance atau music je aku baru aktif. Kalau tak join event tu, sure aku jadi videographer je. Paling aku suka, event Band Zone PTPL 2010 pada pertengahan tahun 2010 hari tu. Sebab banyak kawan masuk pertandingan tu. Lepas tu masing-masing suruh rekod video, termasuklah band yang tak kenal nya. Aduyai.. memang tak cukup bateri la kan! Tapi alhamdulillah semua berjalan lancar, smooth je.

Psst! Hani masuk pertandingan dance dengan rakan-rakan gak lepas settle Band Zone tu. Macam tak percaya kan? Tapi dance tu la 'makanan' aku sebelum ni. Dah lama sangat tak dance, tiba-tiba kena join event camni, pergh! Enjoy gila! Rindu nak join dance lagi macam dulu, street-dance jela kan. Ballet tak mampu, hehe! Tapi kirim salam jela, Hani! Pancit habis nanti oi...

Ni jela aktiviti kolej yang aku suka nak join. Takde dance or music, jangan harap! Kalau korang tanya bab pelajaran aku, semau tu okay sangat! Harap okay sampai habis belajar. Risau sebenarnya sebab pointer pun makin lama makin menurun. Biasa la tu kot. Cuma aku nak stabilkan la semua tu.
Pasal kawan-kawan yang ada kat kolej, diorang semua superb! Selalu orang akan kata, kawan di kolej lagi best dari kawan time sekolah dulu. Aku setuju sangat dengan statement tu! Bukan nak memperlekehkan kawan sekolah, tapi time sekolah dulu kita 'berjuang' dalam satu bidang yang MUNGKIN kita tak suka. Tapi bila masuk peringkat kolej atau universiti ni, bidang yang kita join tu bidang yang kita minat. Lepas tu setiap orang dalam satu batch tu ada kepakaran masing-masing. Leh kongsi-kongsi idea dan minat.

Lecturers lak banyak yang sporting. Dari mentor aku, lecturers yang mengajar aku, sampailah lecturers yang tak pernah ajar aku. Semua best, semua sporting! Tapi sporting pun, kerja diorang kena buat jugak okay.

Apa yang berlaku ni cuma dalam tempoh aku study je. Final project apa cerita? Haa... korang tunggu la sambungan untuk entry ni okay? 


Wednesday, January 05, 2011

Lepas ni lagi banyak dugaan mendatang...

Salam semua!

Macam biasa la... bila tahun baru, mesti ada azam baru. Sebenarnya azam ni dari masa birthday aku tahun lepas lagi aku nak buat, tapi tak tertunai. Masa tu aku tak sedia lagi. Aku gak masih mencari silap dan salah aku masa tu.
perubahan tu satu yang positif dan bagi semangat untuk kita

Sekarang ni, aku tekad nak berubah. Dalam tahun ni, aku serius nak buat, walaupun kadang-kadang hati ni macam tak rela dengan perubahan. Insya-ALLAH bila hati terbuka, semua akan terjadi. Aku pun masuk 21 tahun ni. Kadang-kadang bila fikir masa depan, aku KENA berubah! Aku tak nak jadi macam sekarang ni. Tapi bila nak berubah Hani oi?

Terima kasih kat famili dan kawan-kawan yang membantu, support aku, bagi kata-kata perangsang untuk aku. Ada yang siap tolong aku ajar pakai selendang lagi. Thanks Ida! Pastu kat Kak Lisa yang tolong aku cara pemakaian sesuai if pakai tudung style macam ni dan macam tu. Thanks kat Az yang tolong aku pilih shawl untuk aku baru-baru ni. Thanks kat kawan-kawan yang tolong aku ajar make-up paling simple untuk muka jenis macam aku ni. Thanks kat semua yang mendoakan perubahan aku, walaupun aku tak buat lagi sampai sekarang ni. Terima kasih kat Zedren sebab terima aku seadanya.

Thanks banyak-banyak kat korang semua. Sayang korang tau!

Monday, January 03, 2011

Hati Jahat vs Hati Baik

Hati jahat aku paksa aku untuk post blog ni.

Kadang-kadang aku tak percaya dia.
Aku curigai dia.
Aku fikir bukan-bukan tentang dia.
Aku samakan diri dia dengan orang lain.
Aku tak dengar cakap dia.
Aku tak jaga hati dia. 

Tapi hati baik aku paksa aku untuk balas semua tu.

Aku kena percaya dia, walaupun sedikit.
Aku tak boleh curigai dia.
Aku kena fikir yang positif tentang dia.
Aku tak boleh samakan diri dia dengan orang lain.
Aku kena dengar cakap dia.
Aku mesti jaga hati dia. 


