Thursday, September 06, 2012

Novel Review: #Suami & #Isteri by S. Mara GD

Dua novel ini diterjemahkan dari novel Indonesia yang bertajuk Misteri Rahasia Seorang Suami (SUAMI) dan Misteri Dendam Seorang Istri (ISTERI). Dan kedua-dua novel diterbitkan semula oleh Buku Fixi dalam Bahasa Melayu.

Penulis: S. Mara GD
Diterjemahkan Oleh: Nabila Najwa
Harga: RM 19.90 (dapat 20% diskaun jika beli bersama novel ISTERI)
Halaman: 313 mukasurat
Cetakan Pertama: Ogos 2012
Sinopsis: Maryati rasa seperti Cinderella setelah berjaya menakluk hati Supriyadi Cokronegoro - lelaki bangsawan kaya dan tampan yang banyak dikejar perempuan lain. Status Supriyadi yang duda bukanlah masalah utama, sebelum timbul soal bagaimanakah isteri pertamanya dulu meninggal!
Mengapa Supriyadi selalu mahu merahsiakan kehidupan perkahwinannya dengan Lili Hadoko? Mengapa setiap kali Maryati bertanya, dia marah? Maryati tiba-tiba menghadapi banyak hal yang mencurigakan. Salah satu di antaranya adalah perempuan jelita yang bernama Ester Rumilah. Betulkah dia cuma salah seorang pekerja di kilang milik Supriyadi, atau dia didorong oleh agenda lain? Begitu banyak pertanyaan sampai jatuh korban pembunuhan berikutnya...
Kapten Polis Kosasih dan sahabatnya, bekas penjenayah Gozali, kemudian tampil untuk mencungkil rahsia yang cuba disorok oleh si SUAMI...



Penulis: S. Mara GD
Diterjemahkan Oleh: Nabila Najwa
Harga: RM 19.90 (dapat 20% diskaun jika beli bersama novel SUAMI)
Halaman: 309 mukasurat
Cetakan Pertama: Ogos 2012
Sinopsis: Kapten Kosasih dan sahabatnya dengan latar belakang yang gelap, Gozali berhadapan degan tubuh kaku Alma Dolores di biliknya sendiri dengan tangan terhiris.
Yanis Sumbaga, usahawan maju dan lelaki yang dinikahi Alma dengan mengorbankan kerjaya sebagai model terkenal (dan status sebagai dara) telah tertangkap basah bermain cinta dengan perempuan lain. Bekas playboy terkenal itu mengaku bermain kayu tiga, tetapi mempunyai alibi kukuh tak berada di tempat kejadian.
Apakah peranan yang mungkin dimainkan oleh Pandu Lukas, yang pernah merasakan dirinya sebagai teman lelaki sang bekas model; atau Debi Malonda, yang tergila-gila dengan bosnya Yanis?
Adakah kematian Alma padah cinta banyak segi, atau hanya luapan dendamnya sebagai seorang ISTERI?



Untuk kedua-dua novel ni, aku baca guna tone Detektif Conan. Pelik? Aku pun tak tau kenapa. Mungkin sebab dialog dalam novel ni yang penuh dengan info berkenaan dengan kes pembunuhan yang berlaku. Ala-ala Gerak Khas pun ada, tapi nasib jalan cerita novel ni tak cliche.

Masa pertengahan cerita kedua-dua novel ni, aku ada la jugak target beberapa karakter yang berkaitan dengan pembunuhan tu. Ada yang target tak kena pulak~ tapi untuk novel ISTERI, yeay aku dapat target yang betul! Okay... aku memang camni bila baca novel bunuh-bunuh ni. Suka target siapa pembunuh, siapa yang dibunuh, tapi bila sampai habis cerita je mesti aku cakap "cis!" kalau tak kena target.

Ramai yang beranggapan yang novel SUAMI dan ISTERI ni berkaitan jalan cerita. Sebenarnya jalan ceritanya tak berkaitan langsung pun, cuma dua watak penyiasat tu je yang sama; Kosasih dan Gozali. Tak kisah la korang baca ISTERI dulu atau SUAMI dulu, tak menjejaskan pembacaan korang pun.

Dalam kedua-dua novel ni, aku suka twist dalam story-line novel SUAMI. Walaupun sebab-musabab dia macam "hek-eleh... pasai tu je ke?" tapi cara penulis pusing pembaca siapa pembunuh yang sebenar tu, aku tabik spring 30 harkat la.

