Sofia
dan Sufian adalah sepasang kembar yang berlainan rupa dan perangai. Sofia
keluar awal 8 minit dari Sufian. Namun Sufian kerap kali menegaskan bahawa
dialah yang paling tua, dialah abang kepada Sofia kerana dia percaya bahawa
seorang abang atau kakak akan memberikan laluan kepada adiknya untuk keluar
dahulu dari rahim ibunya. Ah, dasar orang yang tidak boleh terima kenyataan!
Satu
hari, mereka keluar berjalan ke sebuah taman permainan. Debu-debu kelabu yang
menjadi lantai taman itu dipijak dengan berhati-hati. Takut-takut terpijak besi
tajam yang boleh melukakan kaki-kaki mereka. Minggu lalu, taman permainan itu
habis musnah akibat terkena bedilan bom. Yang tinggal, cuma cebisan gelongsor
dan pacakan tiang-tiang buaian.
Mereka
berjalan sambil bersembang-sembang, buat menghilangkan sunyi. Sebuah beg
kantung besar disandang di bahu masing-masing. Mereka mengimbau kenangan semasa
mereka masih kecil waktu dulu. Di mana dunia masih aman dan tidak berperang
dengan negara-negara lain. Kini, semua itu cuma kenangan. Sejarah. Semenjak
perang terletus dua tahun lepas, mereka terpaksa hidup dalam keadaan yang daif
dan sesak. Terpaksa pecah masuk rumah orang-entah-siapa, serta mencuri makanan
di kedai serbaneka yang sudah ditinggalkan pemiliknya.
"Kau
ada dengar radio pasal butter fly
tu?" tanya Sufian setelah melabuhkan punggung ke atas kayu papan jongket.
"Ada.
Kenapa?" jawab Sofia.
"Diorang
kata butter fly tu keluarkan cecair
manis. Aku teringin nak makan. Lama kita tak makan benda yang sedap-sedap.
Asyik-asyik, kita kena makan..." Sufian memandang ke dalam beg kantungnya.
"...baked beans, sardin, jagung
tak pun cendawan dalam tin ni. Bosan la."
Sofia
memandang tajam ke arah Sufian.
"Kenapa?"
sergah Sufian.
"Kau
tau kan diorang kata cecair tu bahaya! Kau tak dengar berita minggu lepas ke?
Ada orang mati lepas makan benda tu," marah Sofia.
"Ala,
makan sikit je. Bukan boleh mati pun," Sufian melawan.
"Suka
hati kau la," kata Sofia dengan nada suara yang rendah. Seperti orang
malas untuk turut campur.
Sofia
lantas melangkah pergi meninggalkan Sufian terkulat-kulat di situ sebelum dia
bangun dari duduknya dan mengejar langkah kakaknya itu.
***
Langkah
diatur dengan berhati-hati apabila mereka masuk ke dalam semak tebal itu.
Untuk
meneruskan hidup, mereka perlu mencari makanan sendiri, selain mengharapkan
makanan yang diberi oleh pegawai-pegawai di base
camp.
Sedang
Sofia berjalan lebih dalam ke dalam semak itu, tiba-tiba dia menjumpai pokok
pisang setinggi lebih kurang dua meter dan di pokok itu tergantung setandan
pisang yang sudah menguning.
'Kalau aku bawak balik pisang ni
ke base camp, sure diorang happy. At least, ada jugak makanan lain selain sup
dan bubur tawar tu,'
fikir Sofia.
Pisau
yang terselit di pinggang ditarik keluar dan dia mengangkat pisau itu
tinggi-tinggi agar dia dapat menetak batang tandan pisang itu.
Baru
sekali tetakan, kedengaran suara Sufian memanggilnya.
"SOFIAAA!!!"
Tumpuan
Sofia terganggu, namun ditolehkan juga kepalanya ke arah suara Sufian.
"Kenapa?"
laung Sofia.
"Meh
la sini jap!"
Sofia
mendengus dan dia berjalan ke arah Sufian yang berada tidak jauh dari situ.
Sampai di satu kawasan yang redup dipayungi sepohon pokok yang besar, Sofia
berhenti. Kelihatan Sufian sedang bercangkung di bawah pokok itu.
"Apesal?"
Sufian
yang masih duduk bercangkung itu menoleh sedikit dan menggamit Sofia untuk
mampir dekat dengannya.
"Kau
jangan nak main-main pulak. Jom, tolong aku potong tandan pisang kat
sana."
"Sini
la! Sedap la benda ni. Kau kena try."
Sofia
berjalan mendekati Sufian.
"Apa
benda tu?" tanya Sofia. Kepalanya terjulur ke kiri dan ke kanan untuk
melihat 'benda sedap' yang dikatakan Sufian itu.
