Sunday, October 14, 2012

Bola - Sebuah Antologi Cerpen Fixi

Buat pertama kali, aku tak akan buat review atau komen mengenai buku keluaran Fixi kali ini. Nanti ada yang kata bias. Nanti ada yang kata syok sendiri. Jadi, aku hanya mahu mempromote buku cerpen yang kecil dan comel ni kat anda semua.

Editor: Iqbal Aku Bakar
Halaman: 188 mukasurat
Harga: RM 15 (online/events)
Cetakan Tunggal: Oktober 2012
Sinopsis: BOLA ialah kumpulan cerpen Fixi yang diilhamkan oleh permainan yang adiktif ini. Ada hantaran lambung yang cantik, ada larian solo yang menggamit memori, dan sudah pasti ada bentesan keras yang layak dilayangkan kad merah. Buku ini dicetak hanya sekali pada Oktober 2012 dan 1,500 keping dihasilkan. Ia tidak akan dijual di kedai-kedai buku tapi hanya online dan di events sepanjang Oktober-Disember 2012.

Senarai penuh penulis dan tajuk cerpen: 
- 10 LANGKAH (Adib Zaini) 
- RODONG (Hasrul Rizwan)
- LIGA MANDREM (Dayang Noor) 
- DIARI (Raja Faisal) 
- SESAAT KE GAWANG (Faizal Sulaiman)
- BOLA API (Arif Zulkifli)
- SATU SAMA (Asyraf Bakti)
- MENJADI TUHAN (Fikri Misti)
- BURGER BOLA SPECIAL (Hani Amira Suraya)
- RUSDI, PEMAIN SIMPANAN SK PARIT KERING (Mim Jamil) 
- KEYCHAIN BOLA BERBAJU PINK(Zulaikha Sizarafalina Ali)
- AKU BOOKIE BOLASEPAK (Nama Nami) 
- JERSI BOLA 7(Shafaza Zara Syed Yusof)
- OLEH BIR DAN BOLA (Mohd Azmen) 
- MISI BOLA GILA  (Julie Anne)
- BUKAN SEBAB BOLA (Nadia Khan) 
- AKU YANG KEGERSANGAN (Syaihan Syafiq)
- SEPAK BOLA (Ridhwan Saidi)
- BAHLUL vs BEAUTIFUL (Shaz Johar) 

Pertama sekali, aku nak berterima kasih pada Amir Muhammad sebab bagi peluang kat aku dan penulis-penulis yang lain untuk menjayakan projek buku cerpen Bola ni. Kemudian, terima kasih pada Adib Zaini sebab cabar aku untuk buat satu cerpen untuk dimuatkan dalam buku ni. Kawan-kawan Idebewe yang selalu support aku yang selalu kurang keyakinan ni. Dan tak lupa pada Mama Abah yang selalu mendoakan kejayaan dalam hidup aku.

Seperti yang ditulis pada sinopsis di atas, buku cerpen Bola ini TAKKAN dijual di mana-mana kedai buku. HANYA DIJUAL DI EVENTS ATAU ORDER SECARA ONLINE SAHAJA. Buku ni juga LIMITED. Hanya ada 1, 500 keping. Dan ya, buku ni menampilkan koleksi cerita pendek. Kadang-kadang aku kesian pihak Fixi dok jawab soalan yang sama, berulang-ulang kali. Tapi dah kerja punya pasal, layan je. Buku cerpen Bola ni juga adalah sama nasibnya dengan buku cerpen Kopi.

Aku juga nak menampilkan petikan dialog, berserta dengan petikan mukasurat pertama untuk cerpen aku iaitu Burger Bola Special di bawah ni. Kenapa Burger Bola Special? Sebab ada tiga perkataan dalam satu ayat di situ, bersamaan dengan mempunyai tiga kejadian yang berlaku dalam satu hari tu. Plus, aku suka makan burger ayam special, tapi aku tak suka bola, jadi aku replace jela yang suka jadi tak suka. Ia datang secara random. Maafkan la aku kalau tak sedap.