Apa-apa pun, ini pendapat aku la. Lain orang, lain la cerita yang dia suka. Kalau aku kata aku suka Zombijaya, ada yang kata suka Invasi... ada yang kata suka Kelabu, ye dak? Apa-apa hal, selamat membaca kalian semua!

Untuk sesiapa yang nak membeli buku SUAMI & ISTERI secara combo set (apa ingat KFC je ada combo set? Fixi pun ada laaaa~), boleh la klik link kat bawah ni:
http://fixi.com.my/kedai/buku/fixi-suami-isteri/

Tuesday, September 04, 2012

Sempurna [Cerpen]

Semua orang nak jadi sempurna. 
Sempurna dari segi kecantikan diri. 
Sempurna dari segi kebersihan diri. 
Sempurna dari segi hati nurani. 
Sempurna dari segi cara kerja. 
Dan macam-macam lagi... 
Tapi tak ada siapa yang mampu sempurna dari semua segi. 
Kenapa? 
Macam biasa, ayat cliche manusia;
"Nobody is perfect".

Dalam hidup kita, ramai yang mahu kelihatan sempurna di mata pasangan masing-masing. Boleh dikatakan hampir 90% dalam diri kita, bila dah berpunya, mesti nak buat sehabis baik untuk menjadi sempurna. Dan pada ketika aku berfikir untuk menjadi sempurna, otak aku melayang pada kejadian setahun yang lepas.

Waktu tu, aku masih bekerja di Giant Shah Alam. Kerja sebagai seorang penjual di sebuah kiosk. Masa tu aku tak ada teman. Jadi aku banyak mengelamun memandang orang ramai yang datang berkunjung di situ. Ada yang gatal tangan sekadar mengusik barang-barang yang terdapat di kiosk. Tak kurang juga yang datang membeli dengan banyaknya.

Sudah sebulan lebih aku bekerja di situ, aku baru perasan... setiap hari dalam sekitar jam 10 pagi, pasti ada sepasang suami-isteri yang berumur lingkungan 60-an, yang aku tak tahu dari mana mereka datang, akan berjalan sekeliling dalam Giant Shah Alam sambil berpegangan tangan dan kerap berbual bersama.

'Sweet nya diorang...', getus hati kecil aku.

Ya, mereka sangat sweet. Bukan aku seorang saja yang kata begitu. Malah, pekerja di kiosk yang lain juga berkata begitu. Ramai yang mencemburui mereka.

Satu hari, mereka menghampiri aku. Sekadar bertanya tentang barangan yang aku jual. Aku perhati saja pasangan itu. Dari slanga English mereka, aku rasa mereka datang dari UK. Dan ya... mereka menetap di Malaysia sudah hampir setahun lebih kerana mereka merasakan Malaysia sempurna di mata mereka. Makanan, budaya, pergaulan pelbagai bangsa... kenapa aku tak rasa seperti apa yang mereka rasa? ......... Jadi aku hanya tersenyum mendengar jawapan jujur mereka.

Esoknya, mereka menghampiri aku lagi. Sekadar berbual kosong. Kata mereka, aku ni tak macam pekerja kiosk yang lain, selalu ada di kiosk dan selalu layan pelanggan dengan baik. Mereka hanya nampak luaran aku, dalaman aku? Aku tak sempurna sepertimana yang mereka nampak. Aku mengeluh, dan aku senyum. Mereka tergelak kecil, dan mereka berpegangan tangan. Erat. Aku cemburu.

'Bila aku akan dapat pasangan yang sebegitu gembira dengan aku... dan sanggup menerima aku seadanya? Yang memandang aku sempurna walaupun aku terlalu banyak kekurangan?' 

Selama hampir 40 tahun mereka bersama, aku nampak mereka masih seperti di kala mereka muda dahulu. Masih tersenyum ketika berbual bersama, ketawa bersama, berjalan menempuh hari tua bersama sambil berpegangan tangan seerat yang boleh.

Ketika ini, aku merindui Mama dan Abah. Kemanisan berumahtangga pasangan UK itu hampir sama dengan kemanisan rumahtangga Mama Abah. Mereka saling melengkapi antara satu sama lain agar ia kelihatan sempurna. Apa yang aku harapkan, pasangan aku mampu melengkapi diri aku agar kami saling sempurna...

Dan pada ketika aku berhenti mengelamun tentang kesempurnaan, aku kerling pada jam tepi meja. Dah pukul 8.00 malam dan aku masih tak mengerjakan solat Maghrib. Haih... macam mana aku nak jadi sempurna kalau solat pun tunggang-langgang?

