Monday, January 31, 2011

Dua hari yang memenatkan tapi best!

Salam!

Lama Hani tak online. Busy meng-enjoy-kan diri dengan sahabat dan orang tersayang. Otak stres dok fikir pasal final project. So dua hari ni, Hani rest jap, kasi hibernate otak dan laptop, hehe!

Hari Sabtu, Hani keluar dengan Yan gi Plaza Alam Sentral. Dia stres dengan kerja kolej, dan kebetulan nanti dia ada tournament bowling. So dia ajak aku untuk teman dia gi main boling. Dia nak cari balik skills dia, aku okay jela. Aku pun nak kena rilex kan otak. Join jela dia main boling ni. Leh have fun sekali. Pastu kitorang gi karaoke sementara tunggu turn boling. Nak tau kami melalak lagu apa? Meh sini Hani list kan lagu-lagu yang kitorang melalak tu dari awal sampai habis.
  • Buat Aku Tersenyum - Sheila On 7
  • Karma - Cokelat 
  • Suara Hati - Nike Ardilla 
  • I Want To Hold Your Hand - The Beatles 
  • Khatimah Cinta - 6ixth Sense
  • Ku Katakan Dengan Indah - Peter Pan
  • Itu Aku - Sheila On 7
  • Dan - Sheila On 7
  • Melompat Lebih Tinggi - Sheila On 7
  • Pijak Hatiku - Hujan
Aku pun tak tau kenapa. Banyak lagu Sheila On 7 nampaknya.... sebab aku malas nak pilih artis punya pasal, so lepas satu lagu, terus masuk lagu lain dari artis yang sama. Tak apa la.. yang penting, release tension! 

Hari Ahad pulak! Dengan Abang Ojex sayang la kan hehe! Mula-mula gi JJ Bukit Raja. Niat nak tengok wayang, tapi wayang lak macam kilanat! Tak ada movie best lak. Lepas lunch kat sana, terus tembak gi Plaza Alam Sentral, boling lagi! Bukan selalu dapat keluar enjoy happy-happy dengan dia. So kena hargai la masa tu kan. Dia dah la busy kerja, pastu dengan show apa bagai. 
Tapi hari Ahad ni satu hari hujan je. Best sangat! Tapi aku lupa lak... kaki aku tak boleh dengan cuaca sejuk. Maklumlah.. aku ni sakit. Kaki kanan aku malam ni seriously sakit sangat! Kalau lah penyakit aku ni ada ubat, dah lama aku gi berubat kasi okay. Tapi macam doktor pernah bagitau aku dulu la. Penyakit ni tak boleh nak sembuh, tapi cuma boleh kurangkan atau melambatkan pembiakan penyakit tu je. Rasa kecewa je dengar. Tak apa la.. tahan jela. Macam la ni kali pertama tahan sakit camni. 

Papahal, tadi memang happy!

Saturday, January 29, 2011

Hobi baru Hani kat rumah sewa

Nak tau tak apa aku buat selama aku dok rumah je sepanjang semester ni? Meh sini, buka mata luas-luas. Baca kasi jelas!

#1 suka jadi bibik, kemas-kemas rumah.
#2 suka hempas pintu kuat-kuat kalau marah.
#3 suka sound setepek dengan harapan orang tersebut berubah tapi...
#4 suka sental lantai bilik air, sinki, dan dapur dengan jayanya.
#5 suka tengok tong sampah penuh, ikat, dan buang sampah tu kat luar rumah sambil tersenyum.
#6 suka buang makanan orang lain yang dah berkulat.
#7 suka cuci periuk belanga yang banyak berjasa kepada orang yang lapar.
#8 suka lap meja yang penuh dengan sisa yang tumpah dan berminyak.
#9 suka susun barang orang lain yang penuh bersepah.
#10 suka jalan malam sorang-sorang kalau dah terlalu marah sangat!

Kepada korang yang terasa tu, aku dah malas la nak cakap. Sama jela perangai! Berubah pun takat 2, 3 hari baik tak payah! Korang dah besar kan? Dah boleh kahwin, dah boleh tengok 'blue', dah boleh buat anak, dah boleh fikir kan?


So, fikir-fikir la. Jangan nak sensitif sangat sampai nak touching 2, 3 bulan dengan aku. Bukan niat aku nak burukkan korang kat blog aku, tapi tu lah! Ada sesetengah yang okay tu, terima kasih banyak-banyak. Yang tak okay tu, TOLONGLAH! Azab aku yang rasa, korang apa tau?

Friday, January 28, 2011

Ijazah Sarjana The Beatles, cambest je kan!

Salam semua!

Aku sebenarnya bosan tahap apa pun aku tak tahu hari ni. Aku senyap je satu hari ni. Entah la.. marah, happy, semua bercampur. Banyak sangat yang aku simpan dalam hati ni sampai aku malas nak menghadap muka korang sorang-sorang.

Dok tengah memasak kat dapur tadi, aku baca la paper. Entah siapa punya paper pun aku tak tau, baca jela. Paper Kosmo! hari Jumaat 28hb Januari 2011. Dok tengah belek-belek, tiba sampai satu page ni aku rasa macam menarik sangat. Ruangan dia kecil je. Tajuk dia 'Graduan pertama Ijazah Sarjana The Beatles'. Pastu ada gambar seorang perempuan tersengih pakai baju konvo. Wow! Ada juga ijazah macam tu eh? Menarik dan... unik!
The Beatles 

Course tu mengajar student tentang bunyi studio, komposisi band The Beatles, macam mana Liverpool bentuk muzik The Beatles tu, macam-macam lagi la! Kiranya students akan belajar semua tentang band The Beatles.

Korang masih tak percaya ke ada course ni kat universiti? Course tu cuma ada kat Liverpool Hope University je. Nak tengok bukti? Meh sini tengok mai.
(klik untuk paparan besar)

Ni pulak berita yang aku baca dalam blog siapa pun aku tak tau, yang bagitau tentang graduan yang berjaya dalam course The Beatles tu - Woman Earns Beatles MA.

Kat Malaysia bila lagi nak buat camtu eh? Mana tau nanti ada Ijazah Sarjana Muda Siti Nurhaliza, atau... Diploma Grey Sky Morning? Haha!

Thursday, January 27, 2011

Ucapan Terhormat

Salam semua!
Semalam Dash suruh aku 'jaga diri' kalau tengok handycam aku tu. Hmm... apa la yang Dash dah buat ni ye? Tadi lak Rehana pulangkan handycam tu. Terima kasih banyak-banyak kawan!


Good luck on final project tau korang!

Wednesday, January 19, 2011

Official Supporting Blog for The Overtime Band?

Macam tak percaya lak bila aku masuk page band The Overtime tadi. Aku tak tau la bila diorang edit ruangan tu. Ada lak 'Official Supporting Blog' kat situ. Dan-dan blog aku naik ni. Ni mesti kerja Boo. Aku agak je. Haha! Thanks buddy! Lagu korang pun sekarang ni dah jadi permintaan fans korang. Congratulations!

Apa-apa hal, aku still nak promote diorang. Bukan sebab diorang kawan aku, tapi aku dapat rasa yang diorang ni ada potensi nak berjaya dalam bidang ni. Gigs pun dah banyak diorang amek. Lagu pun.. not bad! Performance.. terbaik! Keep on rocking guys!

The Overtime band's Official Page http://www.facebook.com/lebihmasa
Kalau korang nak download lagu-lagu The Overtime, korang leh cari dalam entri lama aku, atau korang leh klik sini; Band Expose: The Overtime. Download, dengar, dan layan, kemudian support okay? ;) 

This is Hani