Friday, September 23, 2011

Alkisah Seorang Sahabat Lama

Salam semua!

Agak lama Hani diam sebab ada banyak sangat perkara yang Hani kena settle down kan dalam masa ni. Alhamdulillah, satu per satu settle! Tapi tu la.. ada yang tak settle lagi. Sadis! Tapi kali ni, Hani tak nak update sedih-sedih. Sebab Hani nak share satu berita yang agak menggembirakan hati Hani.

Hani mengaku Hani dah lama tak jumpa dengan sorang kawan Hani ni. Nama dia Muhsinah, tapi Hani panggil dia Muci. Dia boleh dikatakan seorang kawan, sahabat, kakak yang paling best aku ada semasa aku sekolah dulu. Lama tak jumpa dia, ada dalam dua tahun lebih. Selama ni pon contact kat Facebook je.

So sekarang dia dah bertunang dengan orang pilihan dia la kan, takkan la pilihan aku pulak! Rasa macam kejap je masa berlalu. Dulu pernah usik-usik dia, yang dia akan couple, tunang, and kahwin sebelum aku. Haaa sekarang mendapat ko! Aku queue kat belakang ko je Muci, hehe!

So Muci, ko baca ni tau! Aku bukan senyap dari korang selama ni sebab sombong ke apa. Buang semua tanggapan negatif dan bodoh korang semua. Ada betul gak aku nak lari semua orang, lebih-lebih lagi dengan budak satu sekolah dulu. Entah la.. mungkin aku perlu something new. Tapi Muci jangan risau sebab Hani sebenarnya rindu gila nak spend time dengan Muci macam dulu. Nak pulak dengan gila-gila Muci tu. Seriously... I miss you beb! 

Banyak kenangan aku dengan Muci. Mula rapat sejak form 3. Masa tu ada pemilihan kawad kaki untuk Kadet Remaja Sekolah (KRS), pastu kami berdua pun try jela. Mana tau rezeki. Alhamdulillah, sampai ke form 5 kami jadi kadet yang paling penting dalam platun.

Sekejap sangat masa berlalu. Rasa macam baru je start kenal-kenal. Lepas pastu masuk kawad kaki. Tak lama lepas tu kita start SPM. Ingat lagi masa tu aku orang yang pertama bebas dari exam SPM antara kita satu geng. Aku kacau semua orang study. Masa Muci and kawan-kawan lain tengah exam paper Biology, aku ingat lagi masa tu hari Isnin. Aku datang gak ke sekolah sebab nak bagi support kat korang, walaupun aku dah abeh semua paper masa tu.

Sorry kat Muci sebab tak hadir majlis pertunangan Muci. Hani kerja pulak masa tu. Nak cuti memang tak dan lak. Nanti majlis kahwin tu jemput la Hani. InsyaAllah Hani akan cuba gak untuk datang walaupun busy kerja.

Semoga berbahagia, sahabatku!
Gambar ihsan dari Nur Aizzat. (sorry aku copek) 



No comments:

This is Hani