Tapi bila hati jahat dan hati baik aku bergabung, semuanya rasa... blur. Mungkin aku boleh 'baca' hati orang, tapi semua tu terbatas. Aku manusia biasa jugak macam korang semua. Aku tak mampu buat apa yang aku tak boleh buat.

Aku cuma harap hati baik dan hati jahat aku ni tak buat aku jadi macam orang lain. Aku perlu jadi diri aku sendiri. Aku perlu tau.. yang aku kena yakin. Yakin dengan diri aku sendiri. Bukan dengan mendengar cakap orang lain.

P/S: Right after I posted this entry, I went out to take some fresh air.. to think about any positive things. So that I can grow this confidence for me to him. I won't let these feelings down anymore... 


Sunday, January 02, 2011

Trivia Hani Part 1

Siapa kata korang dah kenal aku 100%? Aku pun kadang-kadang tak kenal diri aku ni. Tapi alhamdulillah aku masih sedar diri lagi *haha!* So this time, korang amek masa la untuk kenal sedikit diri aku ni, sikit je okay?

#1 Aku jenis yang concentrate pada games tak kisah la kat PC, PSP, PS2 atau XBox sekali pun! So sesiapa nak kacau memang tak lut la ye.

#2 Aku adalah hantu blueberry. Pantang nampak kek, air, ais-krim, atau apa saja tentang blueberry, memang aku rembat!
#3 Aku suka cakap lepas kalau marah. So sesiapa yang kuat touching sampai setahun tu, jangan nak marah la.

#4 Kalau gi makan fast foods, aku lebih tertarik pada fries je.

#5 Aku tak suka baca buku. Tapi aku suka baca artikel kat websites. Hmm... pelik!

#6 Suka dengar lagu sampai tidur, tak kisah genre asal lelap.

#7 Tak suka tanya banyak-banyak.

#8 Tak banyak bercakap banyak dengan orang sekeliling, tapi sekali dah bercakap agak riuh jugak.

#9 Risau pasal orang lain melebihi risau pada diri sendiri.

#10 Ada yang cakap saya terer masak masakan Western. Ada juga yang cakap saya terer masak masakan 'campak-campak'. Hmm.. yeke?

So nak lagi? Korang tunggu jela ye.. aku mau sambung buat kerja final project aku dulu. Bye! 


Saturday, January 01, 2011

Tahun Baru, Semua Baru!

Salam semua!

Macam biasa la.. bila dah masuk tahun baru ni, so kita kena la wish 'Selamat Tahun Baru' untuk semua orang. Harap korang semua okay. Aku pun malam tadi mana la sambut tahun baru. Memang tak pernah langsung! Kesian kan? Tapi ni la aku.. tak suka nak sambut benda-benda camni. Malas!
Tapi sebelum tahun baru semalam, kebetulan terbaca status seorang kawan aku ni. Aku dah anggap dia macam adik aku gak la. Nama dia Niena. Dia suruh orang send mesej kat dia, apa-apa nombor yang kita nak. Nanti dia akan bagitau sesuatu la tentang diri kita. Aku lak bosan. So layan kan jela status adik aku ni. Aku letak nombor '777' kat dia. So aku tunggu jela status updates dia. Lepas 15 minit, baru nombor aku naik. *Bukan nombor ekor tau!* So aku pun baca la status tu.
777 - Hee! Akak ni kan.. lama dah saya kenal dia. Since Form 2 ke Form 3. Kenal through MySpace kan? Hee.. pastu camne tah leh rapat :) then lama sangat tak dengar cerita akak ni since MySpace dah macam tak ada orang. Last-last guna Friend Finder, jumpa FB dia. Wah :) akak ni comel tau! Dulu time dia sekolah, Niena pun sekolah gak, selalu je ber-MySpace together kan? ;) keep in touch kak, take care :) 
Yup.. aku pun suka contact dengan Niena masa kat MySpace dulu. Thanks puji akak, huhu! Terharu kot. Dia tak macam budak-budak junior yang lain. Kalau budak lain, cakap nak besar je, macam diorang dah pernah rasa semua! Tapi dengan Niena, dia cool, kalau dia tak tau, dia akan tanya. Kira tak ada la dia malu kan diri dia sendiri sepanjang kami berhubung dulu. Thanks for being a good friend of mine!

Semalam gak aku lepak dengan Zedren. Rasa happy la gak sebab dapat sama dengan dia. Tapi dalam masa yang sama, aku kesian kat dia sebab dia demam. Masa nak tidur pun tengok dia menggigil.

Sebelum nak masuk tidur, kami sembang-sembang dulu. Macam-macam gak la kami share. Dari perkara lama, sampai la perkara semasa. Rasa happy bila dengar topik terakhir kami bersembang tu. Harap apa yang kami rancang jadi kenyataan satu hari nanti. Terima kasih sebab terima aku seadanya, sebab aku gak terima seadanya diri dia.

This is Hani