Thursday, October 06, 2011

Hani si Penjual Madu

Salam semua!

Dah dua bulan aku kerja kat kiosk Madu Lebah Hutan Liar kat Giant Hypermarket Seksyen 13 Shah Alam ni. Macam-macam aku belajar. Dulu aku sikit-sikit je hal madu ni. Sekarang korang tanya apa je tentang madu, sure aku tak gagap nak jawab, hehe!

Masa mula-mula kerja sini sure la aku kekok sebab aku tak pernah kerja kat kiosk sebelum ni. Nak pulak aku jual madu, tak tau apa-apa langsung, macam mana nak tau madu ni asali ke tak. Nasib bos aku baik :) bos aku bagitau serba sedikit la pasal madu ni. Aku pun ada search kat internet. Pergh, leh tahan gak khasiat and macam mana nak tau madu ni original atau tak!
Bila dah kerja kat tempat baru, sure la dapat kawan baru. Jiran kiosk sebelah aku, Kak Ifa, jual perfume. Dia la kawan pertama aku kat sini. Lepas tu baru la ada Kak Watie, Matus, Ani, Abang Acu, and hampir satu deret kiosk tu dah jadi kawan aku. Eh, bukan kiosk je, siap dengan pak guard, cleaner, kiosk yang jauh-jauh tu pun dah jadi kawan aku. Haha hebat kan! Dulu masa tak kerja sini, dorang ni aku kasi lalu je. Sekarang lalu mesti bertegur, tak pun senyum je.

Bila cerita pasal customers lak, memang banyak la best tak best nya. Dari yang regular customers, new customers, dan.... annoying customers. Ha? Camne tu? Hehe... tak perlu la aku nak cerita panjang. Tapi sepanjang aku kerja sini, semua customers aku best, sporting, and mesra. Walaupun ada 2, 3 orang yang tak reti nak senyum langsung. Nak kena masuk kan syiling doposen dulu agaknya baru nak senyum. Haish!

Overall, kerja kat sini memang best walaupun kadang-kadang tak cukup rehat, bosan, mengantuk... aku hadapkan aja. Nak cari duit nya pasal, aku tak kisah la. So korang kalau nak beli madu, meh la datang sini. Leh la kasi tambah sale aku heheh! Nak lebih info pasal madu yang aku jual ni, meh klik sini tau!

3 comments:

✿....rossa alina....✿ said...

nak beli maduuuuuuuuuuu..sebab batuk²..kalo minum madu boleh elok ke batuk ni??

help..help..

T_T

Hani Shah said...

batuk lagi elok minum madu :) hani dah try madu yg hani jual ni..kena cari yg betol2 ori sebab kalo beli yg dah campur tekak tu lagi tambah sakit..

ijal said...

hmmm.. kalo letak seposen baru senyum..tu muka seposen la tuu..

This is Hani