Untuk order buku cerpen Bola ni, boleh la korang pi kat link bawah ni. Itu pun kalau stok online masih ada.
http://fixi.com.my/kedai/buku/fixi-bola/

Thursday, October 11, 2012

Di Sini Ada Damai [Cerpen]

Dua hari selepas aku turun dari kapal terbang itu.
Dua hari selepas aku keluar dari lapangan terbang itu.
Dua hari itu jugalah aku berasa bebas berterbangan.

Pada mulanya, aku keliru. Aku tak tahu nak buat apa di sini. Awalnya, aku hanya tempah dan beli tiket ke sini. Kemudian, jejak saja kaki ke sini, aku melangkah ke hotel murah yang ada di pinggir bandar. Dan kemudian... aku lupa apa yang aku buat. Sehinggalah aku ingat balik yang aku mahu merehatkan minda. Omputih Melayu kata, release tension.

Aku bangun.
Aku berjalan.
Dan berjalan lagi.
Sehinggalah aku terjumpa satu sungai.
Sekitarnya ada rumput yang tumbuh menghijau.
Dan...
Ada bunga dandelion!

Apabila angin bertiup, bunga-bunga kecil berwarna putih yang merupakan benih-benih bunga itu pun ikut terbang bersama. Aku lihat ia bagaikan masalah-masalah yang berserabut di kepala ku ini, pun ikut pergi bersama angin dan benih bunga tersebut. Ringan! Kalau boleh, aku mahu seperti tadi, hari-hari, setiap masa!

Aku suka tempat ini.
Aku tak mahu pulang lagi.
Aku mahu tinggal di sini.
Sebab...
Di sini ada damai.

Dua hari kemudian aku kembali ke bilik ini.
Dua hari kemudian aku baring menelentang di atas tilam.
Dua hari itu jugalah aku termenung memandang siling.

Akhirnya, aku pulang ke neraka dunia milik ku. Perlu menghadap boss yang cengeh. Perlu menghadap kawan-kawan palsu. Perlu menghadap kerja harian yang sikitpun tak mendatangkan untung. Tapi aku perlu mencari jalan agar aku dapat merubah segala di sekelilingi aku. Agar aku dapat merasakan... di sini juga ada damai.



Wednesday, September 26, 2012

Sebagai Seorang Kawan [Cerpen]

Dulu, aku ada seorang kawan. Nama dia Jamil. Selalu juga berbual di telefon, bersembang di YM, dan kerap berjumpa selepas dia habis kerja pejabat, tak pun ketika hujung minggu selepas dia selesai kelas.

Dulu aku seorang yang carefree, ceria. Dia pula seorang yang yakin, bekerjaya. Aku dengan dia, sangat jauh berbeza. Dia pun tak kisah dengan aku, aku okay jela.

Dah setahun berkawan, aku mula rasa something kat dia. Dia buat cool, aku pun buat cool. Sampai satu masa, dia bagitau juga. Aku blur kejap, tapi still berkawan macam biasa. Dia pun okay je, aku pun okay jela.

Lama-kelamaan, dia bosan mungkin. Dia mahukan jawapan. Aku diam dan mula rimas. Aku mula biarkan segala panggilan, segala chatting, segala SMS. Walaupun rindu nak lepak dengan dia, aku buat-buat okay je sepanjang masa. Aku nak hubungan kami sekadar kawan. Maafkan aku.

Sampai satu masa, dia dah tak SMS, dah tak call, dah tak chat lagi dengan aku. Rasa lega, tapi risau. 'Eh, dia tak ajak aku lepak lagi ke?' ' Dia dah tak nak bergurau dengan aku lagi ke?' Haih~ entahlah.