Friday, August 31, 2012

#Conscience: Our First Project

Salam!

Dah jarang update blog sekarang ni. Kali ni, Hani nak kasi intro sikit la pasal projek terbaru dalam hidup yang serba sederhana ni.

Baru-baru ni, aku dengan kawan-kawan #idebewe aku ada buat satu short-film. Tajuk video tu Conscience. Untuk projek tu, peranan aku macam biasalah... jadi editor. Since aku suka dengan kerja edit-edit video ni, aku dah dipertanggungjawabkan untuk mengedit scene-scene yang ada untuk dijadikan satu video lengkap. Yeah... dengar macam senang, tapi hanya yang pernah buat kerja editing ni jela yang tau derita sakit mata menatap skrin lama-lama nak tengok syot tu kena atau tak untuk sesuatu scene tersebut.

Banyak yang aku belajar walaupun ni cuma production cikai je, baru nak tatih-tatih lagi. First short-film pulak, cuak gak la kami nak buat! Tapi alhamdulillah, semuanya okay, smooth je progress kami.

Meh nak intro sikit pasal Conscience.
Ia mengisahkan seorang penulis skrip, Shah, yang terkenal dengan lawak komedi entah-apa-apa-entah sekadar untuk kemasyhuran dan keuntungan. Selepas dia buat satu cerita dan mendapat kritikan yang seakan-akan orang-tembak-tepat-kena-dada, dia terus mengasingkan dirinya dan serik untuk menulis skrip lagi. Satu hari, kawan lamanya, Nik datang melawatnya dan semuanya berpusing dari situ...

Cewah~ kemain aku punya ayat untuk sinopsis Conscience tu yek? Ni pulak antara snapshot untuk video yang kami buat.
[scene one]

[scene two]

[scene three]

Bagi kawan-kawan yang lain, yang nak datang ke Malaysian Shorts di HELP University, KL pada 3hb September nanti tu, aku alu-alukan sangat. Korang boleh usha kat link bawah ni untuk info tambahan dan senarai tayangan video yang lain.
http://www.facebook.com/events/349029838512206/

Thanks sebab support kami!

Wednesday, August 15, 2012

Raya Sesempoi Mungkin

Salam!

Raya Aidilfitri semakin dekat. Lagi beberapa hari je nak berjuang berpuasa ni. Moga banyak pengajaran, keberkatan, dan kebaikan yang kita dapat sepanjang di bulan Ramadhan ni. Macam biasa, ada ucapan raya untuk korang semua!

p/s: Jangan risau... dalam video ni takde gejala 'duckface', 'gaya pistol', 'peace kat mata' atau kegiatan 'juih bibir'.

Saturday, July 21, 2012

Memoria - Selamat Hari Lahir, Sayang

Awak ingat tak?
Dulu saya rasa dunia saya gelap.
Tapi kepala botak awak la yang dah terangkan dunia saya.

Awak datang tiba-tiba je.
Saya tak rasa awak ni adiwira.
Mana ada adiwira yang berkepala botak dan berperut buncit!

Bila ketika saya susah,
awak yang sanggup susah sama.
Saya tau itu proses mengayat.
Tapi saya tetap masuk jerat.

Pabila satu persatu perkara lampau diceritakan,
awak tetap dengar
dan masih ada dengan saya.
Masa itu saya panjat syukur tinggi-tinggi.

Sampai masa saya pergi jauh dari awak,
awak setia tunggu saya kat sana.
Kita sama-sama cengeng melepas rindu.
Kelakar sangat bila ingat semua tu.

Bila awak ada banyak kerja,
awak selalu beritahu saya.
Cerita perkembangan kerja awak.
Bila saya risau ganggu kerja awak,
awak balas, "I'll never been so busy for you."
Saya... hanya tersenyum
tak tahu nak menjawab apa.

Hari ini hari lahir awak.
Saya nak jadi yang pertama yang bersama dengan awak
ketika malam hari lahir awak.
Malangnya saya tak ada dengan awak.
Saya menangis sorang-sorang kat sini.
Awak ketawa dengan kawan-kawan kat sana.

Tapi awak pujuk saya.
Awak kata awak dah kosongkan satu hari.
Hari itu khas untuk saya seorang.
Apabila saya dah kembali di sisi awak.
Tiada siapa boleh ganggu.
Hanya saya seorang.

Maaf buat awak risau.
Terima kasih kerana selalu ada bersama saya.
Selamat hari lahir, sayang!

This is Hani