Thursday, September 06, 2012

Novel Review: #Suami & #Isteri by S. Mara GD

Dua novel ini diterjemahkan dari novel Indonesia yang bertajuk Misteri Rahasia Seorang Suami (SUAMI) dan Misteri Dendam Seorang Istri (ISTERI). Dan kedua-dua novel diterbitkan semula oleh Buku Fixi dalam Bahasa Melayu.

Penulis: S. Mara GD
Diterjemahkan Oleh: Nabila Najwa
Harga: RM 19.90 (dapat 20% diskaun jika beli bersama novel ISTERI)
Halaman: 313 mukasurat
Cetakan Pertama: Ogos 2012
Sinopsis: Maryati rasa seperti Cinderella setelah berjaya menakluk hati Supriyadi Cokronegoro - lelaki bangsawan kaya dan tampan yang banyak dikejar perempuan lain. Status Supriyadi yang duda bukanlah masalah utama, sebelum timbul soal bagaimanakah isteri pertamanya dulu meninggal!
Mengapa Supriyadi selalu mahu merahsiakan kehidupan perkahwinannya dengan Lili Hadoko? Mengapa setiap kali Maryati bertanya, dia marah? Maryati tiba-tiba menghadapi banyak hal yang mencurigakan. Salah satu di antaranya adalah perempuan jelita yang bernama Ester Rumilah. Betulkah dia cuma salah seorang pekerja di kilang milik Supriyadi, atau dia didorong oleh agenda lain? Begitu banyak pertanyaan sampai jatuh korban pembunuhan berikutnya...
Kapten Polis Kosasih dan sahabatnya, bekas penjenayah Gozali, kemudian tampil untuk mencungkil rahsia yang cuba disorok oleh si SUAMI...



Penulis: S. Mara GD
Diterjemahkan Oleh: Nabila Najwa
Harga: RM 19.90 (dapat 20% diskaun jika beli bersama novel SUAMI)
Halaman: 309 mukasurat
Cetakan Pertama: Ogos 2012
Sinopsis: Kapten Kosasih dan sahabatnya dengan latar belakang yang gelap, Gozali berhadapan degan tubuh kaku Alma Dolores di biliknya sendiri dengan tangan terhiris.
Yanis Sumbaga, usahawan maju dan lelaki yang dinikahi Alma dengan mengorbankan kerjaya sebagai model terkenal (dan status sebagai dara) telah tertangkap basah bermain cinta dengan perempuan lain. Bekas playboy terkenal itu mengaku bermain kayu tiga, tetapi mempunyai alibi kukuh tak berada di tempat kejadian.
Apakah peranan yang mungkin dimainkan oleh Pandu Lukas, yang pernah merasakan dirinya sebagai teman lelaki sang bekas model; atau Debi Malonda, yang tergila-gila dengan bosnya Yanis?
Adakah kematian Alma padah cinta banyak segi, atau hanya luapan dendamnya sebagai seorang ISTERI?



Untuk kedua-dua novel ni, aku baca guna tone Detektif Conan. Pelik? Aku pun tak tau kenapa. Mungkin sebab dialog dalam novel ni yang penuh dengan info berkenaan dengan kes pembunuhan yang berlaku. Ala-ala Gerak Khas pun ada, tapi nasib jalan cerita novel ni tak cliche.

Masa pertengahan cerita kedua-dua novel ni, aku ada la jugak target beberapa karakter yang berkaitan dengan pembunuhan tu. Ada yang target tak kena pulak~ tapi untuk novel ISTERI, yeay aku dapat target yang betul! Okay... aku memang camni bila baca novel bunuh-bunuh ni. Suka target siapa pembunuh, siapa yang dibunuh, tapi bila sampai habis cerita je mesti aku cakap "cis!" kalau tak kena target.

Ramai yang beranggapan yang novel SUAMI dan ISTERI ni berkaitan jalan cerita. Sebenarnya jalan ceritanya tak berkaitan langsung pun, cuma dua watak penyiasat tu je yang sama; Kosasih dan Gozali. Tak kisah la korang baca ISTERI dulu atau SUAMI dulu, tak menjejaskan pembacaan korang pun.

Dalam kedua-dua novel ni, aku suka twist dalam story-line novel SUAMI. Walaupun sebab-musabab dia macam "hek-eleh... pasai tu je ke?" tapi cara penulis pusing pembaca siapa pembunuh yang sebenar tu, aku tabik spring 30 harkat la.

Apa-apa pun, ini pendapat aku la. Lain orang, lain la cerita yang dia suka. Kalau aku kata aku suka Zombijaya, ada yang kata suka Invasi... ada yang kata suka Kelabu, ye dak? Apa-apa hal, selamat membaca kalian semua!

Untuk sesiapa yang nak membeli buku SUAMI & ISTERI secara combo set (apa ingat KFC je ada combo set? Fixi pun ada laaaa~), boleh la klik link kat bawah ni:
http://fixi.com.my/kedai/buku/fixi-suami-isteri/

4 comments:

Lyla Ibrahim said...

Dah lama rasanya tak baca buku murder mystery. Rindu..

Fatrim syah said...

Rebiu Suami, Isteri setakat ni sangat memberangangkan. Harus dapatkan ni. :)

shandye. said...

belum baca ISTERI, baru separuh jalan dalam SUAMI. bagi saya, ceritanya agak hambar... hanya pada bab 19 baru diperkenalkan oleh Kapten Polis Kosasih, di mana bagi saya agak keterlambatan.

terlalu banyak back-story dan saparuh awal ceritanya agak dragging. bagi sayalah. entah. banyak kali saya letak SUAMI dan buat kerja lain dulu sebab ceritanya kurang menyengat pada awalnya.

=)

Hani Suraya said...

memang kedua-dua novel ni dia bebel-bebel dulu cerita pasal sebelum kes. pertengahan novel baru ada polis tu. slow phase. tapi time menyiasat tu yang rasa macam.... hati ni rasa nak tau gak ending cecepat :p

This is Hani