Sunday, April 29, 2012

Novel Review: #Dosa by Nuril Basri

Hey-ho! Ketika aku check inbox e-mel aku, aku dapat manuskrip novel terbaru tajuk Dosa. Sexcited! Tapi bila bos kata itu adalah manuskrip dari penulis Indonesia, aku cuak! Alhamdulillah, manuskrip tu dah diterjemahkan siap-siap. Fuh, lega mak nok!

Penulis: Nuril Basri
Diterjemahkan oleh Nabila Najwa
Halaman: 327 mukasurat
Harga: RM 19.90
Cetakan Pertama: April 2012
Sinopsis: Ricky, bidadara separuh telanjang dan Yusuf yang lembut ala perempuan; siapa sangka mereka pelajar sekolah pondok di Indonesia?
Keluar dengan rela dari rumah orang tuanya, Ricky (17 tahun) terlibat dalam pergaduhan bukan hanya di sekolah, tetapi di dunia luar. Juga berkenalan dengan Iwenk yang menjerumuskannya ke pengalaman baru yang kelam.
Muncul Paris, sebagai penyelamat atau orang yang harus diselamatkan? Oskar pula ditemukan dalam lopak darah di lantai asrama Ricky dan Yusuf.
Dalam dunia malam, mereka mengenal erti persahabatan. Siapa sangka di celah-celah apa yang dicop masyarakat sebagai DOSA, mereka dapat menjadi manusia yang lebih baik?

Habis saja baca novel ni, aku kagum dengan nilai persahabatan antara watak-watak utama. Persahabatan antara Ricky, Yusuf, Paris, dan Oskar. Semuanya datang secara kebetulan, tapi mereka tetap bersama. Masing-masing mempunyai karakter yang berlainan tetapi bond atau ikatan antara mereka membuatkan pelbagai perkara gembira, sedih, sakit, kelakar dilalui bersama.

Apa yang aku boleh bagi spoiler kat korang adalah... novel Dosa ini adalah kontra kepada novel Kelabu. Itu je yang aku mampu bagi.

Kepada penulis Nuril Basri, selamat datang ke Buku Fixi! Penulis dari Indonesia yang pertama masuk ke arena Buku Fixi, if I'm not mistaken. Yup! Cool habis!

Dan anda semua yang mahu memulakan bacaan untuk Dosa, selamat membaca ya! Dialeknya perlu ditukar jadi dialek Indonesia ya, dong.  Baru feel nya itu masuk ke lubuk jiwa ya gitu. (Rosak bahasa!)

Novel Review: #Licik by Sham Hashim & Julie Anne

Hey-ho semua! Review ini adalah sebagai satu penghargaan terima kasih buat Amir Muhammad, kerana novel Licik adalah novel pertama yang aku proofread secara rasminya bersama Buku Fixi. Sebelum ni, aku pernah buat proofread novel Zombijaya, Invasi, dan Bisik secara underground untuk second print. Alhamdulillah, jadi proofreader ni buat income aku bertambah sikit, selain buat kerja sebagai graphic designer secara cikai.

Penulis: Sham Hashim & Julie Anne
Halaman: 272 mukasurat
Harga: RM 18.90
Cetakan Pertama: April 2012
Sinopsis: Dari usia yang muda, Fira diajar oleh ayahnya Alias untuk menjadi con artist yang sempurna. Dari Skim Cepat Kaya ke skim melarikan wang hantaran, semuanya disapu. Namun kemewahan dua anak beranak ini tergugat apabila seseorang muncul untuk membalas dendam. Mereka terpaksa lari dan bersembunyi.
Peristiwa hitam yang berlaku merubah Fira menjadi seorang yang kejam. Dia kembali ke ibu kota untuk memulakan langkah baru namun tertemu pula dengan Sadik, si penipu kacak.
Bersama Sadik sebagai mastermind - dan juga kekasih - Fira mencipta dunia baru yang serba mewah tetapi berbahaya. Ketika satu persatu mangsa tertipu, ada sesuatu yang mengintai si LICIK yang jelita itu. Apakah penipuan Fira akan bertemu pengakhiran?

Seperti yang korang baca pada tajuk dan sinopsis novel, korang sendiri dapat rasakan kelicikan Fira. Sepanjang prolog, bab 1 hingga bab 15 dan berakhir dengan epilog; penuh dengan penipuan dan kelicikan.

Cuma jalan cerita novel ni, bagi aku, sarat dengan misi yang Fira jalankan. Ada yang mencabar gila babi tahap 69. Ada yang sekadar misi biasa tahap tapir je. Kira penulis ni nak menggambarkan yang Fira ini adalah si licik yang hebat tahap James Bond la gitu.

