Thursday, October 06, 2011

Abah cepatlah sihat...

Salam.

Kali ni entry aku agak sedih sikit la, boleh? Kenapa? Abah aku admit ward petang semalam (5hb Oktober). Sepatutnya Abah balik KL dari Langkawi pagi semalam. Tapi tiba-tiba ada pegawai call Mama kata Abah sesak nafas semasa kat airport and terus masuk wad.

Aku betul-betul risau sebab Abah ada lelah. So kalau orang lelah ni dah tiba-tiba sesak nafas, sure kena admit ward kasi masuk oksigen. Tapi dalam kes Abah, macam teruk sangat. Malam tadi Kak Lisa bagitau Abah dah transfer ke IJN. Habis badan Abah kena lilit dengan wayar. Aku memang tak dapat nak bayangkan sebab aku tak tengok Abah lagi buat masa ni.

Pagi tadi (6hb Oktober), aku mimpi Abah. Walaupun cuma kenangan lama bersarapan dengan Abah semasa aku sekolah dulu, tapi semua tu buat aku rasa sedih sangat. Aku menangis pagi tu puas-puas kasi hilang rasa sedih. Nasib Ojex BBM aku pagi tu. Dia la jadi tukang pujuk aku. Thank you, sayang!

Tengah hari pulak, aku dapat berita dari Mama yang Abah nanti kena buat operation. Maybe jantung Abah problem.

Aku tak sabar nak tunggu hari Jumaat. Sebab Sabtu Ahad ni aku cuti, so leh la balik lawat Abah kat IJN. Aku rindu sangat kat family. Lagi rindu kat Abah sebab Abah la hero dalam hidup aku. Tak ada Abah, aku tak ada inspirasi untuk berjaya macam Abah. Harap Abah dapat tengok aku happy berkonvo nanti. Nak Abah rasa happy, terharu dengan kejayaan aku. Sebab Abah banyak berkorban dalam setiap apa yang aku buat semasa aku study dulu.

Terima kasih, Abah. Sayang Abah sangat-sangat! Semoga cepat sembuh, my hero~

1 comment:

alin said...

sy doakan abah awak cepat sembuh k..
sedih plak baca bila kait ngan family..hmm.. T_T
doa banyak² tau!!

This is Hani