Erry
melabuhkan punggungnya di sofa lunyai yang terdapat di ruangan menunggu di luar
studio. Kusyennya yang diletakkan sebagai alas duduk di sofa itu juga sudah kian
terperosok ke dalam akibat kerap diduduk oleh ramai orang yang datang ke studio
jamming tersebut.
Di
sebelahnya pula, Pijan sedang duduk sambil menukar tali gitarnya.
"Wa~
cantik gitar kau!" puji Erry selepas meneguk air mineral yang baru dibeli di
kaunter tadi.
Pijan
tersenyum. "Ni gitar lama aku. Gitar paling first yang aku beli. Tu pun second-hand,
tapi aku suka dengan gitar ni," cerita Pijan.
Erry
meneguk sekali-dua air mineralnya dan bertanya, "Kenapa ek?"
"Sebab
gitar ni aku beli dengan duit yang aku simpan sendiri. Masa tu aku still study sambil kerja jadi mekanik kat bengkel Pak Ya tu.” Pijan
mendekatkan badannya kepada Erry, membiarkan gitarnya terbaring di atas
ribanya. “Kau bayangkan eh, brader tu jual RM1000, aku bayar deposit RM300,
lepas tu aku bayar monthly. RM100
sebulan, sampai langsai."
"Sanggup
kau eh. Masa tu gaji kau berapa je. Larat pulak?"
"Kalau
dah nak tu, sanggup je weh."
Walaupun
Pijan tua 6 tahun dari Erry, namun mereka rapat seperti rakan sebaya. Mana
taknya, disebabkan Pijan, minat Erry terhadap muzik makin menebal kerana Pijan
telah banyak mengajar Erry tentang muzik, lebih-lebih lagi dalam bermain gitar.
Tiba-tiba,
bahunya dilanggar oleh seorang lelaki yang baru saja keluar dari salah satu
bilik studio. Di tangannya sarat dengan sebuah gitar dan juga mesin
multi-effect.
“Sorry,
bang. Tak sengaja.”
Erry
sekadar mengangkat tangannya tanda ‘okey’.
Dilihatnya,
lelaki itu mendapatkan seorang perempuan berdekatan kaunter dan memeluk
pinggang perempuan itu.
‘Kalau kau nak jadi gitaris yang terbaik, kau kena ada awek!’ Tiba-tiba suara Pijan bergema dalam kepalanya ketika dia sedang bermenung. Pesanan yang pernah dilontarkan oleh Pijan satu masa dulu, semasa dia baru berjinak-jinak untuk belajar bermain muzik di dalam band.
Hai, syoknya kalau ada awek…
Erry
memandang ke arah Pijan yang kembali tekun menukar tali gitarnya. Masih ada dua
tali yang masih tidak dipasangkan lagi.
"Kau
rasa, awek yang macamana sesuai dengan aku?"
Pijan
menghentikan kerjanya dan menoleh pada Erry. "Dalam bab pilih awek, kau
kena memilih. Tapi make sure kau
pilih yang terbaik dan yang kau selesa. Jangan ikut orang, jangan yang tangkap
muat. Nanti tak best."
"Kau
suggest la." Mata Erry melilau
di sekitar ruangan menunggu di luar studio. Kelihatan seorang perempuan yang
tebal make-upnya dengan gincu merah-mak-ngah
tercalit pada bibirnya. Tangannya memegang leher gitar Stratocaster yang terdapat
jalur merah-putih di badan dan dua-tiga bintang berwarna biru-kuning di kepala
gitar. "Kalau macam tu?"
"Huih~
high maintenance tu. Kau larat ke nak
jaga awek gitu?"
Erry
terdiam. "Betul jugak tu. Gaji kita kerja kat kedai buku tu pun berapa
je."
"Takpe.
One day nanti kau sure dapat apa yang kau nak," pujuk
Pijan, kemudian dia menyambung semula kerja memasang tali gitar.
