Salam semua!
Lama tak menulis blog. Semuanya salah diri sendiri sebab tak ada benda nak update dah. Selain itu, aku lebih selesa melepak di Twitter.
Projek baru? Aku ada menulis beberapa cerpen dan erm... novel, mungkin? Ada yang tahu aku ada menulis novel bertajuk Paranormal dan Paranoia yang diterbitkan oleh Fixi. Dalam diam, aku ada juga menulis di laman Wattpad.
Aku sekarang sibuk menulis Diari Seorang Pencuri yang diadaptasi dari permainan Dungeons & Dragons (D&D) yang aku dan rakan-rakan main saban bulan. Selain itu, aku juga ada menulis cerpen dalam Bebola Buih, juga di Wattpad. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih dan sokongan daripada pembaca, aku nak bukukan Diari Seorang Pencuri ala-ala zine gitu. Tengoklah macamana sambutannya di Wattpad tu.
Terima kasih kepada yang membaca dan menyokong aku selama ini.
Moga Tuhan merahmati dunia akhirat kamu.
Saturday, December 31, 2016
Sunday, November 16, 2014
QataRia -- Day 01
15 November 2014 –
Sabtu
Aku ingat yang aku
kunci jam pukul 6:30 pagi, tapi… haram~ tak jaga. Aku jaga kejap dalam mamai,
padam alarm dan tidur balik. Sampailah Mama serbu bilik dan jerit, “Bangun!
Subuh!” Aku terus terjaga dengar alarm komando Mama. Dalam mamai, aku ingat
yang aku dah terlambat. Rupanya baru berlalu 4 minit je dari alarm yang aku set
malam sebelumnya.
Aku jenis seorang
yang kemas barang sekadar cukup keperluan untuk aku stay di satu tempat tu
nanti. Kali ni, aku ke Doha selama 10 hari, tapi aku bawa baju hanya cukup
untuk 5 hari je. Aku fikir, aku nak recycle baju yang aku bawa tu nanti. Habis
mandi, terus basuh dan gantung dalam bilik air. Aku fikir aku mampu jimatkan
space dalam luggage untuk barang-barang yang bakal aku beli di sana nanti.
Harap begitulah apa yang dirancangkan.
Sampai di KLIA, check-in
luggage semua dan tukar duit RM1000 ke matawang Qatar Riyal, aku ingat nak
bersarapan kat Burger King je. Malangnya, kat Burger King KLIA tak menyediakan
hidangan set sarapan. Jadi, aku beli set nugget yang disediakan bersama french
fries dan air. Dari jauh, aku nampak kapalterbang yang bakal aku naiki.
Emirates Airways. Tengok jam, lambat lagi nak berlepas. Koman-koman, aku ada
dalam sejam setengah untuk berjalan-jalan dalam KLIA sebelum masuk ke dalam
kapalterbang.
Tepat jam 11, depa
dah announce panggil penumpang kapalterbang yang akan berlepas ke Dubai. Masuk
je dalam kapalterbang, jumpa budak kecik mesra alam. Pandang je, senyum.
Pandang je, senyum. Haih, letih! Comel sangat! Tak ada apa yang menarik
sepanjang perjalanan selama hampir 7 jam tu. Mula-mula, aku baca buku yang aku
bawa – novel Paper Town karya John Green. Lepas aku dah pening baca dalam
gelap, aku pun layan cerita kat skrin. Tak ada cerita best sangat pun. Tak
banyak seleksi macam aku pergi ke Doha pada musim lepas dengan Etihad Airways.
Aku belek habis semua list yang ada, akhirnya aku layan Tom & Jerry. Bila
dah habis, layan Ben 10 Omniverse, kemudian Gumball, lepas tu siri Community.
Memang dah tahap bosan habis dah masa tu.
Bila sampai di
Dubai Airport, sini mencabar sikit, aku jalan-jalan la lagi sementara nak
tunggu jam 4:50 petang (jam 10 malam waktu Malaysia). Lepas tu, jumpa satu
kedai buku ni. Agak menarik la pasal ada buku yang cambest untuk dibaca.
Pusing-pusing-pusing-pusing, masuk bahagian buku kanak-kanak. Ah, pulak~ aku
kenan dengan beberapa buku. Ada Fairy Tales, Nursery Rhymes, Bedtime Story…
banyak lagi la koleksinya! Buku hardcover dan setebal novel Kelabu (aku tak tau nak refer buku apa lagi). Satu buku cuma 56 tapi dalam matawang Dirham. Aku dah gosok
muka banyak kali. Money Exchange ada kat depan kedai tu je.
