Monday, November 05, 2012

Book Review: #Gergasi by Khairul Nizam Khairani

Bagi peminat cerita sai-fai, science fiction, fantasi serta kipas-susah-mati Buku Fixi semua, anda perlu mendapatkan novel ni dengan kadar yang segera! Terima kasih...

Penulis: Khairul Nizam Khairani
Harga: RM 19.90 (diskaun 15% di Kedai Fixi)
Halaman: 320 mukasurat
Cetakan Pertama: Oktober 2012
Sinopsis: Tahun 1511. Di kala kota Melaka sedang diserang, muncul gergasi misteri yang digelar Batara Waja membantu hulubalang tempatan menghadapi askar Portugis. Namun dalam satu pertempuran, Batara Waja tiba-tiba hilang...
500 tahun kemudian. Siti Nuraini, seorang kurator di Muzium Negara, yang bersahabat dengan seorang pemuda bernama Rizal, telah menemui sebuah artifak aneh. Namun artifak itu hilang sewaktu dalam simpanan muzium. Kotaraya kemudiannya digemparkan dengan kemunculan gergasi yang membunuh manusia-manusia tertentu - dan lagenda Batara Waja kembali.
Rizal mengalami mimpi-mimpi aneh berkaitan gergasi tersebut dan sering pitam. Suatu hari, muncul seorang lelaki bernama Hu Xien yang memberitahu Rizal bahawa Rizal ada kaitan dengan kemunculan GERGASI itu!

Kalau diikutkan, dalam novel ni ada banyak 'puzzle'. Kalau ditulis, takut jadi spoilers. Walau apapun, aku suka cara penulis mengaitkan sejarah tentang Melaka diserang Portugis pada tahun 1511 dengan keadaan semasa iaitu pada tahun 2011. Dan kemudian, ia pula dikaitkan dengan sesuatu yang kita sendiri tak jangkakan.

Pada mulanya, aku imagine Batara Waja tu rupa dia macam robot dalam cerita Transformers sebab penulis ada menceritakan betapa hebatnya 'gergasi' tersebut. Lepas tu dengan serangan yang dilakukan oleh Batara Waja kat kapal Portugis tu, dah macam Autobots vs Decepticons dah aku imagine. *bengong punya mental image!*

Boleh dikatakan Batara Waja ni macam superhero la. Jenayah yang berlaku berdekatan memang kena setel dengan gergasi ni. Datang secara tiba-tiba tanpa kita sendiri tau macam mana, kemudian dia setelkan masalah tu dan akhir sekali dia lesap macam tu je. Misteri kan? Nak tau peleraiannya, sila beli dan baca.

Lawan tu lawan la jugak, tapi ada diselitkan tentang persahabatan gak tau. (Siapa kata Buku Fixi ni suka terbitkan buku yang merosakkan akhlak remaja je?) Haha! Persahabatan baik antara Rizal-Nuraini-Anwar, dan juga rakan sekerja antara Rizal-Nathan. Masing-masing ada cerita sendiri, pahit dan manis. Ada time kita sama-sama happy, ada time sama-sama sedih. Ada gak yang sanggup biarkan kita sedih sorang-sorang. Macam kehidupan kita jugak la. Yang penting, hati kena kuat dan teruskan bersabar.

Memandangkan aku FAIL buat cerita sai-fai macam ni, aku nak bagi kudos buat penulis dan buku Gergasi ni. Yeay!

Buat pembaca, jika nak beli buku Gergasi ni secara online, boleh la klik pada link di bawah:
http://fixi.com.my/kedai/buku/fixi-gergasi/

1 comment:

shandye. said...

anda wanita gigih kerana sudah menghabiskan baca gergasi.

ok, jeles.

=)

This is Hani