Lantas,
Erry mengetap giginya. Dia perlu cari satu yang sesuai untuk dirinya.
***
Pulang
dari studio, Erry terus menghidupkan kuasa laptopnya dan duduk di hadapan
skrin. Jarinya menggentel-gentel scroller
pada mouse atas-bawah. Setiap ruangan
sosial dimasuk, teman-teman ditanya buat dicarikan awek. Mana tahu ada yang
masih tak punya, boleh dia mencuba, asal kena dengan caranya.
Namun,
sia-sia. Banyak yang dia tak berkenan. Bila dah berkenan, tak mampu pula. Bak
kata Pijan tadi, high maintenance!
Akhirnya,
Erry mengeluh.
***
Selesai
menyusun buku di rak yang ditetapkan mengikut genre masing-masing, Erry
menghampiri Pijan yang sedang menampal sticker
harga pada setiap buku di kaunter.
Sudah
hampir 8 bulan mereka bekerja di kedai buku yang tidaklah besar seperti kedai
Fofuler atau MP-Eh itu. Tapi mereka tetap berasa gembira bekerja di situ. Bila
bosan, boleh baca buku.
"Aku
rehat dulu tau. Kau ada nak kirim apa-apa tak untuk rehat kau nanti?" tanya
Erry.
"Ermm,
takpe la. Nanti aku kena turun gak. Nak keluarkan duit."
“Okey.
Apa-apa hal, mesej la.” Erry terus berjalan keluar.
Namun,
pada ketika Erry menoleh ke luar kedai, dia ternampak seorang perempuan.
Tangannya menjinjing beg casing gitar
berwarna hitam. Kelihatan perempuan itu meletakkan beg casing gitar itu ke atas meja mempamerkan gitarnya pada Ah Chong, tuan
kedai peralatan muzik yang berada di seberang kedai buku, tempat Erry bekerja.
Perempuan itu bersembang-sembang dengan Ah Chong.
Cantik.
Badannya berlekuk dan lehernya yang panjang itu seperti memanggilnya untuk dia
pegang dan melaga gigi di situ.
"Kau
apehal tercegat kat situ lagi? Kata nak pi rehat?" sergah Pijan.
Erry
tersentak. Lamunannya berkecai. Pantas dia menoleh pada Pijan.
"Bro,
aku rasa aku dah jumpa awek. Cun sangat."
"Mana?"
tanya Pijan, ingin tahu.
"Tu."
Erry menudingkan jarinya ke arah kedai muzik milik Ah Chong itu.
Pijan
mengecilkan mata. Fokus pada awek yang Erry maksudkan. "Kau sure ke nak yang macam tu?"
"Sure la! Awek macam tu la yang aku
idam-idamkan selama ni. Simple tapi smart!" puji Erry.
"Heh,
suka hati kau la. Asal kau okey, aku pun okey."
Pijan
menyambung kerjanya menampal sticker
pada buku semula. Manakala Erry menoleh semula ke arah kedai Ah Chong.
Perempuan
yang membawa gitar itu tadi melambaikan tangannya pada Ah Chong dan berlalu
pergi meninggalkan gitarnya di atas meja kaunter.
Erry
mengambil kesempatan untuk mendekati Ah Chong.
"Helo,
Chong! Amacam bisnes? Ada okey ka harini?" tanya Erry berbasa-basi.
"Macam
biasa la. Okey-okey saja. Lu apa cerita?"
"Takde
apa la. Saja je datang, nak tanya something."
"Apa
dia? Tanya, tanya."
"Awek
yang tadi tu... yang datang sini tu siapa? Ni... gitar dia ke?" tanya Erry
sambil memegang gitar yang masih terletak di meja kaunter. Jarinya bermain-main
dengan tali gitar tersebut. “Macam power
je? Saya rasa saya sudah fall in love
la, Chong.”
"Itu
amoi ka? Nama dia Suzie. Ada band, manyak power!