Ermm.. apa lagi? (Sebenarnya aku lupa apa punchline yang ada dalam novel ni). Okay, korang janganlah anggap novel ni cuma ada penipuan, penipuan, dan penipuan saja. Dalam novel ni ada juga diterapkan nilai kekeluargaan dimana Fira sentiasa bersama dengan ayahnya walau susah senang sekalipun. Jangan ingat orang jahat tak fikir tentang family dorang. Kadang-kadang orang alim ulama' pun abaikan tanggungjawab family dorang. Kan?

Overall, jalan cerita novel ni tak la berat. Korang cuma perlu duduk, baca, concentrate pada penipuan dan kelicikan Fira, insyaAllah korang enjoy. Aku jamin.

Wednesday, April 25, 2012

Band Review: Shana Razman - Hilang

Hey-ho korang semua! Lama tak update pasal scene muzik dan band ni kan? Tadi aku tengah dok belek-belek wall kat FB, and so suddenly aku terjumpa satu update tentang Shana Razman.
Siapa Shana Razman? Jangan tanya aku sebab aku dah terlalu lama tinggalkan scene underground. Tapi aku tertarik dengan intipati lagu single dia yang terbaru iaitu Hilang. Penulis lirik dan melodi untuk lagu ni adalah someone yang aku pernah kenal dan rapat satu ketika dulu iaitu Ammar Habir, yang juga selaku gitaris untuk Drama Band.

Tahniah kat Ammar Habir sebab mencipta lagu yang amat bertenaga untuk kami pendengar walaupun lirik lagu sebenar sedih atau dalam mood down. Ah, tak kisah la.. dengar cerita ni first time Ammar Habir buat mixing sekaligus mastering untuk lagu ni. Congrats! You've done it very well and smart dude!

At first, aku macam tak percaya 'is it really Shana's voice?' 'apesal macam tak kena je suara dia dengan muka dia?', sebab suara dia jenis lantang dan besar. So now I know that I can't judge the voice from people's face. Okay, stop lawak hambar. Korang layan la single dari Shana Razman - Hilang.


Other links to Shana Razman:
FB Fanpage http://www.facebook.com/ShanaRazmanOfficial
Twitter http://www.twitter.com/shanarazmusic
Youtube http://youtube.com/user/ShanaRazman :)
*gambar adalah dari fail album milik ShanaRazmanOfficial*

Dialog Monolog - Buat Sang Bidadari

Aku dapat rasakan dunia berkocak. Kuat! Laju dan pantas. Seketika, ia perlahan. Dan kemudian, ia laju semula. Apa ni? Kenapa boleh jadi begitu? Keadaan sekeliling mula dinaiki air bah. Aku dan beberapa rakan yang lain turut tenggelam. Kami lemas.. lemas! Aku cepat-cepat menarik nafas sedalam-dalamnya. Dan terus menutup mata.

Apabila aku pasti yang aku sudah sepenuhnya tenggelam, aku buka mata perlahan-lahan. Keadaan sungguh gelap. Aku nampak rakan-rakanku yang lain berenang ke arah satu punca cahaya. Aku yakin itu jalan keluar. Gegaran yang membuatkan dunia berkocak tadi masih dirasai. Ya, ia semakin pantas dan kuat. Bila gegaran ini kan berakhir?

Aku dapat rasakan punca cahaya itu mampu memberhentikan gegaran ini. Aku yakin. Rakan-rakanku yang lain juga percaya begitu. Kami terus berenang. Sepantas yang mungkin. Dan apabila kami sudah keluar melalui sumber cahaya tersebut, aku dapat rasakan gegaran tersebut sudah pun berhenti. Senyap dan sunyi. Kami semua lega, tapi kami perlu teruskan berenang untuk menyelamatkan diri.

Sedang kami mencari tempat yang selamat, aku menemui satu tempat perlindungan. Tapi ia hanya cukup untuk satu saja. Sedangkan kami semua hampir beratus ribu, dan mungkin berpuluh juta. Aku menoleh ke belakang. Aku nampak ada yang sedang berenang laju ke arah yang sama. Aku perlu berenang lebih laju jika mahu selamat.

Sampai saja di permukaan tempat perlindungan itu, aku terus mengorek lubang yang memuatkan aku masuk ke dalamnya. Aku korek, dan aku cuba untuk lolos ke dalam. Dan kembali mengorek apabila ia seperti tidak muat tubuhku. Akhirnya, aku berjaya!

Aku nampak wajah hampa rakan-rakanku yang lain. Maafkan aku. Aku juga mahu teruskan hidup. Aku mahu lihat dunia luar. Aku mahu membentuk diri aku yang sendiri. Bukan diri yang seperti batang taugeh ni!

Beberapa hari kemudian, aku lihat rakan-rakan seperjuanganku mati satu persatu. Maka, tinggallah aku sendirian dan akhirnya dibuai mimpi indah. Kadang-kala, aku terjaga mendengar suara dari luar yang mendendangkan lagu-lagu indah. Pernah juga aku mendengar alunan zikir dan ayat al-Quran. Sungguh mengasyikkan.