"Ni
hah." Sufian bergerak ke tepi sedikit supaya Sofia dapat melihat benda
yang maksudkan. Terdapat ketulan berbentuk segiempat seperti bentuk mentega dan
sedikit cair di tepi-tepinya.
Sufian
mencalit sedikit. Cecair likat itu bertali halus ketika Sufian mengangkat
jarinya dan dijilat sedikit calitan di jarinya itu.
"Mmm...
mmm... sedap! Manis dia... pergh! Kau kena try la," kata Sufian, teruja.
Dia mencalit lagi dan disuapkan ke dalam mulutnya lagi.
"Kau
jangan main makan je benda sedap camni. Mana tau racun ke apa, mana kita nak
tau," Sofia memperingatkan Sufian.
Dia
risau jika berlaku apa-apa yang tidak elok pada kembarnya itu. Nak-nak pula
bila hidup di dunia pasca perang dunia seperti sekarang. Dia sajalah
keluarga yang dia ada sekarang ini.
"Kalau
kau tak nak, aku habiskan. Sedap ni! Rugi kalau dibiarkan camni je tau!"
Sufian kembali menumpukan tumpuan dirinya pada cecair manis yang likat itu.
Sofia
menjeling geram. Ketika dia memusingkan badannya untuk berjalan kembali ke
pokok pisang tadi, dia terkaku. Matanya tertumpu pada sesuatu.
Seekor
lalat gergasi sedang bertenggek di atas batu - dalam 3 meter dari Sofia -
sambil memandangnya. Kepalanya terteleng-teleng ke kiri dan ke kanan. Sofia
menguis kakinya pada lengan Sufian yang duduk membelakangkan lalat gergasi itu.
"Kau
ni apesal main kuis-kuis orang ni?" marah Sufian kerana tindakan Sofia itu
telah mengganggu dirinya untuk terus menjamah cecair manis itu.
"Tu...
tu..." Suara Sofia cuma tersekat di rengkung.
Lalat
gergasi itu sepertinya tidak berbahaya. Ia cuma memandang sekeliling dengan
matanya yang besar itu. Kemudian, dia memusing-musingkan sedikit badannya dan -
'CRIIITTTT!!' - lalat gergasi itu telah 'membuang' sesuatu yang dia sangat kenal
bentuknya. Dan lalat itu terus terbang meninggi meninggalkan mereka.
Cecair
manis likat itu!
Sofia
pantas menarik lengan Sufian dan bergegas mahu pergi dari situ.
"Eh,
kau ni apesal? Tak nampak ke aku tengah ma--" Sufian terdiam ketika
mereka melintasi cecair manis likat yang ditinggalkan oleh lalat gergasi tadi
itu. "Eh? Ada lagi la!" kata Sufian dengan penuh keterujaan. Lalu dia
merentap lengannya dari genggaman tangan Sofia dan duduk melutut di hadapan
cecair manis likat itu.
"Kau
jangan makan tu lagi, boleh tak?! Benda tu tak elok la!" marah Sofia. Dia
berasa tidak sedap hati selepas dia melihat lalat gergasi dengan mata kepalanya
sendiri.
Sufian
mengabaikan kata-kata Sofia dan dia pantas mengeluarkan sebekas plastik
lutsinar yang masih kosong dan dimasukkan ketulan yang likat itu ke dalam bekas
itu. Bekas itu ditutup rapat dan dimasukkan semula ke dalam beg kantungnya.
"Serius
aku rasa tak sedap hati tengok kau makan benda tu," luah Sofia sebelum dia
berjalan keluar dari situ.
***
Malam
itu, Sofia, Sufian dan beberapa orang yang duduk base camp itu berlonggok beramai-ramai di depan unggun api.
Terdapat radio kecil yang menjadi penyampai berita terkini dunia. Begitulah
mereka setiap hari, setiap malam.
Setelah
penyampai radio menyampaikan keadaan semasa perang dunia, berita beralih pada
berita amaran kepada penduduk dunia agar berhati-hati dengan serangga yang
diberi nama 'butter fly' kerana
najisnya yang berbentuk seperti mentega dan rasanya yang manis itu mampu
membunuh manusia jika dimakan. Rupa butter
fly itu juga diberitahu. Berbentuk seperti lalat tetapi bersaiz besar
akibat terkena radiasi yang kuat membuatkan serangga itu berevolusi menjadi
besar sehingga mencapai saiz seekor kucing dewasa.
Sofia
tersentak. Info-info yang diberikan itu persis dengan apa yang dilihat siang
tadi. Dia memandang Sufian yang sedang duduk tidak jauh darinya. Sofia yakin
bahawa Sufian telah memakan najis butter
fly itu. Dia juga yakin serangga gergasi itu adalah butter fly walaupun dia cuba untuk menafikannya.
