Tuesday, March 08, 2011

Kena buat surat rasmi? Malas!

Salam semua!

Wa.. aku dah nak kena buat surat kiriman rasmi. Pe cer? Malas gila weh! Dah la aku tak ingat macam mana format surat kiriman rasmi ni. Last-last aku gi search kat Google macam mana nak buat surat tu. Adeh banyak lak version nya! Hantam saja lah labu~~

p/s: aku dah pandai buat surat kiriman rasmi, yeay hahahah! 

Monday, March 07, 2011

Nak Grey Sky Morning perform kat XFM Macbeth Secret Show tak? ;)

Salam semua! 

Korang peminat Grey Sky Morning
Jom undi diorang untuk join kasi havoc XFM Macbeth Secret Show nanti!! 
Event amende tu? 
Ia adalah satu siri persembahan akustik dari 10 band atau penyanyi muzik Malaysia! 
Dan 10 yang terbaik tu adalah dari UNDIAN ANDA SENDIRI
Show tu pulak akan dilangsungkan di satu TEMPAT RAHSIA
dan KHAS untuk 50 PENDENGAR BERTUAH!

Nak tau caranya? 
Jom klik SINI untuk ke ruangan Macbeth Secret Show
Kemudian, undi Grey Sky Morning kalau anda mahu mereka 
buat havoc kat event tu nanti!
Tarikh undian tu dari 7/3/2011 hingga 20/3/2011.

Pulun di Langkawi

Salam semua!

Maaf sebab lama tak update sebab Hani pergi bercuti dengan kawan-kawan kat Langkawi. Memang meriah! Nak tengok kemeriahan kami? Jom ke FOTO ALBUM kat Facebook Hani :)

dengan kawan-kawan, mentor, dan tersayang :)

Nanti leh la kita gi lagi. Best lepak dengan korang selama ni. Gelak, study sama-sama. Happy! 

CUBA TEKA KAKI SIAPAKAH INI?
HINT: ADIK KESAYANGAN DASH

Wednesday, March 02, 2011

THE OVERTIME takkan BENCI peminat :)

Salam semua!
Haa.. kali ni Hani nak promote lagu baru The Overtime yang Hani pernah bagitau sebelum ni, tajuknya Benci. Kat sini Hani sediakan lirik dan video lagu Benci. Layan la ye :) lagi satu! Kalau berminat, follow jela mereka kat Facebook, KLIK SINI.



Verse 1:
kau menconteng arang ke muka ku
ke mana hilang daya pertimbanganmu
segala fitnah bohong dan penipuanmu
mendominasi diriku dan hidupku
kau memanipulasi segala kelemahanku
timbulkan propaganda yang tidak pernah berlaku
kau mengklasifikasikn diriku musuhmu
dendam kesumat bersangkar didalam hatimu

Chorus:
kau benci aku
perasaanmu
tidak menentu
emosi terganggu
kau benci aku
engkau membisu
bila bertemu
kau membelakangkan ku

Verse2:
segala konspirasi, konfrontasi, kontroversi
perlu ditamatkn sebelum kita mati
hidup ini takkan pernah lari dari ironi
kepahitan dan kesedihan pasti dirasai
hidup ini umpama persaingan kalah mati
siapa tersungkur akan sentiasa ditindasi
nasib kita didunia takkan diketahui
bersihkan hatuimu dari persaan benci

Chorus
(Solo)
Chorus

Tuesday, March 01, 2011

Jangan pernah mengalah!

Salam semua!

Hari ni, satu perkara yang drastik berlaku kat aku lagi. Aku cuba berlagak biasa, tapi aku tau.. aku tak mampu. Aku bukan nak jadi ego. Aku bukan nak jadi pendendam. Tapi aku nak jaga satu benda yang amat berharga untuk diri aku sekarang dan masa depan nanti. Aku cuba jadi baik. Aku cuba tahan dari perasaan amarah aku. Aku minta maaf sebab terlalu kasar tadi. Aku tau aku jahat. Dari mula lagi aku dah bagitau... aku bukan seorang yang baik. Hati yang hitam memang susah nak dibersihkan. Aku sedar. Aku harap sangat yang dia masih boleh bertahan dengan diri aku ni. Walaupun dia pernah sama kan diri aku dengan orang sebelum aku. Tapi aku perlu sabar! Buktikan yang aku bukan seperti sesiapa. Aku adalah diri aku.

This is Hani