Dua tahun berlalu, aku masih ingat hubungan persahabatan kami. Aku tak tau apa khabar dia. Aku tak tau dia masih guna nombor telefon yang sama ataupun tak. Aku... takut nak tegur dia kat YM setiap kali aku online. Dua tahun ni juga la aku simpan rasa bersalah aku kat dia.

Sebagai seorang kawan, aku rindukan dia.
Sebagai seorang kawan, aku bersalah kat dia.
Sebagai seorang kawan, aku cuma mahu dia gembira.
Walaupun tanpa aku.

Thursday, September 20, 2012

Book Review: Buku Cerpen Nadia Khan

Khas untuk cik direktor kesayangan aku, Nadia Khan (cewaaah~).

Penulis: Nadia Khan
Harga: RM 18.90
Halaman: 263 mukasurat
Cetakan Pertama: September 2012
Sinopsis: Buku CERPEN ini menghimpunkan 17 cerita pendek dan juga 3 skrip filem pendek yang dihasilkan oleh Nadia Khan. Kebanyakannya ditulis dan diterbitkan di pelbagai majalah dan akhbar sebelum novel sulungnya KELABU muncul pada Disember 2011.
Cerita-cerita dalam kumpulan ini banyak berkisar tentang cinta, keluarga, sahabat, dan kerjaya. Turut diselitkan cerpen-cerpen yang diilhamkan oleh hidup penulis sendiri sebagai pelajar dan orang yang berkhidmat dalam bidang perubatan dan pendidikan.

Senarai penuh kandungan buku Cerpen Nadia Khan: 
- Mana Dia Pergi?
- Puaka Pak Jaha
- Pinjam Masamu, Kak
- Lara Di Hati
- Cikgu Din
- Teleportasi
- Janji Kak Long
- Nasi Putih Daging Cincang
- Epilod Damak
- Anak Dinihari
- Cili
- Kopi Tiga Suku
- Budak Baru
- PWTC
- Kopi Kola
- Kopi, Adele dan Bubur Ayam McD
- Cinta Sekeping Tisu
- Ada Apa Dengan Kina
- Aku, Kesesatan dan Kelab Penari Bogel
- Nakahari

Aku malas nak cerita panjang la pasal penulis Nadia Khan ni sebab dia ni dah capai tahap retis kat Buku Fixi. Even kalau aku jumpa kawan-kawan yang tau aku bekerja dengan Fixi pun mesti tanya aku "ada buku Kelabu free tak?", ek-eh~ banyak la cekadak free. Aku pun beli sendiri buku tu and sampai sekarang buku tu ada orang buat harta tak reti nak pulangkan balik kat aku.

Okay, lupakan pasal buku Kelabu. Aku nak promote la buku Cerpen ni pulak. Seperti yang tertera kat sinopsis di atas, buku ni mengandungi 17 cerita pendek dan 3 skrip filem pendek. Tapi penulis dia tak pendek la haha! Overall, aku suka dengan gaya penulisan penulis. Kekuatan dia ada kat jalan cerita dan dialog. Sempoi, menarik, santai... SMS gitu short-form nya~

Antara banyak-banyak cerpen dalam buku ni, cerpen PINJAM MASAMU, KAK ada buat aku termenangis masa tengah buat proofread buku ni. Hati ni tersentuh kejap masa baca perenggan dalam mukasurat 42, masa dia kata nak pinjam masa tu. Pastu cerpen ANAK DINIHARI lak, aku suka mungkin sebab ceritanya di mana watak utamanya yang mahu buat sesuatu pekerjaan yang dia sendiri minat, tanpa kita fikir pekerjaan tu high-class, mid-class or low-class sekalipun, asalkan ia halal.

Skrip filem pendek lak aku suka CILI. Ia sebuah skrip yang simple, dan diselitkan lawak di mana cili itu sendiri menjadi subjek utama dalam skrip. Masa baca tu, aku dah mula bayangkan Mamu dok cari cili. Kenapa Mamu? Aku pun tak tau...