Akhirnya,
Sofia mengeluh dan tenggelam di dalam lamunannya sebelum terlena di kerusi
malas itu.
***
Tiga
hari berlalu, selama itu juga Sofia dan Sufian kerap ke hutan semak itu untuk
mencari makanan. Sofia mencari buah-buahan yang tumbuh meliar di dalam semak
itu, manakala Sufian pula mengambil 'bekalan' cecair manis yang likat itu
sebanyak yang mungkin. Dia menjadi semakin ketagih dengan makanan yang entah
dari mana datang itu. (Sufian masih tidak tahu itu adalah najis butter fly yang semakin kecoh di
berita-berita radio tempatan mahupun di radio luar).
Sedang
Sufian bercangkung untuk menyauk ketulan cecair likat itu masuk ke dalam bekas
plastik lutsinar yang dibawanya, tiba-tiba perutnya terasa sakit yang mencucuk
pedih.
"Aaarrgghhh!"
Sufian mengaduh. Tangannya memicit perutnya.
Sofia
yang muncul di celahan semak sambil membawa beberapa bekas plastik yang diisi
dengan cendawan hutan itu berlari ke arah Sufian.
"Kau
apesal ni? Okey tak?" tanya Sofia setelah dia duduk bercangkung di sebelah
Sufian yang masih terkerut menahan sakit.
"Entah
la. Aku rasa perut aku sakit sangat ni," beritahu Sufian.
Lantas
Sofia memegang perut Sufian. Tangannya dapat merasakan ada sesuatu bergerak di
dalam perut Sufian. Dia mereguk liur dan cuba untuk menenangkan dirinya.
"Jom,
kita balik. Kat sana ada paramedik, dorang boleh check kau nanti," saran
Sofia.
Sufian
terangguk-angguk. Dahinya habis lencun dengan peluh. Mukanya semakin berkerut
menahan sakit yang maha pedih itu. Badannya dipapah oleh Sofia sehingga mereka
tiba di base camp.
Penduduk
yang melepak berdekatan dengan pintu masuk base
camp itu pantas berlari menghampiri mereka dan turut membantu Sofia untuk
memapah Sufian ke khemah paramedik.
Mereka
semua kalut kerana sebelum ini Sufian kelihatan normal. Tiada tanda-tanda sakit
yang serius. Itu yang membingungkan mereka.
Sufian
dibaringkan ke atas katil yang kosong dan dia diperiksa oleh dua pegawai
paramedik yang bertugas. Sofia hanya memandang Sufian yang sedang meracau
kesakitan. Sedih dia melihat keadaan Sufian ketika itu.
"Jangan
risau, Sofia. Mungkin dia keracunan makanan je tu. Bagi kami check apa yang kami mampu dulu,
okey?" pujuk Joe merangkap ketua paramedik di situ.
Sofia
mengangguk. Matanya mula bergenang dengan airmata.
Tiba-tiba,
Sufian batuk teruk. Seminit, dua minit lamanya. Darah mula mengalir keluar dari
mulutnya. Paramedik terdekat mengambil sehelai tuala bersih dan mengelap darah
yang keluar dari mulutnya itu. Paramedik sempat menekup mulut Sufian dengan
tuala. Selepas batuknya berhenti, paramedik itu terkejut dengan apa yang
dilihat melekat pada kain tuala itu.
"Err...
Joe?" panggil paramedik itu. "Aku rasa kau kena tengok ni."
Joe
menghampiri rakannya itu. Sofia juga teragak-agak untuk mendekat. Di atas tuala
itu, terdapat beberapa ketulan darah beku dan juga beberapa ekor lalat kecil di
dalam takungan darah itu. Lalat-lalat itu masih lagi hidup. Setelah sayapnya
mulai mengering dari basah darah, ia mula terbang ke udara. Raut wajah Joe
menjadi tidak keruan. Lantas dia menoleh pada Sofia yang berada di sebelahnya.
"Awak
bagitau saya apa yang dia makan 2-3 hari kebelakangan ni. Ini bukan keracunan
makanan lagi ni, awak tau tak?" tanya Joe secara mendesak.
Mata
Sofia sekejap memandang ke arah Sufian yang terlantar lemah, sekejap lagi dia
memandang ke arah Joe dengan perasaan yang serba-salah. Beg kantung kepunyaan
Sufian yang disandang dari tadi dihulurkan pada Joe.
"Dia
ada kutip something kat dalam semak
tak jauh dari sini beberapa hari ni," cerita Sofia.
Joe
membuka tali beg kantung itu dan dikeluarkan sebekas kecil lutsinar yang diisi
dengan ketulan cecair likat di dalamnya. Raut wajah Joe menegang, lantas dia
menggeleng perlahan.
"Kau
tau tak apa benda ni?" tanya Joe secara berbisik.
Sofia
menggeleng.
"Ni..."