Ah, nak beli
sekarang ke nanti?
Aku check wallet.
Aku cuma ada RM70± je. Aku tak sure Ringgit-Dirham beza berapa, jadi aku
abaikan dulu. Tapi time nak blah dari kedai tu memang aku dok toleh banyak kali
gak la. Nampaknya, aku kena beli masa aku nak balik Malaysia nanti la.
Harap-harap duit Qatar Riyal aku nanti ada banyak lebih.
Sekali lagi, aku
makan french fries Burger King., sebab semua cafe yang terdekat jual sandwich yang gila bapak ah mahal. Tapi fries depa besar~ tak macam kat Malaysia. Aku
dah mengah nak makan. Silap betul pergi order set besar. Memandangkan ada masa
lagi sejam sebelum berlepas, aku hadapkan je.
Jam 4:50 dah. Kat
sini peralihan waktu tak macam kat Malaysia. Nak kata macam Sabah-Sarawak pun tak,
sebab Isyak masuk waktu pukul 6:30 petang (dalam jam 11:30 waktu Malaysia).
Lepas masuk
kapalterbang, aku terus tidur. Mengantuk gila. Bila terjaga, dan-dan je waktu
makan. Aku memang dah lapar gila dah! Roti dengan meatloaf tu memang selamat
masuk dalam perut. Kacang dengan satu lagi sandwich keju aku rembat masuk dalam
beg. Manalah tau nanti lapar (lagi). Sampai saja di Doha, check Visa, ambil
luggage apa semua setel, terus ambil teksi untuk ke hotel yang dah di-book
sebelum nak datang sini.
Al-Nakheel Hotel.
Aku memang dah
penat habis masa sampai sini sebab kalau ikut waktu Malaysia, dah lewat malam
dalam pukul 12 gitu. Dengan lenguh bontot dan kaki, aku gagahkan gak melangkah
ke bilik aku yang berada di tingkat 4. Nasib ada lif. Sampai je, aku kemas
barang mana yang patut di bilik air, di meja solek bagai, dan terus mandi. Rasa
macam nak lena je kat dalam tub tu tapi aku takut aku lasak sangat (bajet macam
tidur kat atas katil) pastu tenggelam lemas, jadi lepas mandi tu, terus baring.
1:30 pagi di
Malaysia.
8:30 malam di Doha.
Saya dah penat.
Selamat malam, semua.
Thursday, June 26, 2014
Cerpen: Rezeki Plat Kereta
Aku
tahu, tak ada bersangkut-paut pun antara rezeki dengan plat kereta ni. Macam
kau percaya nombor plat kereta yang kemalangan tu mampu membawa tuah kalau kau
tikam nombor. Itu tahyul! Tak betul!
Pagi
masa nak pergi kerja, masa tengah drive tu habis semua kereta (dan pemandunya)
aku maki. Aku jadi macam cepat marah dan piss off semua benda masa tu.
Drive
slow kat lane laju, tengok plat; Pahang.
Makan
jalan orang pastu dah masuk lane baru reti nak bagi signal, tengok plat; Johor.
Keluar
simpang melulu tak tengok kiri-kanan, tengok plat; Penang.
Masa
nak cari parking, habis tiga kotak parking dia rembat, tengok plat; Terengganu.
Haih,
geramnya aku!
Tapi
siapa sangka kemarahan aku tu akan diredakan oleh sesuatu dari kurniaan Tuhan?
Satu
hari suntuk aku asyik dapat sesuatu yang aku tak jangkakan. Masa tengah breakfast
kat mapley, makan-minum aku tu dibayar oleh seseorang. Bukan makan benda mahal
pun, takat megi goreng dengan segelas teh o' ais, bukan aku takleh nak bayar
pun! Tapi mungkin niat orang tu nak bersedekah, nak pula bulan Ramadhan lagi
beberapa hari nak tiba, jadi aku ucapkan jela 'terima kasih' walaupun tak tahu
siapa yang bayar bil aku tu. Dah habis makan, aku pun masuk kerja.
