Tuesday, February 02, 2010

Kelas Presentation Punk

1hb Februari 2010
Bangun tadi pukul 6.30 pagi. Guling-guling macam tenggiling mau pukul 6.45 mandi. Siap je mandi terus bersiap nak gi kolej. Kami janji nak datang 7.30 pagi. Paling lewat pukul 8.00 pagi. Tapi aku datang tepat la juga. 7.45 macam tu baru sampai kolej. Mengantuk, sejuk, lapar... 

Kelas pagi, kami ada presentation. Kami ambil topik Punk. Quite nice topic of the day (haha!). Dengan Syam jadi C***i versi dua, Meo jadi Emo, Beyla kena highlight, Eez and me just being natural. Overall, our presentation run smoothly. Congrates to us for being punk of the day! Wuhu!

Then masa kelas Media Digital, kami satu kelas buat meeting pasal hari Sabtu ni. Kami kena pergi ke Bukit Cerakah untuk satu Creative Teaching kat sana. Mungkin melibatkan markah kuiz untuk subjek ni. So tak ada pengecualian! Yang paling best of course la dapat mandi! Part yang paling aku suka kalau gi camping! So Beyla, Eez and Easy! Jangan lupa bawa seluar Hawaii korang! Haha!

Lepas tu SEPATUTNYA ada kelas Database System. Tapi dengan pujukan rayu yang aku buat selama setengah jam sebelum kelas, akhirnya Puan Mas Guieta bagi kami cuti! Kelas cancel so balik la! Penat woo mau pujuk Puan Mas! Tapi aku cakap dengan dia, kelas hari Rabu jalan macam biasa. Huhu! Malasnya!

Balik je rumah, apa lagi, makan! Lapar la weh! Tapi aku kena bersiap nak keluar dengan Efy. Aku ajak dia tengok wayang. Dia cakap tengok kat The Curve. Layan jela. Aku pun tengah bosan.

Sampai je sana, aku tak tau nak tengok cerita apa sebab banyak cerita yang dalam list aku semua tak tayang malam. Efy lak tau jela favorite dia. Selagi ada tumbuk-tumbuk, tembak-tembak, tu dia punya la tu. So layan jela cerita Universal Soldier: A New Beginning. Aku gila blur layan cerita macam ni! Tapi Efy dah banyak ikut kehendak aku je, so bagi la tengok cerita yang dia suka. Nice gak cerita ni. Bunuh kaw-kaw punya! Aku rasa sure Efy bengang dengan aku sebab setiap kali ada orang kena bunuh, aku pegang tangan dia kuat-kuat. Bila aku tengok scene tu, aku rasa ngilu la weh!

Dah habis layan movie, jalan-jalan kat Sentul. Habiskan masa kat sana sebelum balik, dalam pukul 4.30 pagi macam tu. Sampai je rumah, terus je aku on laptop, online, assignments, and update blog!

Tiba-tiba aku teringat kelas pagi nanti! Owh lupa.. hari ni birthday Beyla, so kelas semua dibatalkan dengan secara rasminya (haha!). Gurau saja ye Beyla.. nak happy-happy ;)

So sekarang ni kalau tengok kat jam laptop aku dah pukul 6.33 pagi. Memandangkan aku dah settle gosok gigi, cuci muka, dan solat. So mau masuk tidur dulu la. Morning y'all!

2 comments:

saypOOL rafhtello said...

klu best movie tu kena tgk ni...

haNi saJe said...

bg hani ok la movie tu.. biase2 je.. tataw bg owg lain :)

This is Hani