Saturday, May 12, 2012

Novel Review: Sitora Harimau Jadian

Perhatian! Ini adalah novel pertama keluaran Buku Fixi dibawah label Fixi Retro buat masa ini.

Karya: P. Ramlee
Halaman: 307 mukasurat
Harga: RM 20
Cetakan Asal: 1965 (diceritakan semula oleh Zakaria Mohd Yassin)
Cetakan Fixi Retro Pertama: April 2012
Sinopsis: Penduduk Kampung Kiambang dicengkam oleh perasaan takut yang amat sangat kerana keganasan Sitora Harimau Jadian yang semakin menjadi-jadi. Sudah banyak orang yang menjadi mangsanya. Dr. Effendi yang datang untuk menolong orang kampung di situ pun akhirnya kena sumpah dan menjadi Anak Sitora lalu mengganas mengikut arahan Sitora yang sebenarnya...
Filem SITORA HARIMAU JADIAN ialah satu-satunya filem arahan P. Ramlee yang telah hilang. Novelnya mula-mula terbit pada tahun 1965. Kini setelah lebih 4 dekad, ia akhirnya kembali mengaum!

Seperti yang tertulis pada sinopsis, buku ini asalnya adalah dari filem karya P. Ramlee. Filemnya yang hilang  membuatkan kita generasi baru ni tak dapat nak menonton filem tersebut. Mungkin korang kena tanya atuk nenek korang, mana tau ada yang sempat rekod filem tu ke dalam tape ke apa kan.

Kalau tak silap aku, arwah atuk aku dulu pernah dan mungkin sempat buat camtu. Tapi masa tu aku kecik lagi, and aku sendiri tak tau mana tape tu sebab lepas arwah atuk meninggal, keluarga kami pindah ke rumah baru. Yang ada cuma novel nipis berjudul sama tapi diterbitkan pada tahun 1965... tu je.

Secara overall, novel ni mudah untuk pembaca faham. Situasi, dialog, perwatakan... semuanya diceritakan dengan jelas. Direct to the point, tak serabut. Yang paling penting! Kalau dah zaman P. Ramlee, kalau takde lagu memang tak sah. So, dalam novel ni, disediakan sekali bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh watak utama.

Selain tu jugak, dalam novel ni ada disediakan sekali snapshot dalam filem Sitora Harimau Jadian. Menarik kan? Terasa old school kejap baca novel ni. Dan kepada Buku Fixi, terima kasih dan tahniah kerana 'menghidupkan semula' Sitora Harimau Jadian untuk kami; pembaca tegar buku Bahasa Melayu, khususnya dari keluaran Buku Fixi sendiri.

Bagi korang yang nak baca Bab 1 novel ni, boleh la klik pada link bawah ni. Nak order terus buku ni adalah amat digalakkan sekali. Selamat membaca!
http://fixi.com.my/sitoraharimaujadian/ 

No comments:

This is Hani