Joe menuding jarinya pada bekas lutsinar itu. "...benda ni la yang tengah
kecoh kat radio sekarang. Taik butter fly,"
jelas Joe masih dengan nada berbisik. "Haih, nampaknya benda tu dah ada
kat dalam area kita. Kita kena bagi warning
kat semua orang!"
"Habis
tu, macam mana dengan dia sekarang? Takde ubat untuk pulihkan dia?" tanya
Sofia dengan suara yang merendah dan sekat-sekat sedu.
Joe
menggeleng. "Telur butter fly tu
ada kat dalam najis yang dibuang tu. Ya, memang najis butter fly ni rasanya macam makan madu. Manis dan sedap seperti
yang diberitahu oleh mangsa-mangsa sebelum ni. Jika seseorang tu dah makan
najis tu, harapanlah. Benda yang dimakan akan jadi parasit dalam badan orang
tu. Organ dalaman akan dijadikan makanan and tunggu masa jela," jelas Joe
panjang-lebar.
Sofia
memejamkan matanya rapat-rapat. Dia tahu peratusan Sufian untuk hidup adalah
tersangat tipis. Hampir tiada disebabkan tiada peralatan atau vaksin yang boleh
digunakan untuk menghapuskan parasit yang berada di dalam perut Sufian itu.
Dari
jauh, Sofia memandang sayu pada Sufian dan dia melepaskan keluhan berat.
***
Keesokannya,
tubuh badan Sufian semakin mengering dan kulitnya pula seperti orang yang
mengalami bisul dan keradangan kulit yang serius. Darah mulai keluar dari
lubang-lubang luka dan lubang itu dijadikan 'laluan' untuk parasit yang
menumpang di dalam tubuh Sufian itu untuk terbang keluar.
Batuknya
juga tidak henti-henti sejak malam tadi. Batuk berdarah yang bercampur dengan
beberapa ekor lalat kecil itu membuatkan tekaknya menjadi semakin perit. Penat
kelelahan untuk terus batuk.
Di
sebelahnya, Sofia duduk menemani Sufian yang semakin nazak. Dia mengangkat
kepalanya memandang Sufian yang batuknya kian menjadi-jadi.
"Joe?
Joe!" panggil Sofia.
Terkedek-kedek
Joe berlari ke arahnya.
Sofia
terkaku melihat beberapa ekor lalat kecil keluar dari rongga-rongga tubuh
Sufian. Mulut, telinga, hidung dan luka-lukanya. Semakin banyak!
"What the...?" Joe juga terpegun.
Batuk
yang semakin menjadi-jadi itu membuatkan Sufian kelelahan. Pada nafas
terakhirnya, dia seperti orang tersedak air dan dari mulutnya yang ternganga luas
itu berbondong-bondong lalat kecil menderu keluar dari mulutnya. Mengosongkan
ruang perutnya yang kian mengempis.
Sofia
pantas berlari ke arah Joe dan mereka di dalam khemah paramedik itu semua
terkaku melihat kejadian itu. Ada juga yang tertunduk bersembunyi di bawah
katil, takut dari diserbu oleh serangga kecil itu.
Setelah
serangga itu keluar dari khemah tersebut dan terbang menghilang ke ruang udara,
Joe dan Sofia kembali menatap Sufian yang sudah kaku di atas katil. Tubuh
Sufian mengering, hanya tinggal kulit dan tulangnya sahaja. Luka-luka kecil
menjadi besar akibat dijadikan laluan untuk serangga parasit itu tadi keluar
dari tubuhnya. Sofia melangkah perlahan, mendekati mayat Sufian. Dan dia
terduduk di hujung katil, menangis semahunya.
Joe
menghampiri Sofia dan menggosok-gosok bahunya. Cuba menenangkan gadis itu dari
terus bersedih.
***
Senjata
yang tersusun di atas meja itu diambil. Satu persatu diperiksa. Kondisi dan
peluru semuanya dalam keadaan yang baik. Kemudian, dihulurkan kepada Joe. Sofia
melemparkan senyum pada lelaki itu.
Hari
ini, genap 900 hari mereka berperang dengan serangga gergasi bernama Butter Fly itu. Semenjak Sufian mati,
mereka nekad untuk terus memerangi serangga parasit itu.
Sebelum
ini, mereka telah ke Zon A dan Zon B untuk memusnahkan tempat serangga itu
membiak secara berkumpulan. Kali ini mereka perlu ke Zon C di mana terdapat
'sarang utama' serangga Butter Fly
tersebut.
Sofia
mencapai flamethrower dan bersedia
untuk memulakan operasi.
"Are you ready?" tanya Sofia dengan
suara yang penuh yakin.
Terkelip-kelip
satu baris ayat di skrin.
- PLEASE
INSERT COIN(s) PLAYER ONE -