Ramai sudah crush sama dia,"
cerita Ah Chong. Kemudian dia mendekatkan badannya pada Erry. Kepala didongak
sedikit, mendekatkan mulutnya pada telinga Erry dan dia berbisik, "Lu suka
sama dia ka?"
Erry
tidak menjawab. Malah dia cuma tersengih saja.
***
Sudah
beberapa hari Erry menahan. Kali pertama Erry terlihat sesuatu yang dia idamkan
itu, dirinya seperti tak sabar untuk mendapatkannya. Hatinya seperti mahu
keluar dan menyampaikan hajat yang terpendam itu. Dia mesti nekad untuk menghubungi
gadis bernama Suzie pada malam ini.
Kertas
kecil yang tercatit nombor henfon Suzie yang diberi oleh Ah Chong itu
dikeluarkan dari celahan walletnya.
Lama dia memandang cebisan kertas itu. Kemudian, dia mencapai henfon dan
berkira-kira untuk menghubungi Suzie.
Tertera
jam di skrin henfonnya. 01:18. Erry menekup henfon pada dadanya.
'Ah... mungkin dia dah
tidur',
fikir Erry.
Setelah
beberapa saat, dia mengangkat semula henfonnya dan berkira-kira untuk menghantar
SMS saja pada Suzie sebagai mukadimah.
- Hello! Saya Erry.
Awak Suzie kan? Yg aritu dtg kat kedai Ah Chong tu? -
Pantas
dia menekan butang 'send'. Tangannya sedikit menggigil. Terus dia mencampakkan
henfon ke sisi.
Selepas
hampir 20 minit dia termenung memandang kipas siling yang berpusing tahap
kelajuan yang sederhana, henfonnya berbunyi - tanda SMS masuk.
Ketar
tangannya makin menjadi. Bukan setakat takut, malah terlebih eksaited.
Kandungan SMS dibaca.
- Ye saya? -
Erry
tersenyum. Dia sempat menekupkan mukanya dengan bantal, menahan malunya sendiri
walaupun hanya dia seorang saja di dalam bilik itu.
Setelah
perasaannya kembali stabil, Erry kembali menatap skrin henfon dan menekan-nekan
keypad - membalas SMS Suzie -
sehinggalah mereka berdua berhenti ber-SMS. Erry terlena selepas tidak dapat
menahan kantuknya.
***
Empat
hari berlalu selepas sesi Erry dan Suzie berkenalan. Hari ini, Erry dan Pijan
mengular sebentar ke kedai Ah Chong – macam biasa.
Erry
mencapai gitar milik Suzie yang ditinggalkan di kedai Ah Chong itu dan
diletakkan di ribanya. Satu persatu tali dipetik untuk tune semula keynya yang
sedikit sumbang.
Di
kaunter, Ah Chong duduk sambil membaca suratkhabar. Manakala Pijan hanya
memandang Erry yang nampaknya semakin angau dengan awek yang dikejarnya itu.
"Lepas
kau dapat awek ni, sure kawan-kawan
lain jeles tengok kau punya. Dah la mantap, ye dak?" usik Pijan.
Erry
tergelak kecil. "Mana ada mantap, Jan. Biasa-biasa jela."
Erry
mengangkat gitar itu dari ribanya dan disandarkan pada besi stand yang terdapat di hujung sudut
kedai. Gitar itu dipandang lama-lama, buat lepas rindu.
"Haiya,
lu ni. Apa pasal pandang gitar tu ja? Rindu itu amoi ka?" giliran Ah Chong
pula mengusik membuatkan Erry malu-malu untuk tersenyum.
"Saya
dah tak sabar sangat la, Chong. Lama sangat saya cari yang perfect macam tu." Erry terdiam sebentar sebelum menyambung,
"Esok dia nak jumpa saya."
"Wa~
tahniah! Tahniah! Lu manyak lucky
la." Ah Chong mencapai tangan Erry dan digenggam erat. Nampak gembira
sangat.