Apabila aku sudah besar sedikit, aku tiada kawan untuk bermain. Jadi aku hanya mampu menendang dinding-dinding lembut yang mengelilingi aku. Dan seketika kemudian, akan kedengaran tawa halus dari luar. Suara yang sama aku dengar setiap hari.

Sampai masanya, waktu untuk aku keluar dari tempat ini. Aku menemui cahaya lagi. Ya, aku perlu menuju ke cahaya itu seorang diri kini. Tiada lagi rakan seperjuangan seperti dulu. Keluar saja dari tempat itu, aku lihat ada ramai orang yang menyambutku. Aku takut. Siapa mereka ini? Jadi aku menangis sekuat-kuatnya.

Setelah badan ku sudah dilap bersih, salah seorang dari mereka membawaku pada seorang bidadari yang cantik. Dia tersenyum. Dan dia mula mencium dahi lembut ku. Dia terus berkata-kata dengan bahasa yang aku masih tidak faham. Tapi aku kenal suara itu. Suara itulah yang aku dengar setiap hari. Tangan itulah yang mengusap dinding lembut tempat aku selalu tendang dulu ketika aku bosan. Dialah bidadari aku sepanjang hidupku nanti.

Dua puluh dua tahun kemudian, aku masih membentuk dan mencari diri aku. Aku baru mampu mencari sinar bahagia buat bidadariku. Walaupun aku tidak berada di sisinya kini, aku teramat rindu padanya. Apa yang si bidadari itu sedang buat? Sedang tidur ke? Sedang menonton TV ke? Baru siang tadi aku menghubunginya. Rindu ini takkan terhakis walau sikit pun. Kerana aku teramat sayang pada sang bidadari, ibu ku...

Monday, April 23, 2012

Novel Review: #Bisik by Syaihan Syafiq

Hey-ho semua! Maaf sebab agak lambat sedikit nak review novel ni sebab packed dengan job: (1) proofread untuk next novel Fixi iaitu Dosa, Licik, Hilang dan Murtad, (2) kerja design-mendesign, dan (3) kuat tulis cerita meraban kat blog ni. Akhirnya, dapat gak habiskan baca buku ni dan sekaligus buat review dan hantar emel untuk error yang ada dalam buku ni (gila hardcore multi-tasker person aku ni kan?)

Penulis: Syaihan Syafiq
Halaman: 295 mukasurat
Harga: RM 19.90
Cetakan Pertama: April 2012
Sinopsis: Mikael berpindah rumah selepas teman serumahnya mati terjatuh dari balkoni. Namun setelah berada di pangsapuri baru, Mikael mula gagal untuk mengingati kembali apa yang berlaku pada masa-masa sebelumnya. Dia juga didatangi BISIK hasutan yang muncul secara rawak.
Tambah mengelirukan apabila teman serumah barunya, Nazzman, ialah seorang yang amat mencurigakan. Biarpun tidak mempercayainya secara penuh, Mikael melihat Nazzman sebagai orang yang mampu membantu memulihkan ingatannya.
Mikael juga mula menjalinkan hubungan dengan Suraya, perempuan yang pernah menjadi kekasih bekas teman serumahnya. Namun apabila kejadian tragis menimpa Suraya, Mikael mengesyaki Nazzman sebagai dalang.
Apakah punca bisik-bisik yang mengganggu Mikael? Dan siapakah Nazzman sebenarnya?

Masa aku baca Bisik ni, aku anggapkan macam aku tengah main seribu keping puzzle. Dan setiap keping tu adalah persoalan dan misteri yang mesti aku cari dan sambungkan semula kepingan puzzle tu untuk aku rungkai satu persatu segala yang ada dalam kepala otak aku ni.

Aku nak cerita lebih pasal plot novel ni nanti jadi spoiler bagi sesiapa yang belum baca. Apa yang penting, watak Mikael di-develop daripada zero to someone, lepas tu jadi nobody. Which means, pada mulanya dia macam seorang yang down sebab kehilangan kawan serumahnya. Dan kemudian dia bangkit untuk teruskan hidup dia. Tapi atas sebab tertentu, dia jatuh menjadi seorang yang sadis, innocent, atau mungkin ada yang rasa kesian pada Mikael ni pada akhir cerita. Apa yang aku perlu katakan adalah TAHNIAH kepada penulis sebab develop watak utama dia dengan baik sekali. Yippee-ki-yay!

Persetankan la kalau ada orang kata storyline novel ni boleh di-predict (walaupun pada dasarnya aku pun predict benda yang sama), tapi at least, penulis dah pun berikan sedikit sentuhan dan kelainan dalam jalan cerita yang dia bina. Congrats once again~!

Kepada sesiapa yang masih belum membaca atau membeli tapi mahu rasakan BISIKan bab satu untuk buku ni boleh la klik pada link yang dilampirkan di bawah ni:
http://fixi.com.my/bisik/ 
Selamat membaca!

This is Hani