Bagi yang tak sempat beli buku cerpen KOPI, tulisan Nadia Khan dalam buku tersebut yang bertajuk KOPI KOLA juga diselitkan bersama dalam buku Cerpen ni.

Dan sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih untuk Nedd sebab letak nama aku dan kawan-kawan Idebewe kat kredit untuk cerpen NAKAHARI. Nice to meet you and be a lovely editor for your book and the production house =)
- ni kat muka depan -

- ni lak kat page Nakahari - 

Bagi yang nak beli buku Cerpen Nadia Khan secara online, bolehlah klik kat link bawah ni untuk membuat tempahan.
http://fixi.com.my/kedai/buku/fixi-cerpen-nadia-khan/

Saturday, September 15, 2012

Book Review: #Ketakutan

Dalam banyak-banyak buku keluaran Lejen Press yang pernah aku baca, ini yang paling aku suka. Mungkin sebab genre horror dan thriller yang ada dalam buku ni. Sebati dengan jiwa dan minat dalam pembacaan aku.

Penulis: Various
Harga: RM 19.90
Halaman: 177 mukasurat
Sinopsis: Ia satu lumrah dan fitrah. Daripada ketakutan muncul semangat dan keberanian. Malah ego, marah, benci, dendam, cinta juga boleh beranak membiak dari ketakutan. Baik ia tampak jelas di mata kasar mahupun terselindung di sebalik hijab, seru sebuah ketakutan itu bungkus dalam buku ini.

Buku ni mengandungi cerita daripada 15 orang penulis yang disauk dari pelbagai ceruk. Ada yang buat cerita misteri, ada gak cerita seram. Bawah ni adalah list tajuk bagi setiap penulis:
- PESAN LISA (Aisa Linglung)
- ROSE & LAILA (Izwan Hafifi)
- TILAM (Hazrul Rizwan)
- PARANORMAL (Amal Hamsan)
- REBORN ALYA (Wan Shafiq)
- CORO (Gaban Morka)
- TEDDY BEAR KUNING (Amirul Bozu)
- SKETSA MAYA RUMAH KEDAI NYONYA JUN (Ophan Bunjos)
- FREEDOM (The Bent Pencil)
- JIPEZ KERIPEZ (Nash Azly)
- CUAK (Shafiq Helmi)
- KORBAN JUDAS (Fikri Misti)
- PISANG (Razman)
- SERIAU DI SEBALIK PULAU (Syahid Abdullah)
- DESTINASI TERAKHIR (KHRLHSYM)

Antara 15 cerita dalam buku ni, aku paling suka SKETSA MAYA RUMAH KEDAI NYONYA JUN karya Ophan Bunjos. Jalan ceritanya memang menarik. Juga ada twist pada akhir cerita. Kita dah expect benda lain, lain pulak cerita yang jadi, itu yang aku suka. Cara penyampaian cerita pun jelas, itu yang buat aku faham, sekaligus otak aku ni terus interpret macam mana kalau cerita ni dijadikan short-film... ha~ sampai ke situ aku terbayang!

Cerita CORO juga menarik, tapi mungkin ada yang geli la kot. Nak pulak yang spesis takut lipas macam Raja Faisal, hikhik! Haritu aku bagi dia tengok gambar depan cerpen tu pun dah marah aku.... acane?

Bagi cerpen yang lain pun, tak kurang hebat gak la. Mungkin ada yang menulis dari pengalaman dan idea mereka. Mungkin juga dari cerita orang lain dan digarap dengan cara dan style sendiri. Overall, aku suka dengan cerita dalam buku ni. Memang tak rugi kalau korang beli buku ni. Bukan selalu korang baca buku camni, kan~

Bagi yang mahu membeli buku ni secara online, boleh la klik ke link kat bawah ni:
http://shop.lejenpress.com/shop/ketakutan/

This is Hani