Semasa
kerja, agak pelik la sebab selalunya orang tak ramai yang lalu-lalang kat
tingkat dua bangunan kompleks tu, melainkan kalau hari cuti umum atau cuti
sekolah. Tapi dalam kesunyian tu, datang seorang perempuan yang membeli buku di
kedai. Banyak dia beli. Lepas perempuan tu setel je bayar, datang lagi sorang
perempuan, pun beli banyak jugak. Total semua sales mencecah RM300 pada
tengahari tu. Jarang sekali kejadian macam ni berlaku pada hari biasa tapi ia
terjadi pada hari ini! Bila dah petang, kau jangan nak tanya la berapa sale aku
untuk haritu. Memang banyak. Boleh beli tudung Fareeda dua helai, you!
Mungkin
ini rezeki aku. Aku senyum je.
Bila
difikirkan semula, ni semua pasal aku jarang ingat kat Tuhan kot, lebih-lebih
lagi bila time marah. Mungkin inilah caranya Tuhan mahu tunjukkan yang Dia
selalu ada dekat dengan aku. Mungkin Tuhan nak aku terus bersyukur ke
hadrat-Nya dan jangan pernah lupa kepada-Nya, sebab itulah dia turunkan rezeki dan
ke-happy-an dalam bentuk macam ni. Harus bersangka baik walaupun buruk macamana
sekali pun apa yang kita hadapi tu.
Masa
nak balik, sampai je kat tempat aku parking kereta pagi tadi, tengok-tengok
kereta aku kena double-park. Usha cermin depan, takde pulak namecard ke apa-apa
untuk aku contact pemilik kereta tu. Pandang kiri-kanan-depan-belakang, takde
siapa pun yang macam kisah dengan aku. Tanya abang kedai burger tu, kot-kot dia
tau siapa pemilik kereta tu, dia angkat bahu sebab dia baru je sampai dan baru
bukak kedai.
Sejam
kemudian, seorang perempuan gedik sampai dengan langkah kaki yang macam nak
terpeletok pasal pakai kasut high heel tinggi sangat. Tu la… tak reti pakai
high heel, jangan pakai. Tengok aku, snickers buruk ni jela aku mampu sarung
pun.
"Eh,
lama ke tunggu? Sorry la. Pegi karok tadi..." kata perempuan gedik tu
sambil picit butang unlock. Cit-cut! bunyinya.
Karok?
Kau double park kereta aku, kau kata kau pergi karok?! Kat belakang Mydin tu
banyak parking kosong, kau nak gak double park kereta aku?! #^%*&!
Tu
semua sekadar dalam hati, yang aku buat cuma senyum dan jawab, “Heh, takpe.”
Hmm…
double park kereta orang, tengok plat; Melaka.
Aku
harap Tuhan ampunkanlah dosa-dosa aku maki-hamun semua orang harini. Ada
hikmahnya ni... aku yakin.
Monday, June 09, 2014
#NanoBlock: Squirtle
Hai!
Sekali lagi, aku akan tunjukkan set Pokemon yang kedua. Squirtle, water gun attack!!
Name: Zenigame
Code: NBPM_004
Level 2 (over 120 pieces)
Next post, aku akan tunjukkan lagi satu set Pokemon sebelum kembali ke set muzik, orait?
Sekali lagi, aku akan tunjukkan set Pokemon yang kedua. Squirtle, water gun attack!!
Name: Zenigame
Code: NBPM_004
Level 2 (over 120 pieces)
Next post, aku akan tunjukkan lagi satu set Pokemon sebelum kembali ke set muzik, orait?
Saturday, June 07, 2014
#NanoBlock: Charmender
Hai!
Jom jerit sama-sama, who's that Pokemon?
It's Charmender!
Name: Hitokage
Code: NBPM_002
Level 2 (over 120 pieces)
First time aku beli set Pokemon ni masa menepek kat Kinokuniya. Memang teruja sebab aku layan kartun ni dulu. Zaman Ash Ketchum dulu jela. Game dia pun layan. Seronok!
Next post, aku akan post set Pokemon yang lain pulak ;)
Jom jerit sama-sama, who's that Pokemon?
It's Charmender!
Name: Hitokage
Code: NBPM_002
Level 2 (over 120 pieces)
First time aku beli set Pokemon ni masa menepek kat Kinokuniya. Memang teruja sebab aku layan kartun ni dulu. Zaman Ash Ketchum dulu jela. Game dia pun layan. Seronok!
Next post, aku akan post set Pokemon yang lain pulak ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)