Friday, September 23, 2011

Sakit ni takkan pergi

Salam!

Okay, sekarang dah dua hari kaki ni tiba-tiba naik lebam. Nak pulak kat tempat bekas operation dulu. Haish buat aku risau gila. Sampaikan aku rasa give-up nak hidup. Nasib ada yang sanggup bagi kata-kata semangat.

Malam sebelum terjadi sakit ni, aku ada mengadu kat Ojex pasal sakit kat kaki aku ni. Sebab aku pernah chatting dengan Fina kat BBM pasal sakit aku. Bila dia remind balik pasal MRI scan, aku rasa takut sangat. Doktor pun pernah cakap yang sakit aku makin teruk. Dalam tempoh dua tahun ni je aku dapat rasa semua risiko penyakit ni. Hasilnya ni la yang aku dapat. Kaki makin sakit, pastu dengan tiba-tiba lak ada lebam ni.

Kadang-kadang bila fikir hal ni dalam-dalam, semua tu leh buat aku menangis sorang-sorang. Masa tu mula la fikir yang bukan-bukan. 'Aku akan mati ke?', 'Kalau aku mati, macam mana life semua orang yang aku sayang?', 'Boleh ke aku sembuh?'... macam-macam sangat.

Tahun ni je entah berapa kali hidung berdarah. Sakit kat kaki ni usah cerita la berapa kali sakit. Tiap minggu ada je rasa sakit. Tapi aku tahan kan je. Sebab aku tau, ada yang tak senang duduk bila aku share yang aku sakit itu ini kat Twitter. Contohnya, macam tweet ni dari sorang kawan aku yang.. takde la rapat pun dengan aku tapi tah apesal anti sangat dengan aku.
*tweet ni di-post pada minggu akhir Ramadhan 2011*

Tapi dalam banyak-banyak yang bantai aku kat Twitter, FB, dan BBM, ada jugak yang cuba untuk bagi semangat. Ada yang cuba bagi cara rawatan alternatif. Terima kasih kat semua yang cuba untuk bantu Hani jadi lebih kuat harung life ni.

Bagi yang bantai aku yang kata konon aku minta simpati apa bagai tu, moga Allah buka la hati korang untuk terima kelemahan orang lain. Jangan sampai penyakit yang lagi teruk aku tanggung ni kena kat korang pulak. Masa tu baru korang tau apa isi hati orang yang sakit kritikal macam aku ni. Dan masa tu jugak, takde siapa boleh tolong, hanya Allah je korang ada. Aku bukan nak doa celaka untuk korang, tapi takdir kita dengan orang sekeliling ni berlegar-legar je kat keliling ni. Dan jangan tanya 'kenapa aku jadi camni' bila apa yang korang buat tu berbalik kat korang balik.

5 comments:

teh O beng said...

sabar je hani..org tak rasa pe yg kite rasa...yg len tu urusan diorg ngan Tuhan je....

Hani Shah said...

owh o~beng~ hehehe tq la faham :) semoga Allah lindung kamu dari sebarang penyakit mudarat..jgn jd mcm saya ni..

Nazura² said...

Hani, cool ok? Aku tau kau kuat la weh. Sakit tu penghapus dosa2 kecil ok? Sabar banyak2. Banyakkan berdoa, insyaallah. Allah selalu bersama org bersabar ok? Jaga kesihatan kau weh :)

teh O beng said...

teh pon sakit jgk hani...even xsama penyakitnya,tapi kita dpt rasa perit yg sama (maybe la)...jgn pernah mngeluh disebabkan sakit ni,sebab penyakit ni la kita makin kuat...rite.?

cewah..ceramah la plak..haha

Hani Shah said...

tq korang, bg positive words utk aku :') serius aku rasa korang la kawan bst utk aku :* syg korang sangat la!

This is Hani