Erry
dan Pijan tertawa melihat gelagat Ah Chong. Kemudian, Erry kembali memandang ke
arah gitar itu. Semakin dia pandang gitar itu, semakin dia tidak sabar untuk
berjumpa dengan Suzie. Seperti dia mahu terus bersama dengan gitar itu. Namun,
dia harus bersabar.
Hatinya
nekad. Dia mahu yang itu. Itu saja.
***
Seperti
yang dijanjikan, Suzie datang berjumpa dengan Erry. Tapi dia datang terlebih
awal dan dia harus menunggu lagi sepuluh minit untuk Erry menghabiskan waktu
kerjanya.
Buat
sementara waktu, Suzie berlegar-legar di dalam kedai buku tersebut. Mana tahu,
ada buku yang menarik hatinya untuk dibeli.
Di
dalam stor pula, Erry menjadi semakin gementar. Hari ini adalah harinya.
Sebentar lagi adalah masa yang ditunggu-tunggukan selama ini.
"Chill, bro! Kau dapat awek harini,
takkan nak takut macam ni?"
"Bukan
takut, tapi terlebih eksaited sebenarnya." Erry berjalan ke hulu ke hilir
di dalam stor itu bagi menghilangkan keterujaannya itu. "Kau sure ke tu sesuai dengan aku?"
"Kau
sendiri dah selesa, kau sendiri yang rasa. Kau kata okey, itu yang kau nak, itu
la yang kau pilih... ke kau ada pilihan yang lain?"
"Eh,
mana ada,” nafi Erry. “Itu yang tetap kat hati aku. Aku pandang yang lain, yang
tu gak hati ni nak."
"Kalau
macam tu, kau keluar sekarang, pi jumpa dia. Lagi cepat kau selesaikan, lagi
cepat level eksaited kau ni turun
nanti."
"Okeh,
okeh." Erry mengangkat ibu jarinya menandakan yang dia akan baik-baik saja
nanti.
Dia
keluar dari stor yang terletak di belakang kedai dan menghampiri Suzie yang
berada di rak Self-Help.
"Awak
ada nak beli apa-apa ke?" tanya Erry teragak-agak.
Suzie
sedikit tersentak. "Eh, takde la." Dia mengukir senyum. "Dah
habis kerja?"
Erry
mengangguk, gugup.
"Jom!"
ajak Suzie dan dia mengukir senyum lagi membuatkan Erry semakin tak keruan.
Mereka
mula berjalan keluar dari kedai buku itu dan memasuki kedai Ah Chong. Dari jauh
lagi, Erry nampak, Ah Chong sudah melemparkan senyuman paling lebar yang dia
boleh ukir.
"Helo,
Suzie! Lama tak nampak. Lu punya gitar talak siapa mau angkat lagi la. Lu
datang sini mau angkat balik jual sendiri ka?" Belum sempat Suzie untuk
menjawab soalannya, Ah Chong pantas menyergah Erry dengan, " Haiya, lu dah
jumpa ini... apa lu orang panggil? Awek ar? Ha, awek! Apa pasal datang dating kat sini lagi?"
Erry
terkerut dahi, manakala Suzie kebingungan.
"Bila
masa pulak saya kata nak dating ni,
Chong?"
"Bukan
lu ada mintak contact number ini amoi
Suzie haritu? Lu kata dah fall in love
sama dia haritu."
Erry
pantas melempiaskan tawanya. Suzie yang tidak tahu apa-apa itu tersenyum segan.
Tak pasal-pasal dia diheret sama dalam salah faham Ah Chong.
"Memang
la saya sudah fall in love, Chong.
Tapi saya fall in love dengan tu
ha..." Erry memuncungkan mulutnya ke arah gitar Suzie yang tersandar di
besi stand gitar. "...dengan
gitar tu."
Pijan
datang menghampiri mereka bertiga seraya bertanya, "Amacam, Ry? Dah rasmi
jadi awek ke belum?"
