Salam semua!
Kali ni kita cerita pasal haters lak ye. Kita kena la tau, tak kisah la kat laman mana korang daftar, mesti ada dua tiga ekor yang tak suka korang. Contohnya macam penulis blog. Dalam ramai-ramai followers yang follow blog dia mesti ada kawan-kawan dia, kenalan blog, stalkers, extra-extra yang lain, dan termasuklah haters.
Kita gak kena tau, ramai yang stalk page FB, follow Twitter, dan juga baca perkembangan semasa blog kita. So secara automatiknya memang akan ada la golongan bawahan macam haters ni.
Okay, bagi aku golongan ni kasi campak dalam parit jela. Kenapa? Coz there are no benefits from them. Tapi bila dah ada golongan macam ni, hati kita kena la kuat! Kalau apa yang dorang cakap tu benda yang tak betul, kita la kena betul kan balik, walaupun makan masa. Aku tengok brader Obefiend chill je orang dok fotostat nama dia kat Twitter pe bagai. Orang hentak dia sekali, dia hentam orang tu 10x ganda nye kaw. Memang rileks je cara dia sound orang yang photocopy dia.
Tapi persoalannya, kenapa ada golongan haters ni dalam followers kita?
#1 Tak boleh tengok orang lain senang.
Ni biasa la... asal orang tu naik sorang follower pun dah tak senang bontot nak duduk diam. Ada tu lak jenis tak suka tengok orang lain naik puncak sikit, mesti dia nak balun sampai orang tu merudum turun. Ah biasa la tu kan.. alasan yang biasa kita dengar, 'manusia...'.
#2 Mereka tak sepopular mana.
Ni pun masalah. Asal orang tu dapat credit atau penghargaan sikit mesti cakap 'untunglah~'. Huish annoying sial word tu! Biarlah.. dia popular mesti bersebab. Mungkin dia terer buat fotografi. Mungkin juga dia seorang wedding planner terbaik untuk seorang rakan. Takyah nak kejar glamour sangat la. Tak ke mana la.. kat situ jugak!
#3 Mulut kepochi, busybody.
Kalau dah kepoh tu, kepoh juga. Jangan ingat orang banyak mulut ni dia akan diam kat laman sosial. Perangai 'sejak azali' diorang tu mesti terbawa-bawa ke mana je diorang berada. Facebook, Twitter, Blogger... perangai sama la! Pastu pantang nampak orang yang dia tak suka update merapu sikit, time tu korang siap sedia jela tengok apa diorang nak lantun. Kita tak ambil tahu pasal diorang, diorang lak yang menyibuk tak tentu pasal. Kenapa? Rindu kita la tu...
#4 Tak ada kerja.
Dia dah takde kerja, apa lagi? Sebab kalau nak main Twitter, profile locked orang lain tak leh nak baca, pastu followers semua macam tak nampak je tweet dia kat timeline. Nak main Facebook, bila post status takde siapa nak komen, nak like status pun diri sendiri jela yang like. Kalau ada yang komen atau retweet pun setakat groupies dia jela. Kesian kan? So nak isi masa lapang, tengok tweet or status orang lain, pastu cari pasal la. Pastu bila dah post, sendiri tak nak mengaku silap salah masing-masing. Terbaik~
Tapi apa-apa hal, biar jela apa diorang nak buat, apa diorang nak sembur. Sebab ada ramai lagi yang support kita ni, don't worry la. Kalau kita layan orang macam tu memang tak ke mana. Buat apa nak layan orang tak ada wawasan macam tu? Banyak lagi kerja kita nak kena buat. Fikir masa depan, fikir macam mana nak kasi diri ni lebih maju dari diri kita yang sekarang, lagi baguih cek gitau!
p/s: Haih jangan nak belagak retis sangat la. Tweet hang tu pun aku dah padam nama, takat gambar siapa nak cari kecik tonet camtu ja nampak. Aku dah block hangpa semua tu kira baik la sebab aku dah taknak cari gaduh lagi. So hangpa semua pissed-off la, please. Takyah la nak dok cerita lagi pasal aku.
No comments:
Post a Comment