"Haiya,
Pijan! Dia bukan mau ini amoi la. Dia mau itu gitar!” ngomel Ah Chong.
"Betul
la, Chong. Gitar tu la awek yang dia nak," jelas Pijan yang dari awal
sudah tahu niat sahabatnya itu mahu membeli gitar milik Suzie.
"Apa
pasal panggil awek itu gitar? Kalau dia mau ini amoi, apa lu orang
panggil?"
"Kalau
dia mau Suzie ni, kami panggil dia girlfriend
la," jelas Pijan.
Ah
Chong buat muka tak puas hati. "Awek, girlfriend...
sama jela," bebel Ah Chong.
"Lain
value dia, Chong. Kalau lu mau tau,
panggil 'girlfriend' lagi special and sopan sikit bunyinya kalau dibandingkan dengan 'awek'.
Lebih-lebih lagi kalau perempuan tu comel macam dia ni," puji Erry secara
tak langsung membuatkan pipi Suzie merona merah.
"Okey,
okey. Dah. Korang settlekan la hal
gitar ni," saran Pijan. "Aku nak sambung kerja," kata Pijan lagi
sebelum dia kembali ke kedai buku, menyambung kerjanya.
Maka,
urusan jual-beli pun berlangsung. Duit dan gitar bertukar tangan dan mereka
pulang dengan hati yang puas. Segala yang terbeban kini hilang.
Cuma...
Ah Chong. Dia masih tidak berpuas hati kerana dia ingat Erry sudah fall in love dengan Suzie, seperti yang
dia bayangkan selama seminggu gitar itu berada di kedainya. Fikirnya, dia sudah
berjaya menjadi Cupid. Hmm… stupid ada la!
“Apa
la panggil awek. Tengok Mei Li, nama tu dengan body dia saja sudah matching!”
bebel Ah Chong seorang diri selepas mereka berdua sudah hilang dari pandangan.
Tangannya mengusap badan Mei Li – gitar Telecaster kesayangannya yang direka
coraknya dan diwarna sendiri oleh Ah Chong – yang tergantung di dinding
kedainya itu.
***
- Hey, busy malam ni?
-
- Tak, kenapa? -
- Jom jamming? -
- Mana? -
- Tempat biasa. -
- Orait! -
***
Hubungan
yang terbina secara tidak sengaja hanya kerana untuk membeli gitar dari seorang
gadis bernama Suzie tidak berakhir di situ.
Beberapa
hari selepas Erry membeli gitar dari Suzie, Suzie telah menghantar SMS.
- Hai! Macam mana
gitar tu? Okey? -
Ketika
itu, Erry baru saja selesai 'mengerjakan' awek barunya itu. Dia berasa sangat
puas dengan performance yang diberi.
Sementara
dia melepaskan lelah di sofa yang sama dia duduk dua minggu lepas, dia mencapai
henfon dan SMS dibaca. Erry tersenyum secara tak langsung dan dia pantas
membalas.
- Hai Suzie! Okey.
Best sgt. Gitar tu pun ringan, leh la saya goreng power2 pasni :) -
- So leh la saya
jamming dgn awak n the gang kan? -
- Sure. Leh je. U stay
mana? -
Setelah
mereka tahu yang mereka duduk satu kawasan perumahan - Suzie baru saja berpindah
ke perumahan di situ sebulan lepas - jadi hubungan mereka menjadi semakin
rapat. Hanya kerana muzik. Hanya kerana instrumen bernama gitar. Hanya kerana
minat yang sama itu, mereka berkongsi, saling melengkapi apa yang kurang antara
mereka.
Mungkin
saja, berkat salah faham Ah Chong terhadap Erry dan Suzie itu telah menjadi
kenyataan. Mungkin. Setidak-tidaknya, tindakan Ah Chong sebagai Cupid itu
membuahkan hasilnya, tanpa dia sedar.